Sunday, July 29, 2012

berbuka di kpg lagii 9 ramadhan

Blum berbuka tp nk list down menu dulu.

Sup tulang..berbau wangi tgh gelegak atas dapoq tu
Daging bakar
Ayaq asam kerisek
Cucoq udang
Buah melaka

Semua msk sendiri rasanya

Published with Blogger-droid v2.0.6

berbuka di kampung 8 ramadhan

Lokasi my mil house.
Menu:
Nasik putih
Terubok bakar
Gulai ikan talang kering + nenas
Tepung talam kcg itam
Talam ubi
Pulut udang
Agar2 cermin
Ayaq tebu kowww punya
Ayaq lengkong
Ayaq oren

*Lupa, Gulai Kepala Ikan + Buah Kundoq

Published with Blogger-droid v2.0.6

menu berbuka 7 ramadhan

Beli ja.sebab malas.

Nasik dalca
Kurma kambing
Ayam masak merah
Ayaq sirap sarbat
Ayaq tembikai susu

Total pocket damage rm25

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 27, 2012

Menu berbuka Ramadhan ke 6

Salam Semua,

Arini adalah menu paling simple, sebab tak dak kuih2 langsung :)
Dan arini adalah masak sendiri.wehuhu

Ikan Cencaru Sumbat

Tomyam Ayam

+

Ayaq Laici Buah

+

Kurma Nabi

Alhamdulillah


Thursday, July 26, 2012

Ramadhan Hari ke 5

Salam semua,
Jangan la terlioq tak sedap tara mana pun ikan pari ni.
Saja pecah rekod, malas masak nak beli ja kemarin.Bukan apa teringin nak makan kuih2 macam2, nak minum air yang sedap sikit selain ayaq Oren Sunquich & ayaq Sirap Ros F&N.
Jadinya saya ke Pasar Ramadhan Bayan Baru, keluaq opis awai kui 4.15 makanya jalan belum jem lagi parking pun still ada dekat2, tak payah jalan jauh2.

Mula jalan2 aim nak beli lauk dulu, singgah kat DiKashmiry, beli daging masak hitam 2 ketoi rm4. Berbaloi harga tak la mahai melampau, sedap pun sedap.Tapi lauk kat dia memang sedap la so far.Sapa2 belah dok Penang saheh tau kot.Siap sempat simpan untuk makan sahur lagi.








Jalan lagi...yang ni menggeramkan..macam marah betoi dekat diri sendiri..cemana la bleh terbeli IKAN PARI BAKAQ HANGIT nih...mula2 sampai kat kedai ikan bakar ni..tnya ikan cencaru sumbat yg bakar tu berapa..dia cakap rm7..dalam hati mahainya..terus tangan ni..ambik penyepit..pi pilih ikan pari ni..ingatkan murah la dari ikan cencaru..mak aih..sekali akak tu kata RM10 dik...telan ayaq lioq..rasa nak letak ja balik ikan tu..tp sebab depa cepat2 pi curah kuah segala..kena bayaq jugak la..mahai nak mampoihhhh patut nya rm5 ja besaq ni..marah betoi..bgtau hubby pasal ni..dia kata "awat yang cencaru bleh p tnya harga awai2 yang pari ni tak tnya dulu"..entah..Balik umah makan time berbuka..Pahit berdengung..hampeh sungguh.



Ni lah menu kami, ++ Ayaq tebu yang cayaq ceroi rm2, katanya pati ayaq tebu sebab tak buh ais..sekali rasa dia campoq ayaq banyak kot..tawaq hebiaq..tak sabaq nak balik kampong minum ayaq tebu yang ayah Firdaus tu dok meniaga 48 kali ganda sedap!

Total kemarin belanja RM22

Wednesday, July 25, 2012

menu ramadhan hari ke 4 ~ nasik lemak

Salam semua,
Ni menu kemarin.
Nasik lemak + ayam berempah yang serius sedap nak pitam + sambal tumis ikan bilis 'maneh' + teloq dadar

Timun xdak takdan singgah kedai.sebab x larat sangat dah ptg kemarin.kikiki. Plus cucoq udang..tepung lebih masa goreng ari senin tu simpan peti ais.kemarin bok kluaq goreng lagi.lega habis x dak pembaziran berlaku.

Haih arini nk masak apa xtau.yg ada kt umah..ayam..ikan talang n teloq..mcm nk pi pasar ramadhan ja.huwargh...tp malas nk pusing kot jauh lah plak.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 24, 2012

Cerita & Gambar Pasal Zhea Adeeb pulak

Asyik cerita pasal makanan ja kan, tukar topik pulak.
Semalam timbang berat dua beradik ni, si kakak 15.8kg ,si adik 14.8kg.Kakak lebih sekilo ja dari adik, tapi awat bila dukung si adik tak boleh lama.Kemain hantap la Adeeb ni.bulat sebulat bulatnya.


