Friday, December 5, 2014

Kek Karamel Pelangi

Salam semua,
Blog kembali berabok..macam biasa idea banyak tapi penyegan ditambah pulak ada saja keja sejak beranak 3 ni.

Cakap banyak takmau. Ni bizz baru saya. Sesapa nak order Kek Karamel Pelangi area Penang,Kedah, Perlis habaq mai. InsyaAllah kurang manis. Sebab kadang makan kek kalu yang manis melecas cepat.melugai (meloya). Alhamdulillah order dok masuk, ada customer yang repeat order sampai 3 kali. Dalam banyak2 yang dok order 40% akan repeat order.

Nanti sambung lagi na.Busy nak entertain Adeeb sat sementara Affan lena.

Sapa nak order kek bleh email :
haslinda260980@yahoo.com

Thursday, October 16, 2014

Cerita pasal Affan kulit yang allergy

Halu semua,

Nak cerita pasal kulit Affan yang super sensitif. Affan fully breastfeed, so emaknya memang kena jaga makan kaw2... Baru2 ni tiba2 naik rashes yang sangat banyak kat badan dia. Sampai muka penuh. Sedih gila tengok. Rasa down sangat2.

So, bila baby breastfeed ni si emak kena pandai2 trigger faktor2 yang bleh sebabkan rashes to flare up. Memang kena test satu2. So far dah dapat detect jugakla beberapa benda. Antaranya seafood,kekacang, ikan bilis,ikan kering dan benda yang kena peram macam pekasam tu. Memang kena bye2 la. Sabun basuh baju pun sama tak boleh pakai sesuka hati.. Daia ka.. Breeze ka..memang tak boleh.. Sekarang pakai brand Sleek memang nampak sangat okay. Lagi satu habok!! Meluat sungguh la..habok gila banyak la ni kat umah..walaupun lepas lap sejam..tup2 mai habok balik..lain tak bukan dari construction site sebelah ni.. Sabaq ja la sementara nak abia..

Aritu ada bawak dia pi jumpa Skin & Allergy Specialist.. Doc cakap Affan ni sah kena Eczema & Sebhoreic Dermatitis... Alhamdulillah.. Makin okay dah ni..

Kuruih la emak Affan sebab banyak benda kena pantang makan..lepas tu hari2 kena rajin mop dan lap habok :-P

Tuesday, September 30, 2014

Udang goreng kunyit

Sob sob sob boleh tengok ja la...huhuhu sebab kena pantang seafood... Affan ada eczema dan disebabkan dia fully breastfeed mama dia kena pantang. Tak pa demi kesihatan anak!

Ada yang nak resepi Udang Goreng Kunyit Simple tapi sedap nak mampuih?? Haha

Bahan2
300g udang tak kisah size apa
2 biji kentang
1 ulas bawang besaq *potong bulat
2 ulas bawang putih *diblend
7 biji cabai melaka
Daun sup
Garam
Kunyit
Gula
Minyak masak

Cara2
1.Udang digaul dgn garam kunyit gula.ikut selera kemasinan masing3.
2.Panaskan minyak, tumis bawang putih dan masukkan kentang.
3.Agak2 kentang halfcook.masukkan udang tadi sekali ayaq2 udang.
4.Masukkan cabai melaka yang diketok dan bawang besaq.
5.Siap masak, masukkan daun sup.

Siap!boleh try.

Monday, September 29, 2014

Feeling Adeeb dapat adik baru & jadi abang?

Alhamdulillah masa 1st time tengok Affan, Adeeb okay2 saja. Nak kata perangai nak menjeles tak ketahuan hala tu tak..tu masa Affan kecik dalam pantang. Tapi la ni?? Woh menduga betoi... Dia tak kacau Affan tapi dia kacau mama dia..grrr..time breastfeed ja..dia nak susu bak nasik nak berak bak terkentot!!! Haihh sabaq ja la.

Kalau naik lift atau pi memana orang tengok Affan ka tegoq Affan dia cukup tak bagi.

Saturday, September 27, 2014

Throwback~Cerita pasal berpantang

Macam yang dok pungpang2 cerita sebelum ni. Nanti lepas beranak nak berpantang kat Penang saja. Malas nak berangkot pi mai pi mai balik kampong. Tunggu abis pantang baru bawak balik baby tunjuk dekat orang kampong.

Lepas keluaq dari hospital mak mai dari kampung jaga dalam 5 hari.. Alhamdulillah kali ni cepat lega. Tak berasa terok sangat.. Puas ati dapat makan menu pantang yang mak masak especially ikan haruan!

Lepas mak balik, ganti dengan MIL plak mai sampai la cukup 2 minggu. Depa pun balik..bermula la episod pantang koboi!

