Tuesday, July 24, 2012

Memerap Ayam

Hai Selamat Tengahari, saheh ada dok pening2 lagi nak masak apa petang ni untuk berbuka kan.Tak pun tengah pikiaq nak beli apa la satgi kat Pasar Ramadhan.

Saya dah dapat idea!Ting! Ting!

Nasik Lemak + Ayam Goreng Berempah + Sambal Ikan Bilis + Telur Rebus + Kacang + Timun
full set nasik lemak.kihkihkih.Padahai pagi td hubby dah mintak suh masak Bihun Soto pun takpa dia kata, dah kata nak diet..tapi adoi..perut melayu sejati ni..sari tak jmpa nasik rasa nak pitam guling2.Sio, saya propose la menu nasik lemak ayam rempah ke dia.Dia pun ok ja la :)

Jadinya lunch time tadi, lepas ambik Zhea dari kindy, antaq pi umah KakMidah.Saya singgah sat balik umah, nak marinate ayam.

Siap, petang ni boleh goreng terus ja (eh abaikan la besen yang tak berapa nak segak tu)

Resepi Ayam Goreng Berempah Simple Baq Ang :

Bahan2:
1/2 ekor ayam
2 ulas bawang merah ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
2 ranting daun kari
2 camca jintan putih
2 camca jintan manis
1 camca serbuk kunyit
sedikit garam

Cara2 dia, senang ja haih, lumoq2 ja la kat ayam tadi.Agak2 ok goreng menggunakan minyak panas dan banyak.Siap!!

* eh tadi dah pi 2 kedai cari daun pandan tak jumpa2, abis la tak wangi plak nasik lemak ni.Takpa satg nak pi kedai satu lagi cari daun pandan dengan timun.Mintak2 la ada

2 comments:

SyaNa said...

huhu aku bleh masak2 bini time weken je la ;(

Haslinda said...

Alah Syana, ni time roh rajin meresap dalam diri.Lama2 boring beli jugak :)

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...