Zhea ok, so far so good.Cuma perangai la banyak berdrama.
Contoh, petang kemarin ambik depa dari umah KakMidah, dalam keta, dok tunjuk sekolah Abang Adam & Kak Nabilah (anak kakmidah), tup2 dia kalut nak tengok sekolah dia pulak dah.Takkan nak kona pi kot sekolah dia semata2 nak bagi dia tengok.Dah petang dengan kalut nak masak bukak posa.Keryau semahu mahunya la haih dalam keta, ayaq mata berjurai2.Sampai umah automatik stop.Gggrrr geram.Bab free diapers tu rasanya dah
berjaya.Malam memang bagi jugak pakai, even dia tak kencing pun.Takut terbanjir tilam jenuh nak jemoq kat mana.


Rajin buat homework, activity books & kaler2, yang tu alhamdulillah.Pensel kaler dia tu, sampai pendek la dia rajin kaler2.Saya memang tak beli banyak set kaler pensel dia.Biaq dia guna satu ni sampai kontot betoi2 baru beli lain.Sebab ingat saya zaman kecik2 dulu, nak mintak dapat satu pensel kaler Luna hat pendek, dulu rm1.80 pun..punya seksa...kena guna betoi2 bagi abis baru dapat beli yang baru.

Ini Zhea lukis sendiri, gemok ayam dia.Cantek



Time bertenang, time gadoh...Ya Allah...ganas...sat aku tendang hang..hang tendang aku..Kadang sorang ambik barang mai hempok atas pala..time gaduh..stress mak dia ni nak lerai..dengan masing2 kalu naik angin suka menggigit!Kira lawan terkam ja..


Peberet Adeeb, teloq rebus.Kadang sampai 3 bijik sekali hadap.Tengok la badan lagu mana.




Time bertenang jugak


Time bertenang jugak, naik keta kalu boleh dok sesama kat belakang tu kira aman, kalu dak...huwargh..lawan bertolak..tempat aku..tempat hang..macam2




Ni budak yang payah nak bagi lena siang, memang biaq ja dia terlena sendiri.Macam2 gaya.Selalu dia akan lena sendiri kui 4 5 petang.

Zhea gegirl plak..sejak masuk skolah ni..pandai...mintak nak pakai dress, skirt bagai dah.Ok la ikut kan ja lah.Dulu2 dia yang takmau pakai skirt.

Adeeb bulat montel, muka baru bangun tidoq


Kalu time sedaq bergaduh ja keja, time tidoq..alahai..mesti akan ada bersentuhan kat memana, betoi..si Adeeb ni tidoq suka menggagau2 nak pegang si kakak..dia tercari2 ja sambil mata pejam.


Last sekali...lepas mandi..tengok dua beradik dok bentang sejadah. :P

Memerap Ayam

Hai Selamat Tengahari, saheh ada dok pening2 lagi nak masak apa petang ni untuk berbuka kan.Tak pun tengah pikiaq nak beli apa la satgi kat Pasar Ramadhan.

Saya dah dapat idea!Ting! Ting!

Nasik Lemak + Ayam Goreng Berempah + Sambal Ikan Bilis + Telur Rebus + Kacang + Timun
full set nasik lemak.kihkihkih.Padahai pagi td hubby dah mintak suh masak Bihun Soto pun takpa dia kata, dah kata nak diet..tapi adoi..perut melayu sejati ni..sari tak jmpa nasik rasa nak pitam guling2.Sio, saya propose la menu nasik lemak ayam rempah ke dia.Dia pun ok ja la :)

Jadinya lunch time tadi, lepas ambik Zhea dari kindy, antaq pi umah KakMidah.Saya singgah sat balik umah, nak marinate ayam.

Siap, petang ni boleh goreng terus ja (eh abaikan la besen yang tak berapa nak segak tu)

Resepi Ayam Goreng Berempah Simple Baq Ang :

Bahan2:
1/2 ekor ayam
2 ulas bawang merah ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
2 ranting daun kari
2 camca jintan putih
2 camca jintan manis
1 camca serbuk kunyit
sedikit garam

Cara2 dia, senang ja haih, lumoq2 ja la kat ayam tadi.Agak2 ok goreng menggunakan minyak panas dan banyak.Siap!!

* eh tadi dah pi 2 kedai cari daun pandan tak jumpa2, abis la tak wangi plak nasik lemak ni.Takpa satg nak pi kedai satu lagi cari daun pandan dengan timun.Mintak2 la ada

Menu berbuka Ramadhan ke 3

Salam semua,
Saja nak bagi pakat terlioq awai2 pagi nih.


Monday, July 23, 2012

Bukan nak melayoq, tapi saja nak bagi idea untuk masak bukak posa nanti

Ni gambar lama, sebelum posa.Dulu kan mood update blog adalah zero, bulan posa ni telebih rajin pulak.Sari sampai 2 3 entry.

