Monday, December 9, 2013

Laksa sedap oi


Setelah sekian lama try baru ni rasa paling sedap.sesedap laksa MIL buat sebab memang copy paste seketoi resepi dia
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tiktok tiktok

23 days to go :)
nak mulakan hidup baru.
semua akan berubah la kot lepas tu.
nanti ada masa bley crita panjang..nak peclear keja opis sat

Tuesday, November 26, 2013

Bila Anak Terlalu Manja ~ sharing is caring

Bila Anak Terlalu Manja

Ibu bapa perlu mengenali 10 tanda perilaku berikut yang menunjukkan ciri-ciri anak manja yang mungkin menjadi sukar dikawal. Segeralah bertindak menanganinya sebelum terlambat.

1. Mereka akan menangis dan menjerit jika inginkan sesuatu. Adeeb

2. Suka merajuk sambil terlentang di lantai dan enggan bangun jika kemahuannya tidak dituruti. Adeeb

3. Sering marah dan memukul ibu bapa apabila dikenakan hukuman atau dimarah.Adeeb

4. Mengabaikan pertanyaan ibu bapa.Zhea

5. Bersikap kasar dengan orang dewasa dan adik-beradik lain.Adeeb

6. Menolak berkongsi mainan dan sebagainya dengan adik-beradik lain.Adeeb

7. Suka menjadi perhatian jika berada dalam kumpulan kanak-kanak seusianya.

8. Selalu mahukan apa yang menjadi milik orang lain. Bila berjaya mendapatnya, mereka inginkan sesuatu yang baru pula.

9. Membiarkan bilik bersepah dan tidak mahu mengemasnya sehingga akhirnya ibu bapa mengalah dan membereskannya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu.Zhea & Adeeb

10. Sukar tidur mengikut waktu tidur yang sepatutnya.Zhea

Apa yang harus dilakukan?

*Berikan mereka ganjaran bagi kelakuan baik yang ditunjukkan, dan hukuman bagi kesalahan yang dilakukkan. Bila anak menjerit mahukan sesuatu, jangan berikan sehingga mereka menyedari yang tingkah laku tersebut salah serta meminta maaf.

*Apabila mereka sedang marah dan enggan berganjak daripada lantai, angkat dan masukkan mereka ke dalam bilik sehingga mereka tenang dan meminta maaf atas kesalahan.

*Apabila anak-anak mengabaikan perintah anda untuk melakukan sesuatu, hukumlah segera. Suruh berdiri di satu sudut dan jangan berganjak selagi belum meminta maaf.

*Jangan turuti semua permintaan anak. Biasakan anak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.

*Jika bilik mereka bersepah, jangan izinkan mereka keluar dari bilik sehingga mereka membersihkan bilik.

*Tetapkan waktu tidur mereka dan didik mereka berdisiplin dengan peraturan tersebut. Anda mesti bertegas dengan peraturan yang dibuat dan jangan mengalah dengan pujuk rayu anak.

Sunday, November 10, 2013

Impian bakal jadi kenyataan

Alhamdulillah la segala kekusutan kesemakan selama 5 taun dibawah mangkok hangit bakal ilang x lama lagi.nanti dah confirm baru saya terang panjang lebaq kat sini

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, October 24, 2013

Keterujaan kakak zhea

Ni pasal kakak zhea plak.happy gila nak dapat baby baru.tp dia nak girl la kalau boleh.katanya adik boy suka buat dia.memang betoi pun..adeeb tu skali dia taboh zhea.berdamaq!.aritu dia katoq pala zhea dgn kaki payung..grrr...kasaq mamat tu.

Crita pasal lego ni dah lama kami beli..rasanya masa besday dia 2yo lagi..tp simpan dulu..belum masanya nk main..lgpun.merga ni kecik2 takuy adeeb telan pulak..jadinya la ni baru bagi dia main betoi2..masa 4yo bg jgk tp sat2..dah abis main kami simpan..skrg mmg dah kluaqkan kira dia yg simpan.anytime nak main..boleh ja..adeeb pun dh ok x gaduh gaya nk kulum ka telan bijik lego ni ha..