Tau pasepa...haha..tak berapa nak pantang sangat.. Cuma pantang makan ja.. Yang lain hantam keromon.. Siap keluaq meronda Giant shopping grocerries.. Pi Gurney Paragon bawak Adeeb tengok Transformer... Nasib baik tak bentan.. Cuma penat la handle 3 anak..handle kerja umah..handle suami yang superbusy.. Letih memang letih.. Yang bestnyaa berat turun elok..sampai 57kilo wuwuwu tu berat masa anak dara tu. Sampai masa raya baru ni ramai orang tegoq susut banyak..ada jugak yang kata macam rentua :-( takpa janji pak encik (hubby) tak complaint hewhewhew.

Upload sekali antara menu dalam pantang

Nafsu naga sebelum perot ditoreh

Sepanjang pregnant Affan kan..pasepa tak tau suka sungguh makan cucoq...nak buat sendiri paham2 la bukan reti..aku ni hobi suka masak lauk jaa..kuih muih cucoq ka memang out! Tak reti langsung. Jadinya petang 2 ari sebelum nak serah diri kat doktor... Turun gerai cucoq kat bawah ni. Borong semua cucoq ni.. Dan berjaya makan 2/3 dari dalam gambaq bi sorang! Nampak dak nafsu naga? Dan berat sebelum nak zas belah perot adalah 75kg. Tak boleh lawan masa pregnant Zhea lagi 75kg!

Throwback

Disebabkan lama gila tak update.mai nak belanja gambaq2 lama zhea adeeb affan.tapi memang takdak caption la.

Lets the picture do the talking!

Anak tiga dah

Sat saja..kadang macam tak caya dah ada 3 anak..tak lupa jugak dulu 3 taun pertama lepas kawen dok sedih selalu sebab lambat pregnant dan lambat ada anak. Apa2 pun syukurla dengan kurniaan 3 ketoi ni..walaupun macam2 kelaku yang kadang membuatkan mama dia ni naik hantu!

Busy bee

Salam...

Fuh...busybee sungguh la rasa la ni..ari2 dok bertagak nak merajinkan diri balik untuk update blog tapi nye takdan.

InsyaAllah baru dok update balik layout blog..dok buang apa yang rasa menyemak dan memberatkan blog.

Till we meet again.

Wednesday, June 18, 2014

Anak nombor 3

Salam semua,

Introducing, Muhammad Affan Ziqri, iaitu anak nombor 3 kami selepas Zhea dan Adeeb.

Lahir 9.5.2014, 7.44am at Pearl Maternity Hospital Sg Ara,Penang.
Method of delivery, elective ceserian lah.

Pengalaman kali ni lain sikit, sebab tak payah susah2 nak induce bagi sakit.check in hospital relax2 malam tu.esok lepas semayang subuh dah ready kan diri untuk di belah perotnya.buat spine bius kali ni,lain dari 2 yang sebelum ni fully bius..fuh..menggeletaq rasa sebab sedaq apa depa dok kerobek perot ni ha.

Apa2 pun selamat semua, alhamdulillah..arini pun dah 41 ari berpantang..lagi 3 hari nak abis pantang..hehe sebenarnya lepas 30ari sendiri dah declare 'merdeka' pun..dah bejalan p gurney paragon lagi tengok transformer..dan brapa kali pi giant..market lagi beli daging

Nanti free sambung lagi..insyaallah.

Saturday, May 3, 2014

37w2d 5day to go!

Hello semua,

Lamanya x berupdate..malas yg amat kronik. Tambah2 dah sarat sangat2 ni...ada hikmah jgk jd sahm ni..

Pheww lg 5 ari nak admit hospital dan 6 ari lagi perut nak kena zass..hopefully selamatlah semuanya.amin.doakan saya dan kalu ada salah silap maafkan saya.

Jumaat pagi la time operatenya.takut ada x sabaq pun ada.zhea pulak memang tgg counting days nak jumpa baby baru.adeeb macam x brapa nak faham lagi..manjanya menjadi2..

Asben tetap cool..tapi bila call ja klu dia tengah keja memang cepat ja jawab.takut dah turun tanda la tu.hihi.

Dah 4 bulan jadi sahm best jugak asik merilex ja tambah2 tengah pregnant.kadang2 ada jgk rasa boring..penat tu bleh tahan hoi..nak dijadikan cerita kemarin dapat interview satu kampeni ni.lebih kurang post sebelum ni..try pi la..kalu dapat ok jgk..sb task sama seketoi mcm dlu,benefit utk medical satu family pun sama seketoi..lagi satu working hours pun sama kampeni dulu hewhew..sambil debar tunggu nak beranak..berdebar jugak tunggu email/phone call utk 2nd interview..mudah2an ada rezeki baby..amin..

Nak dijadikan rezeki lagi..asben dpt tukar dept dan dpt tukaq office hour.
Ya allah benda yg di nanti2..senang nak manage anak3 sama2 nanti klu time keja sama.

