Friday, March 28, 2014

3am tak bleh tidoq

Huwaa...mata klip pop klip pop ni..xbleh nak lena..nak mangkit awai sgt..penakut pun ya...

Tp terberangn2 tak sabaq nak masak nasik lemak utk esok!!!

Cerita pasai preparation for 3rd baby

Pejam celik lagi 6minggu nak kena zass perot @38w..harap2 jangan la lagi turun tanda awai dari tu..risau..rasa mental belum prepare betoi2 lg...

Akan tetapi barang2 utk adik baby 80% dah ready..bukan byk sgt pun barang nak beli..banyak harta pusaka warisan dr kakak dan abang dia...

Aritu ada basuh baju2 lama ni..siap ada 4 batch baru settle.rasanya baju nak pakai kat umah xbeli dah pun xpa.cuma baju nak jalan2 ja kena beli serba selai dua.

*Babycot dah ada warisan dr zhea
*Carseat dh ada adeeb punya tp asben kata nak kena beli satu lg senang kat dua2 keta ada
*stroller @buggy dah ada zhea punya tahan sungguh mclarren quest tu.lepas adikbaby besaq bleh letgo lagi rasanya
*walker dah ada zhea punya jugak
*bouncer aka rocker dlu ada zhea punya tp terjual la pulak.tgh pikiaq ni nak beli ka dak.ada opismate nk juai murah melampau.tak beli mcm murah sgt klu beli risau adeeb p hayun adik x brenti pulak
*tilam..pakai zhea punya jugak (hoii mmg barang dr zaman zhea punya byk)

Utk mama baby maybe tambah nursing bra,pad,stokin bola hihi,phytonatal nr ja kot..

Insya allah kali ni nak pantang sendiri jgk
Tgh mikior hui...saheh mencabar pantang jaga 3 org anak..huhu..all the best utk diri sendiri.

Friday, March 14, 2014

Resepi daging goreng kunyit

Antara menu2 peberet asben. Daging goreng kunyit.simple yang amat.resepi ni saya blajaq dari mak saya.disebabkan ada org wasap.mintak resepi mai nak bagi.

Daging goreng kunyit

Bahan2:
400g daging batang pinang
1 inci halia*
1 labu bawang besaq*
1 ulas bawang merah & bawang putih*
2 sudu besaq kicap manis
Daun sup
Daun bawang
Garam
Kunyit serbuk

Cara memasak:
1.Bahan bertanda * hiris halus

2.Daging batang pinang potong size besaq tapi nipis.cuci dan tos kan

3.Perap daging dengan garam,kunyit & kicap manis (dalam sejam)

4.Panaskan kuali TANPA minyak,masukkan daging yang diperap.

5.Masak sampai kering ayaq daging, masukkan sedikit minyak masak & bahan bertanda *

6.Agak2 secukup rata dan masak masukkan bawang besaq,daun sup & daun bawang.

***selamat menerai.senang ja.
***saya suka daging batang pinang sebab tak liat.walau mahai sikit tp puas ati masak xpayah lama2 nak tunggu empok.

Sekian.tq

Barang2 pusaka

Selamat pagi jumaat.
Sedaq tak sedaq dah masuk 30w+
Pheww gynae pun dok ulang pesan suh prepare beg baby & mama baby sekali.

Baru settle basuh baju2 abang dan kakak yg seswai dipakai oleh adik baby.banyak gila.ni baru half lg half.belum ambik dari kampong.

Nasibla byk brg2 dah kira x kalut nak beli banyak2.cuma kena tambah sikit2 serba satu habuan adik baby punya.

dapat teka dak gender baby base on barang pusaka kakak abang ni?
??

Oklah..daa #pray4mh370

Thursday, March 13, 2014

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...