Tau dak masa 2 3 bln lepas kot..zhea tertelan duit 5sen!! Terkocoh2 km kalut bawak dia p spital..nasib kluaq masa dia berak..legaaa..hahaha

Published with Blogger-droid v2.0.10

Alahai abang Adeeb

Dah nak jadi abang pun..try untuk tukaq panggil dia dari adik ke abang.tak jadi2..dia pun dah biasa panggil nama dia adik...bila zas ja mama dia buat upt +ve trus demam seminggu..lepas tu..mengada yg over2..kadang2 bila over sgt..kena la jgk marah tu..sian plak..

Time ni bawak dia pi airport penang..tiap kali balik dari umah kakmidah mesti singgah airport tgk planes..nasib baik la dekat ja..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, October 18, 2013

Evening night sickness

Start petang ja mula melembik...pening muntah..rasa mmg baring n tdoq ja yg terbaik buat masa ni..nk masak jgn sekali.. :-(

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, October 10, 2013

Lamanya x update

Malas yg amat..currently mengalami pnyakit evening sickness yg sgt kronik...yakni...the 3rd one is coming...to town...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, August 20, 2013

**copy paste :7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!

7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!

by  on AUGUST 22, 2011
Post image for 7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!
Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.
Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca bukuPetunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.
4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi
Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.
Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.
Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!
Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah
Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer…
Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan…
Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun.
7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun
Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.
Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.
Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!
Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.
Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!
Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.
Nota Jutawan Nota Kewangan Irfan Khairi
Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.
Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)…
Wallahu a’lam.
Zulkifli
11 Julai 2011
10 Sya’ban 1432
Damansara Damai

Thursday, July 4, 2013

Haluu halu semua..cerita pasal sang kancil lagi

Salam semua,

Aritu baru ada gaya nak update balik..malas muncul kembali..hangat2 taik ayam.

Minggu depan posa dah no..syoknya...persiapan bulan posa..rasa takdak apa sangat dari segi lahiriah ni..paling penting beli kurma, pastu ikan bilis..haha tau pasai apa ikan bilis perlu,,,saya sahur makan lauk ikan bilis ari2 pun tkpa..tak perlu gulai2 ayam segala..kurma tu mmg wajib..sapa pun kan..

Sekarang saya mai kja naik keta asben...huhhu kancil saya ni...kira kena penyakit kronik..nak pebaik pun..sama harga dgn  bayaq muka sebiji myvi..so..biaq dia dok rehat dulu..dan la raya dulu..pastu kampoi kumpul dana nak ubati sakit kronik dia..ada yang kata..beli ja keta baru..hmmm entah la..rasa klu kancil tu lg 2 taun nk abis..bulan2 185 saja..dr nak bayaq bulan2 keta baru yang confirm 500 ke atas..selama koman2 9 taun...tu dak kot..kancil ni lepas pebaik ni ok balik la..ekon dah tiptop..sejuk baru lepas tukaq semua..tinggai enjin ja..ni pun kes kena "kencing" masa overhaul taun lepas..tak overhaul tera mana pun..telan duit ja..menipu btoi pomen ni..patut la lepas overhaul..kancil tu asik2 jahanam ja..rupanya tak pebaik tera mana..takpa nanti akhirat dapat la pembalasan menipu org...

Bab keja..malas crita la..apa yang penting..kalu la berjaya apa yang diplan2 kan..klu jadi..boleh kot dok umah fulltime ja tengah taun depan..kalu jadi la..mintak2 la ada rezeki berpihak pada kami..amin..


Monday, June 3, 2013

lilin n lampu pendaflor

letihnya..cuti 3 ari nk rest pun xdan..byk sgt agenda..tp byk agenda mnjadi lilin ja kot.bkn puteri lilin.tp lilin yg bakaq diri nk bg cahaya kt org2 lain.org yg dpt cahaya tu pulak hampeh.senang lupa cahaya lilin bila dpt cahaya lampu pendaflor...hmm..klu baik sgt pun susah jgk

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, May 14, 2013

Lamanya tak menulis

Salam, lamanya dah tak menulis kat sini.penyebab utama busy dan malas.

Rasanya taun 2013 adalah taun kami mewartakan Hospital Pantai Penang as second home, mana tak nya, lepas sorang sorang yang kena admitted termasuk saya :D bermula dengan anak2 pada taun lepas, lepas tu my huby >>adeeb >>my FIL >> my hubby again >> lepas tu saya :D wowiiii lah sangat

Saya kena keratitis, sakit mata merah sebab contact lens infection.3 minggu sakit mata on off, last2 jumpa pakar mata, terus kena admitted.Dok la package 4 hari 3 malam berserta makan minum ditaja oleh sepital.