Sila jamu mata, masakan2 saya yang simple, tapi sedap woh.Sebagai memberi idea sesapa yang tak dak idea nak masak apa untuk berbuka nanti.

Kari Daging Batang Pisang + Sayur Buncis Goreng + Sambal Belacan + Asam Pedas Ikan Pari + Ayam Goreng + Ulam2 (semua adalah beli, tapi sedap lauk kedai yang saya beli ni, Desa Warisan Restoren, dekat dengan rumah saja Saujana Damai)


Mee Kuah, all time feveret, buat pakai apa saja bahan yang saki baki dalam peti ais


Ikan Goreng + Sambal Telur Hancur + Buncis Goreng Hati Ayam

Hahaha

Beriya list kan menu nak masak untuk bukak posa, sekali hubby ai suh masak bihun goreng saja!!
hahaha baguih2 senang bini mu ini..kata nak diet bulan posa kan, wajib kurang makan nasik!

Jadinya menu arini, Bihun Goreng Raja + Cucoq Udang

*nanti saya upload gambar dan resepi Bihun Goreng Raja, resepi rahasia mak saya tahu!

Sunday, July 22, 2012

planning lauk berbuka

Macam2 plan nak masak esok2 ni.tp yg simple2 lah.konon xmau beli kt pasar ramadhan :-P

Plan 1..nasi ayam..agar2
Plan 2..nasik puteh..ayam masak itam..sayur..ikan talang masak asam..cucur udang
Plan3..nasik lemak..sambal tumis bilis..ayam goreng rempah

*semua berasaskan ayam.sebab xdak haiwan lain dlm peti ais
Kes x pi merket lg.

*tapi kan yg byk2 menu ni..rasa x sabar nak nak makan nasik ulam..sayoq keladi..buah melaka dari kampung

Published with Blogger-droid v2.0.6

cerita pasal posa day 1 & 2

Salam ramadhan ke 2.
Kami kat sini biasa2 ja.disebabkan saya off & hubby plak kena masuk keja mlm kui 7pm makna kata takyah masak apa2 kot untuk bukak posa.jadinya masak untuk anak2 ja.kemarin masak simple ja,sayoq sawi tumis ayaq buh fishball & ikan selayang goreng garing.

Arini plak,sayur toge goreng dgn fishball letak tauhu dan jgn ayam goreng.simple gila.tapi dah anak2 suka lauk camtu.takkan nk buat rendang plal kot dah depa tak maka  pulak.

Esok hubby ada boleh berbuka sama2.tak.sabarnya nak masak!

Published with Blogger-droid v2.0.6

tomyam putih & telur dadar

Salam ramadhan semua!
Ni menu 2 3 ari sebelum posa.
Dah takdak idea sangat nak masak apa,jadi lah menu seperti dalam.gambar.pertama kali buat tomyam puteh ni.selalu tomyam yg biasa kaler merah2 tu.

Senang ja rupanya ;-)

Tapi nak share jgk cara nak buat dia.satg ada jgk org pm kt fb tnya resepi.perasan bajet sedap sangat masak.hihi

Resepi tomyam putih super simple:
Bahan2:
1/4 ekor ayam (saya ambik part sayap)
1 paket perencah tomyam putih cap adabi
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 biji limau nipis
1 inci halia
Sedikit daun celeri
1 batang serai
Daun limau purut
Minyak untuk menumis
Tomato

Cara memasak:
1.panaskan minyak,masukkan bawang,halia & serai yg diketuk
2.bancuhkan perencah tomyam dan masukkan kedalam bahan yg ditumis tadi.jgn lupa masukkan daun limau purut yg dicarik2
3.bila kuah mendidih masukkan ayam,bawang besar & tomato serta garam
4.bila ayam nampak empuk.tutup api.perahkan air limau tadi dan masukkan daun celeri.tutup dgn penutup periuk supaya bau wangi tak keluar.

Siap:-P

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 21, 2012

jamuan sambut posa kat opis

Ni jamuan kt opis sempen sambut posa.buat berkonsepkan potluck.jadinya saya bawak mee soto.sb yg tu ja reti nk buat & mcm confident skit kata sedap kot.hihi

menu lain yg opismate bawak mcm kfc,lontong,nasik impit,kuah kacang,puding,bihun goreng,kek2,kuih2..kenyang mcm nak meletup perot.











Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 20, 2012

Tuesday, July 17, 2012

zhea dah mula suka makan nasik

Alhamdulillah.
Kalu dak..berjenuh nak suh makan.asyik makan benda merapu ja mcm jajan2 tu.tapi lauk peberet dia hanyalah teloq dadar.beli 10bijik tahan 2 ari ja.sat teloq dadar..sat nak makan teloq rebua.pangsan kena bela ayam teloq senang teloq tak putuih..beketoq ja pi kutip teloq :-P haaa lawak tora ja

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 6, 2012

1st attemp

Karipap sardin.hahaha siap tk berkelim..tak retiii

Published with Blogger-droid v2.0.6

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...