Tuesday, July 24, 2012

Cerita & Gambar Pasal Zhea Adeeb pulak

Asyik cerita pasal makanan ja kan, tukar topik pulak.
Semalam timbang berat dua beradik ni, si kakak 15.8kg ,si adik 14.8kg.Kakak lebih sekilo ja dari adik, tapi awat bila dukung si adik tak boleh lama.Kemain hantap la Adeeb ni.bulat sebulat bulatnya.


Zhea ok, so far so good.Cuma perangai la banyak berdrama.
Contoh, petang kemarin ambik depa dari umah KakMidah, dalam keta, dok tunjuk sekolah Abang Adam & Kak Nabilah (anak kakmidah), tup2 dia kalut nak tengok sekolah dia pulak dah.Takkan nak kona pi kot sekolah dia semata2 nak bagi dia tengok.Dah petang dengan kalut nak masak bukak posa.Keryau semahu mahunya la haih dalam keta, ayaq mata berjurai2.Sampai umah automatik stop.Gggrrr geram.Bab free diapers tu rasanya dah
berjaya.Malam memang bagi jugak pakai, even dia tak kencing pun.Takut terbanjir tilam jenuh nak jemoq kat mana.


Rajin buat homework, activity books & kaler2, yang tu alhamdulillah.Pensel kaler dia tu, sampai pendek la dia rajin kaler2.Saya memang tak beli banyak set kaler pensel dia.Biaq dia guna satu ni sampai kontot betoi2 baru beli lain.Sebab ingat saya zaman kecik2 dulu, nak mintak dapat satu pensel kaler Luna hat pendek, dulu rm1.80 pun..punya seksa...kena guna betoi2 bagi abis baru dapat beli yang baru.

Ini Zhea lukis sendiri, gemok ayam dia.Cantek



Time bertenang, time gadoh...Ya Allah...ganas...sat aku tendang hang..hang tendang aku..Kadang sorang ambik barang mai hempok atas pala..time gaduh..stress mak dia ni nak lerai..dengan masing2 kalu naik angin suka menggigit!Kira lawan terkam ja..


Peberet Adeeb, teloq rebus.Kadang sampai 3 bijik sekali hadap.Tengok la badan lagu mana.




Time bertenang jugak


Time bertenang jugak, naik keta kalu boleh dok sesama kat belakang tu kira aman, kalu dak...huwargh..lawan bertolak..tempat aku..tempat hang..macam2




Ni budak yang payah nak bagi lena siang, memang biaq ja dia terlena sendiri.Macam2 gaya.Selalu dia akan lena sendiri kui 4 5 petang.

Zhea gegirl plak..sejak masuk skolah ni..pandai...mintak nak pakai dress, skirt bagai dah.Ok la ikut kan ja lah.Dulu2 dia yang takmau pakai skirt.

Adeeb bulat montel, muka baru bangun tidoq


Kalu time sedaq bergaduh ja keja, time tidoq..alahai..mesti akan ada bersentuhan kat memana, betoi..si Adeeb ni tidoq suka menggagau2 nak pegang si kakak..dia tercari2 ja sambil mata pejam.


Last sekali...lepas mandi..tengok dua beradik dok bentang sejadah. :P

No comments:

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...