Saturday, September 27, 2014

Throwback~Cerita pasal berpantang

Macam yang dok pungpang2 cerita sebelum ni. Nanti lepas beranak nak berpantang kat Penang saja. Malas nak berangkot pi mai pi mai balik kampong. Tunggu abis pantang baru bawak balik baby tunjuk dekat orang kampong.

Lepas keluaq dari hospital mak mai dari kampung jaga dalam 5 hari.. Alhamdulillah kali ni cepat lega. Tak berasa terok sangat.. Puas ati dapat makan menu pantang yang mak masak especially ikan haruan!

Lepas mak balik, ganti dengan MIL plak mai sampai la cukup 2 minggu. Depa pun balik..bermula la episod pantang koboi!

Tau pasepa...haha..tak berapa nak pantang sangat.. Cuma pantang makan ja.. Yang lain hantam keromon.. Siap keluaq meronda Giant shopping grocerries.. Pi Gurney Paragon bawak Adeeb tengok Transformer... Nasib baik tak bentan.. Cuma penat la handle 3 anak..handle kerja umah..handle suami yang superbusy.. Letih memang letih.. Yang bestnyaa berat turun elok..sampai 57kilo wuwuwu tu berat masa anak dara tu. Sampai masa raya baru ni ramai orang tegoq susut banyak..ada jugak yang kata macam rentua :-( takpa janji pak encik (hubby) tak complaint hewhewhew.

Upload sekali antara menu dalam pantang

No comments:

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...