Friday, March 14, 2014

Resepi daging goreng kunyit

Antara menu2 peberet asben. Daging goreng kunyit.simple yang amat.resepi ni saya blajaq dari mak saya.disebabkan ada org wasap.mintak resepi mai nak bagi.

Daging goreng kunyit

Bahan2:
400g daging batang pinang
1 inci halia*
1 labu bawang besaq*
1 ulas bawang merah & bawang putih*
2 sudu besaq kicap manis
Daun sup
Daun bawang
Garam
Kunyit serbuk

Cara memasak:
1.Bahan bertanda * hiris halus

2.Daging batang pinang potong size besaq tapi nipis.cuci dan tos kan

3.Perap daging dengan garam,kunyit & kicap manis (dalam sejam)

4.Panaskan kuali TANPA minyak,masukkan daging yang diperap.

5.Masak sampai kering ayaq daging, masukkan sedikit minyak masak & bahan bertanda *

6.Agak2 secukup rata dan masak masukkan bawang besaq,daun sup & daun bawang.

***selamat menerai.senang ja.
***saya suka daging batang pinang sebab tak liat.walau mahai sikit tp puas ati masak xpayah lama2 nak tunggu empok.

Sekian.tq

No comments:

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...