Tuesday, April 10, 2012

Nasik Goreng Halia versi Kampong

Sempat masak tadi masa lunch lepas antaq Zhea umah KakMidah.
Pakai nasik hat semalam punya.
Memang simple gila, guna apa yang ada lauk semalam ja, belen ikan gulai.

Resepi Nasik Goreng Halia versi Kampong

Bahan2 :
2 ekor Isi Ikan Temenung
1 inci Halia
5 biji Cabai Melaka
1 ulas Bawang Puteh
1 pinggan nasik
4 batang kacang buncis
Sedikit Kobis
1 biji Teloq

Cara2 membuatnya:
1.Tumbuk isi ikan,halia,cabai melaka sampai lumat
2.Tumis bawang puteh bagi naik bau
3.Masukkan telur, kacau2 bagi hancoq
4.Masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi
5.Masukkan nasi, gaul2 agak rata, buh la sayoq2 tadi
6.Last sekali buh la garam secukup rasa.

Sekian, senang kan, siap dalam masa 15 minit :)

No comments:

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...