Thursday, February 9, 2012

Cuti 4 hari, Maulud Nabi & Thaipusam


Hai...baru nak update pasal cuti 4 ari tu.
Mood rajin telah menjelma dalam badan ni.
Cuti 4 ari tu kami tak pi memana pun, balik kampung pun dak, cuti2 malaysia pun dak.Dalam "safe mode" bulan ni.hihihi.
Ayah budak2 pun cuti sama, so saya tak la rasa melebam kat rumah dengan anak2 ja.Kalu dia ada, bleh melebam sekali dengan dia, anak2 baru best!


Bukan apa, kalu kami dok ber3 ja, penat lah jugak saya nak handle budak 2 ketoi ni...boleh tahan la, ni bila ayah dia ada..macam ada assistant sikit, boleh dia tolong mandikan anak, saya memasak, dia bagi anak lena, saya kemas umah.Dan yang paling best, saya bleh mandi berejam, kalu kami dok ber3 ja, mandi memang macam penyamun gaya, kadang nak sabun pun takdan, ha la..mcm2 peel dua bradik tu bila tinggai depa berdua.Paling tak tahan, depa suka lawan menaboh..Adeeb ni, gaya tak puas ati apa2 memang dia akan taboh ja Zhea tu.Zhea pun rajin melawan, so..bekelai...last2 dua2 keryau :P

Activity kami, keluaq pi Bukit Jambul cari dvd banyak2..so memarathon kan mcm2 movie la.Ada dekat 20 crita jugak la kami tengok sepanjang cuti 4 ari tu (Real Steel best laa).

Ada jugak la keluaq pi Giant, bawak anak2 ronda kat pantai QB tu makan jagong, ambik2 angin, makan McD.

Yang plan nak pi picnic tak jadi, sebab Zhea dengan ayah dia demam :(
Tapi kan rasanya elok jugak la sepanjang cuti tu kami tak keluaq sangat, sebab cuaca Penang..super hangat..hangat sampai 32 Degree C...kami yang dok dalam umah pun..berkuap2..Asyik nak minum ayaq ja..kulit rasa kering ja..

Ok lah, layan gambaq ja, taktau nak cerita apa sangat :P

Makan aiskrim

calouring saja kerja dia, dia cakap banyak homework :P baguih

ni cousin Zhea, Nufail dia mai dok umah kami ari Senin tu, sebab mak dia kja, ayah dia kluaq pi workshop repair keta depa.So saya kena handle 3 orang budak aritu.Penat bleh tahan, dengan Nufail berak :O hohoho.Ngeri sikit bila kena basuh berak budak lain, selain anak sendiri..pasai apa ntah..terok prangai kan.


Camoq pi la, umah camoq takpa, jangan umah kotoq

Ni menu ari Selasa,
Sayoq Kobis


Daging Goreng Kunyit, dengan Kurma Ayam (gambaq malas ambik)

2 comments:

Shafila Ismail said...

bukan malas... tp xberapa nk jd. hahahha

Haslinda said...

loh, pandai2 ja kata tak jadi no.takat kurma tu, pejam mata pun bleh buat la makcik.

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...