Terbaru my FIL nyaris2 kena admitted lagi...lepas sakit2 yang aritu dah gaya nak pulih...timbul sakit baru pulak..biasa la dugaan.

Anak2 saya Zhea & Adeeb so far so good..membesar dengan jayanya. Alhamdulillah



Baru nak warm up,nanti dah panas, update lagi okay.tatatititutu

Tuesday, March 5, 2013

anak2 tidoq awai

sejak class zhea start pukui 8 mmg ari2 pelekoh bg bangun 6.45..keryau x keryau wajib bangun.palingg lmbat kui 7..7.45 wajib ada dlm keta dah..so mlm2 automatik kui 10 dia dh habaq mengantok nk lena..even weekend pun...hiii senang satu bab..adeeb ja yg belum "ngapp" lg bak kata org perlih.

dulu class zhea start 8.30..tp kna p kui 8 pasai ada perhimpunan..tp km slalu sampai 8.30 takpun lg sayup..huhu..ni teacher dh kluaq arahan class start kui 8 tepat..mmg usaha mai ontime jgk la.so far mgu ni..:-! perfect

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, March 1, 2013

oh my kancil

baru 2 ari lps tukaq cable clutch..reni hg putus lg.pmhuwarghhhh

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, February 26, 2013

dush dush

kemarin kancil temperature high..jalan jem..huoih satg kena masuk ward la pulak dia..sian dia..sian tuan dia sama..gaya nk beruang sikit ada saja.

sakit gigi pulak ni, ulcer ada 2 bijik lam mulut..


Wednesday, February 13, 2013

Cerita Pasal Pak Mertua & Mak Mertua


Salam semua,

superbusy saya sekarang...ya la mertua ada kat umah sekarang..dah 2 minggu depa ada Penang...Mai lepas cuti Thaipusam aritu..Dekat entry sebelum ni..ada saya update sikit pasal depa..Actually my FIL ni umur dah 77 taun...dah dekat 3 taun tak boleh berjalan..ngesot ja..tak pun merangkak..tapi seminggu sebelum cuti tu..my MIL habaq dia ngesot pun dah tak boleh..muka pucat..mata kunin...selera makan pun takdak..lembik ja gaya,,..so semua ketiga2 anak dia balik..bincang..lagu mana nak buat kat ayah depa..saya selaku menantu hantu (bukan mithali) ni..ikut saja la...klu nak check up & admit kat Hospital Kangaq..sapa nak tengok depa pulak..anak2 jauh..Kat Sepang sorang..kat Penang 2 orang..depa anak 3 saja..

So, my BIL bg pilihan..sama ada nak ikut balik Penang or Sepang..MIL pilih Penang sebab dekat sikit..lagipun kat Penang ada 2 anak boleh gilir2 jaga...Tapi sebelum tu..bawak pi PMC Aloq Staq dulu..nak check gitu2 ja sebelum bok balik mai Penang..ya la minggu tu cuti public holiday panjang..so doctor saheh ada lepas cuti panjang tu..lagipun takut terjadi apa2 yang lebih serius...bok pi PMC..terus kot emergency..doc kat sana..mmg ckp myFIL ni nampak lembik sangat..dia buat surat refer untuk futher check up kt Penang..pilih punya pilih...kami suh mai Hospital Pantai Penang saja la..bukan tak mau pi gomen punya..salah satu..GH penang jauh dari umah kami..nak tempuh jem berulang alik..lagipun..km nak semua urusan fully check up dia , dapat tau result cepat...ok..pi la Hospital Pantai..sekali my MIL...

Jumpa Orthopedic Surgeon, Doc Jamal..check skali MIL..MIL memang ada masalah sakit lultut.yang kronik..jalan pun ala2 senget2..ada ka Zhea tnya awat tok jalan macam penguin....check punya check..memang dia ada slip disc..doc tak advise suh masuk ward..bagi ubat makan..vitamin2 saraf..try kurangkan berat badan..maybe akan rasa kurang sikit sakit tu...

