Tuesday, September 30, 2014

Udang goreng kunyit

Sob sob sob boleh tengok ja la...huhuhu sebab kena pantang seafood... Affan ada eczema dan disebabkan dia fully breastfeed mama dia kena pantang. Tak pa demi kesihatan anak!

Ada yang nak resepi Udang Goreng Kunyit Simple tapi sedap nak mampuih?? Haha

Bahan2
300g udang tak kisah size apa
2 biji kentang
1 ulas bawang besaq *potong bulat
2 ulas bawang putih *diblend
7 biji cabai melaka
Daun sup
Garam
Kunyit
Gula
Minyak masak

Cara2
1.Udang digaul dgn garam kunyit gula.ikut selera kemasinan masing3.
2.Panaskan minyak, tumis bawang putih dan masukkan kentang.
3.Agak2 kentang halfcook.masukkan udang tadi sekali ayaq2 udang.
4.Masukkan cabai melaka yang diketok dan bawang besaq.
5.Siap masak, masukkan daun sup.

Siap!boleh try.

Monday, September 29, 2014

Feeling Adeeb dapat adik baru & jadi abang?

Alhamdulillah masa 1st time tengok Affan, Adeeb okay2 saja. Nak kata perangai nak menjeles tak ketahuan hala tu tak..tu masa Affan kecik dalam pantang. Tapi la ni?? Woh menduga betoi... Dia tak kacau Affan tapi dia kacau mama dia..grrr..time breastfeed ja..dia nak susu bak nasik nak berak bak terkentot!!! Haihh sabaq ja la.

Kalau naik lift atau pi memana orang tengok Affan ka tegoq Affan dia cukup tak bagi.

Saturday, September 27, 2014

Throwback~Cerita pasal berpantang

Macam yang dok pungpang2 cerita sebelum ni. Nanti lepas beranak nak berpantang kat Penang saja. Malas nak berangkot pi mai pi mai balik kampong. Tunggu abis pantang baru bawak balik baby tunjuk dekat orang kampong.

Lepas keluaq dari hospital mak mai dari kampung jaga dalam 5 hari.. Alhamdulillah kali ni cepat lega. Tak berasa terok sangat.. Puas ati dapat makan menu pantang yang mak masak especially ikan haruan!

Lepas mak balik, ganti dengan MIL plak mai sampai la cukup 2 minggu. Depa pun balik..bermula la episod pantang koboi!

Tau pasepa...haha..tak berapa nak pantang sangat.. Cuma pantang makan ja.. Yang lain hantam keromon.. Siap keluaq meronda Giant shopping grocerries.. Pi Gurney Paragon bawak Adeeb tengok Transformer... Nasib baik tak bentan.. Cuma penat la handle 3 anak..handle kerja umah..handle suami yang superbusy.. Letih memang letih.. Yang bestnyaa berat turun elok..sampai 57kilo wuwuwu tu berat masa anak dara tu. Sampai masa raya baru ni ramai orang tegoq susut banyak..ada jugak yang kata macam rentua :-( takpa janji pak encik (hubby) tak complaint hewhewhew.

Upload sekali antara menu dalam pantang

Nafsu naga sebelum perot ditoreh

Sepanjang pregnant Affan kan..pasepa tak tau suka sungguh makan cucoq...nak buat sendiri paham2 la bukan reti..aku ni hobi suka masak lauk jaa..kuih muih cucoq ka memang out! Tak reti langsung. Jadinya petang 2 ari sebelum nak serah diri kat doktor... Turun gerai cucoq kat bawah ni. Borong semua cucoq ni.. Dan berjaya makan 2/3 dari dalam gambaq bi sorang! Nampak dak nafsu naga? Dan berat sebelum nak zas belah perot adalah 75kg. Tak boleh lawan masa pregnant Zhea lagi 75kg!

Throwback

Disebabkan lama gila tak update.mai nak belanja gambaq2 lama zhea adeeb affan.tapi memang takdak caption la.

Lets the picture do the talking!

Anak tiga dah

Sat saja..kadang macam tak caya dah ada 3 anak..tak lupa jugak dulu 3 taun pertama lepas kawen dok sedih selalu sebab lambat pregnant dan lambat ada anak. Apa2 pun syukurla dengan kurniaan 3 ketoi ni..walaupun macam2 kelaku yang kadang membuatkan mama dia ni naik hantu!

Busy bee

Salam...

Fuh...busybee sungguh la rasa la ni..ari2 dok bertagak nak merajinkan diri balik untuk update blog tapi nye takdan.

InsyaAllah baru dok update balik layout blog..dok buang apa yang rasa menyemak dan memberatkan blog.

Till we meet again.

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...