Dan dalam pantang nanti rasanya.x risau sangat..still nak pantang sendiri..asben bleh cuti sampai ari ke5 ja.pastu pandai la jaga diri..dah mula pikiaq ari ke5 mak mai jaga sat pun xpa.asalnya lps mak mai jaga mil pulak nk mai jaga..tp memandangkan myfil bkn mau dok lama2 sini.boring org tua2 umah atas awan ni sama ha...lagipun umah kecik boring la depa

Jadinya igt lepas mak balik..jaga sendiri la..zhea adeeb asben antaq skul lepas skul trus pi dok umah kakmidah..asben balik kja kui 5 trus amik depa..dapatla mak baby rest2 kt umah dengan baby ja.hehe..

Lepas tu start cuti skolah bleh balik pantang kampung sat seminggu camtu..nanti mil ckp apa pulak kan..mesti depa kalut nak tgk cucu.

Itu ja kot buat masa ni.
Babai.

Friday, March 28, 2014

3am tak bleh tidoq

Huwaa...mata klip pop klip pop ni..xbleh nak lena..nak mangkit awai sgt..penakut pun ya...

Tp terberangn2 tak sabaq nak masak nasik lemak utk esok!!!

Cerita pasai preparation for 3rd baby

Pejam celik lagi 6minggu nak kena zass perot @38w..harap2 jangan la lagi turun tanda awai dari tu..risau..rasa mental belum prepare betoi2 lg...

Akan tetapi barang2 utk adik baby 80% dah ready..bukan byk sgt pun barang nak beli..banyak harta pusaka warisan dr kakak dan abang dia...

Aritu ada basuh baju2 lama ni..siap ada 4 batch baru settle.rasanya baju nak pakai kat umah xbeli dah pun xpa.cuma baju nak jalan2 ja kena beli serba selai dua.

*Babycot dah ada warisan dr zhea
*Carseat dh ada adeeb punya tp asben kata nak kena beli satu lg senang kat dua2 keta ada
*stroller @buggy dah ada zhea punya tahan sungguh mclarren quest tu.lepas adikbaby besaq bleh letgo lagi rasanya
*walker dah ada zhea punya jugak
*bouncer aka rocker dlu ada zhea punya tp terjual la pulak.tgh pikiaq ni nak beli ka dak.ada opismate nk juai murah melampau.tak beli mcm murah sgt klu beli risau adeeb p hayun adik x brenti pulak
*tilam..pakai zhea punya jugak (hoii mmg barang dr zaman zhea punya byk)

Utk mama baby maybe tambah nursing bra,pad,stokin bola hihi,phytonatal nr ja kot..

Insya allah kali ni nak pantang sendiri jgk
Tgh mikior hui...saheh mencabar pantang jaga 3 org anak..huhu..all the best utk diri sendiri.

Friday, March 14, 2014

Resepi daging goreng kunyit

Antara menu2 peberet asben. Daging goreng kunyit.simple yang amat.resepi ni saya blajaq dari mak saya.disebabkan ada org wasap.mintak resepi mai nak bagi.

Daging goreng kunyit

Bahan2:
400g daging batang pinang
1 inci halia*
1 labu bawang besaq*
1 ulas bawang merah & bawang putih*
2 sudu besaq kicap manis
Daun sup
Daun bawang
Garam
Kunyit serbuk

Cara memasak:
1.Bahan bertanda * hiris halus

2.Daging batang pinang potong size besaq tapi nipis.cuci dan tos kan

3.Perap daging dengan garam,kunyit & kicap manis (dalam sejam)

4.Panaskan kuali TANPA minyak,masukkan daging yang diperap.

5.Masak sampai kering ayaq daging, masukkan sedikit minyak masak & bahan bertanda *

6.Agak2 secukup rata dan masak masukkan bawang besaq,daun sup & daun bawang.

***selamat menerai.senang ja.
***saya suka daging batang pinang sebab tak liat.walau mahai sikit tp puas ati masak xpayah lama2 nak tunggu empok.

Sekian.tq

Barang2 pusaka

Selamat pagi jumaat.
Sedaq tak sedaq dah masuk 30w+
Pheww gynae pun dok ulang pesan suh prepare beg baby & mama baby sekali.

Baru settle basuh baju2 abang dan kakak yg seswai dipakai oleh adik baby.banyak gila.ni baru half lg half.belum ambik dari kampong.

Nasibla byk brg2 dah kira x kalut nak beli banyak2.cuma kena tambah sikit2 serba satu habuan adik baby punya.

dapat teka dak gender baby base on barang pusaka kakak abang ni?
??

Oklah..daa #pray4mh370

Thursday, March 13, 2014

Sunday, January 5, 2014

Dari dapoq mama zheadeeb

Lama gila x post gambaq benda makan ayaq tangan sendiri ni

Published with Blogger-droid v2.0.10

Testing 123

Huhu nk test password btoi ka dak ni. Tu baru 2minggu tak bukak blog

Published with Blogger-droid v2.0.10

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...