My FIL pulak..terus masuk emergency room...check2...uric acid level dia sangat tinggi..ada ketulan kat bawah lutut..doc cucuk buang ayaq bawah lutut..rupanya ketulan ayaq tu yang menyebabkan dia tak boleh bejalan dan bengkokkan lutut dia..Terus kena admit ward..lepas segala merga check up..dapat tau ada hipotiroid pulak..high cholestrol...high bp..yang sebelum ni kami taktau..sebelum2 ni bukan tak besa bawak check up..tapi pi klinik besa ja..tak bok pi pakar..my FIL ni..cukup payah nak ajak jumpa doctor..besa la rentua2 dulu2...So kat sepital..makan ubat..buat fisio sehari 2 kali..nak bagi dia boleh bangun balik..bangun jalan ketek2 pakai tongkat pun jadi la..senang dia nak pi toilet mandi sendiri..lagipun nanti kat kampung depa dua saja..sapa nk tolong angkat..anak2 jauh...ajak dok dengan anak2 tak mau...lepas masuk 6 ari 5 malam..discharged..terus dok umah saya....nak bagi balik kampung..pun..nak biaq dia sehat sikit....

jadinya saya superbusy sekarang :P

Monday, January 28, 2013

my Parent in law ada penang

baru sampai smlm.esok dua2 kna bawak jmpa pakar orthopedic..dua2 sakit..dua2 kna masuk ward

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, January 12, 2013

resepi ayam masak kicap berkentang yang sedap lah jugak

:-P:-P:-P:-P

salam hujung minggu semua!
best betoi cuti kan, esok cuti lagi lusa back to normal routine.

sesaja nak share resepi. menu senang rengkong cak ja pun..tapi sebab saya jarang2 buat..sebenarnya x brapa suka masak kicap nih..tapi arini sb dah buntu sangat..x tau nak masak apa dah..asik sup..kari..sambal tumis..boring...td try la buat ayam masak kicap berkentang.sedap la pulak.

bahan2
300g ayam
1 biji kentang
3 sudu kicap masin cap kipas udang
1 sudu sos cili life
1 sudu lada itam ditumbok
1 sudu gula
secubit garam
1 labu bawang besaq
2 ulas bawang putih & 1 inch halia ditumbok halus
5 sudu ayaq asam jawa

cara2
1.ayam & kentang di lumow garam kunyit.pastu goreng halfcooked

2.tumis bwg puteh & halia bg kunin & wangi

3.masukkan kicap,sos cili,gula,garam & ayaq asam jawa bagi mendidih.

4.masukkan ayam & kentang.lada itam tumbok sekali.kalu nak pedas buh cabai melaka.

5.dah nak masak masukkan cabai besaq..daun celeri ka..

siappp

Published with Blogger-droid v2.0.8

cerita pasal anak2

zhea dah sbln masuk skul utk 5y...dh boleh mmbaca karangan2 simple yg 2 suku kata.masalah lain plk..payah tdoq..esok pg nk kejut bangun pg..hazab..keryau rasa dengaq satu blok!

adeeb..masa dia admitted hfmd tu..dia terus tolak susu puteh..dr enfagrow a+ bertukar ke sustagen.sb dia nk susu jns coklat saja..pastu km try bg dutch lady 123 perisa coklat.ok dia minum.baguih sb murah gila..km mak pak dia dah lega sb jimat bab susu..jimat byk...tp lain plk...dia kuat mintak susu..sejam skali sebotoi..nk tdoq ja 5 6 botoi..ayah dia siap suh bancuh susu byk2 dlm jug besaq ja..haih...ka susu ni cayaq depa x kenyang..haih....kna tukaq enfagrow a+ blk gamaknya...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, January 9, 2013

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

*sharing is caring

byknya kesilapan yg dah terbuat ni...semoga dpt diperbaiki la lagi..

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Diet lah kot no

Ya baru start diet minggu ni, tapi tak diet kaw2 ok.

Cuma belajaq kurangkan makan benda manis, babai la kat nescaffe tarik gelas besaq, nescaffe kaw buh creamer 3 camca besaq, mee goreng pantry yg sedap sebab minyak berlinang, makan nasik lepas pukui 8 malam, babai la nak suka hati tambah nasik 2 3 kali sekali hadap.

