Monday, January 28, 2013

my Parent in law ada penang

baru sampai smlm.esok dua2 kna bawak jmpa pakar orthopedic..dua2 sakit..dua2 kna masuk ward

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, January 12, 2013

resepi ayam masak kicap berkentang yang sedap lah jugak

:-P:-P:-P:-P

salam hujung minggu semua!
best betoi cuti kan, esok cuti lagi lusa back to normal routine.

sesaja nak share resepi. menu senang rengkong cak ja pun..tapi sebab saya jarang2 buat..sebenarnya x brapa suka masak kicap nih..tapi arini sb dah buntu sangat..x tau nak masak apa dah..asik sup..kari..sambal tumis..boring...td try la buat ayam masak kicap berkentang.sedap la pulak.

bahan2
300g ayam
1 biji kentang
3 sudu kicap masin cap kipas udang
1 sudu sos cili life
1 sudu lada itam ditumbok
1 sudu gula
secubit garam
1 labu bawang besaq
2 ulas bawang putih & 1 inch halia ditumbok halus
5 sudu ayaq asam jawa

cara2
1.ayam & kentang di lumow garam kunyit.pastu goreng halfcooked

2.tumis bwg puteh & halia bg kunin & wangi

3.masukkan kicap,sos cili,gula,garam & ayaq asam jawa bagi mendidih.

4.masukkan ayam & kentang.lada itam tumbok sekali.kalu nak pedas buh cabai melaka.

5.dah nak masak masukkan cabai besaq..daun celeri ka..

siappp

Published with Blogger-droid v2.0.8

cerita pasal anak2

zhea dah sbln masuk skul utk 5y...dh boleh mmbaca karangan2 simple yg 2 suku kata.masalah lain plk..payah tdoq..esok pg nk kejut bangun pg..hazab..keryau rasa dengaq satu blok!

adeeb..masa dia admitted hfmd tu..dia terus tolak susu puteh..dr enfagrow a+ bertukar ke sustagen.sb dia nk susu jns coklat saja..pastu km try bg dutch lady 123 perisa coklat.ok dia minum.baguih sb murah gila..km mak pak dia dah lega sb jimat bab susu..jimat byk...tp lain plk...dia kuat mintak susu..sejam skali sebotoi..nk tdoq ja 5 6 botoi..ayah dia siap suh bancuh susu byk2 dlm jug besaq ja..haih...ka susu ni cayaq depa x kenyang..haih....kna tukaq enfagrow a+ blk gamaknya...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, January 9, 2013

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

*sharing is caring

byknya kesilapan yg dah terbuat ni...semoga dpt diperbaiki la lagi..

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Diet lah kot no

Ya baru start diet minggu ni, tapi tak diet kaw2 ok.

Cuma belajaq kurangkan makan benda manis, babai la kat nescaffe tarik gelas besaq, nescaffe kaw buh creamer 3 camca besaq, mee goreng pantry yg sedap sebab minyak berlinang, makan nasik lepas pukui 8 malam, babai la nak suka hati tambah nasik 2 3 kali sekali hadap.

Sekarang makan macam besa ja..cuma tak selambak macam dulu..harap2 ada la pengurangan..nak 5 kilo ja paling2 koman..eh tapi masuk 3rd day..kurang 500gram :)

Monday, January 7, 2013

apa yg bermain di otak la ni

-nak cat living hall..dulu dah cat..kemain pakai ici dulux easy clean lg..dgn harapan klu kotoq bleh cuci..tp hampeh..bkn sb cuci x keluaq..km yg malas cuci bila anak2 contiang..kekerapan contiang tu tgi yg jadi malas nk cuci..dok biaq biaq lama2 xkluaq la bila p tenyeh...paling sakit mata adeeb p contiang pakai crayon itam..skali marker itam...huwaaa..huduh umah...igt nk cat kaler grey..kot bleh match dgn feature wall ijau tu..skali apak budak suh buh puteh ja..mcm bendera pas la pulak :-P

-nak buat makan2 kt umah..nk jemput jiran2 terdekat.jiran atas rumah sama..ahkak marina kita la x dilupa..sb sejak msk umh dah dkt 3 taun x besa lg jemput jiran mai umh.
nk ajak kakmidah..tok sblh umh dia jgk..kira jamuan mkn utk kaum kerabat terdekat..menu yg pasti mesti lah soto..dah hat tu ja confident nk jamu org mkn.insya Allah...sbln dua lagi..lps umh dah melecun di cat

-nak pasang tingkap slide dkt mesin basuhnya area.sng klu dok kt blkg x pakai tudung pun x risau org nmpk

-nak pi bercuti dgn family mySIL yakni family nufail n zara...tgh plan jgk..tp dkt2 ja la.belum tahap legoland lg :-P .bkn x tringin nk p legoland tp tgu adeeb cerdik sikit..faham tmpt yg dia p kira blh blajaq sama.dah la ticket mahai msk menganga membuas x reti apa lg..rugi...tgu la dia besaq zhea ka ok skit nk pi..dan la mak pak himpun duit dulu.

-last sekali..tgh pikiaq bila nk start diet..berat dah cecah 7bln pregnant ni..huhuhu...tapiiiii...sorry la..saya bkn nk diet kaw kaw x telan nasik segala..nasik ttp mkn cuma kurang ja kot..krg mkn benda manis..krg mkn mlm..yg lagu tu ok blh ikut..tp mau sampai dok bilang ari x kedarah karbohidrat tu dak kot...buat apa nk seksa diri terok2..dah depa kata beauty is pain..biaq depa2 ja la nk pain..saya dak kot...haha..bkn bajet nk kurus gaya bini popeye pun..cukup la bg kempis perut..lengan kecik sikit..x gaya ahli sumo jd la..sb bg saya kurus meleding bkb elokpun..haha pndpt memasing kn :-) bajet nk turun 5kg ja pun.harap2 berjaya la..tp bila nk start entah...esok kot :O

ok la..nk tidoq dah..esok kja..daaa...

Published with Blogger-droid v2.0.8

selamat hari lahir ke 34 taon suami

wuwuwu dah 34 sudah umoqqq...semoga sehatlah hendaknya.blood pressure under control..uric acid level turun..dlm erti kata lain moh la kita berdiet jaga makan..supaya badan sehat cergas...x sakit2 lagi...

semoga jadi suami..ayah yg baik tu mmg x penah lupa nak doa pun..kalu bukan besday pun tetap doa yg tu :-)

hadiah..xtau nk beli apa lg..sb km bkn jenis..oh besday wajibulngunnah bg adiah..ikut la bajet byk bg bkn time besday pun xpa.tp yg penting kek kena ada sb anak2 yg suka kek sgt.

selamat hari lahir suamiku yg ensem lg baik hati..yg kadang suka cenge jgk klu bini dok merepek byk..yg suka buat lawak tora bg bini bebai pun ya..trima kaseh trimakaseh semoga hubungan kita kekal sehingga jannah..amin...lagi apa xtau nk kata...(x tau nk tulis apa dah sbnrnya)

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, January 3, 2013

selamat tahun baru 2013

azam sama mcm taun2 lps...

cuma klu bleh nak pederas prabih bayaq utang2 .semak perot :-)

kot bleh nk buh azam nk kuruih.gemok gila skrg..risau jg..pompuan klu gemok nmpk cpt tua

tu ja kot..

Published with Blogger-droid v2.0.8

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...