Sekarang makan macam besa ja..cuma tak selambak macam dulu..harap2 ada la pengurangan..nak 5 kilo ja paling2 koman..eh tapi masuk 3rd day..kurang 500gram :)

Monday, January 7, 2013

apa yg bermain di otak la ni

-nak cat living hall..dulu dah cat..kemain pakai ici dulux easy clean lg..dgn harapan klu kotoq bleh cuci..tp hampeh..bkn sb cuci x keluaq..km yg malas cuci bila anak2 contiang..kekerapan contiang tu tgi yg jadi malas nk cuci..dok biaq biaq lama2 xkluaq la bila p tenyeh...paling sakit mata adeeb p contiang pakai crayon itam..skali marker itam...huwaaa..huduh umah...igt nk cat kaler grey..kot bleh match dgn feature wall ijau tu..skali apak budak suh buh puteh ja..mcm bendera pas la pulak :-P

-nak buat makan2 kt umah..nk jemput jiran2 terdekat.jiran atas rumah sama..ahkak marina kita la x dilupa..sb sejak msk umh dah dkt 3 taun x besa lg jemput jiran mai umh.
nk ajak kakmidah..tok sblh umh dia jgk..kira jamuan mkn utk kaum kerabat terdekat..menu yg pasti mesti lah soto..dah hat tu ja confident nk jamu org mkn.insya Allah...sbln dua lagi..lps umh dah melecun di cat

-nak pasang tingkap slide dkt mesin basuhnya area.sng klu dok kt blkg x pakai tudung pun x risau org nmpk

-nak pi bercuti dgn family mySIL yakni family nufail n zara...tgh plan jgk..tp dkt2 ja la.belum tahap legoland lg :-P .bkn x tringin nk p legoland tp tgu adeeb cerdik sikit..faham tmpt yg dia p kira blh blajaq sama.dah la ticket mahai msk menganga membuas x reti apa lg..rugi...tgu la dia besaq zhea ka ok skit nk pi..dan la mak pak himpun duit dulu.

-last sekali..tgh pikiaq bila nk start diet..berat dah cecah 7bln pregnant ni..huhuhu...tapiiiii...sorry la..saya bkn nk diet kaw kaw x telan nasik segala..nasik ttp mkn cuma kurang ja kot..krg mkn benda manis..krg mkn mlm..yg lagu tu ok blh ikut..tp mau sampai dok bilang ari x kedarah karbohidrat tu dak kot...buat apa nk seksa diri terok2..dah depa kata beauty is pain..biaq depa2 ja la nk pain..saya dak kot...haha..bkn bajet nk kurus gaya bini popeye pun..cukup la bg kempis perut..lengan kecik sikit..x gaya ahli sumo jd la..sb bg saya kurus meleding bkb elokpun..haha pndpt memasing kn :-) bajet nk turun 5kg ja pun.harap2 berjaya la..tp bila nk start entah...esok kot :O

ok la..nk tidoq dah..esok kja..daaa...

Published with Blogger-droid v2.0.8

selamat hari lahir ke 34 taon suami

wuwuwu dah 34 sudah umoqqq...semoga sehatlah hendaknya.blood pressure under control..uric acid level turun..dlm erti kata lain moh la kita berdiet jaga makan..supaya badan sehat cergas...x sakit2 lagi...

semoga jadi suami..ayah yg baik tu mmg x penah lupa nak doa pun..kalu bukan besday pun tetap doa yg tu :-)

hadiah..xtau nk beli apa lg..sb km bkn jenis..oh besday wajibulngunnah bg adiah..ikut la bajet byk bg bkn time besday pun xpa.tp yg penting kek kena ada sb anak2 yg suka kek sgt.

selamat hari lahir suamiku yg ensem lg baik hati..yg kadang suka cenge jgk klu bini dok merepek byk..yg suka buat lawak tora bg bini bebai pun ya..trima kaseh trimakaseh semoga hubungan kita kekal sehingga jannah..amin...lagi apa xtau nk kata...(x tau nk tulis apa dah sbnrnya)

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, January 3, 2013

selamat tahun baru 2013

azam sama mcm taun2 lps...

cuma klu bleh nak pederas prabih bayaq utang2 .semak perot :-)

kot bleh nk buh azam nk kuruih.gemok gila skrg..risau jg..pompuan klu gemok nmpk cpt tua

tu ja kot..

Published with Blogger-droid v2.0.8

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...