Tuesday, February 28, 2012

tak mau lena lagi no hmpa dua~part 2

Camni lah selalu, dua beradik ni..masalah betoi kalu nak suruh tidoq awai malam2.Ni kalu lampu belum tutup..kalu dah tutup pun.main aku kuit hang, hang kuit aku..last2 terantok..keryau..baru lena!





Sunday, February 26, 2012

Soto Ayam lagii


Aduihhhh...penat baru bleh perebah badan..dari subuh tk brenti2 buat kja...pagi2 buta p market bli barang basah.nak buat soto ayam.lgpun mysil yg tgh pregnant tu tringin nk mkn soto yg saya buat.so pi la beli barang2 awai.anak tinggai kt huby jaga.dia baru balik kja mlm dan la tgk sat sblum dia lena.bila dah blk market.siap2 barang masak skali perasan garam tadak plak..turun kedai bawah angkut anak2 sekali.nak tinggai ayah depa dah kroh2 lena tak sedaq habaq..dah beli garam..start masak..gas plak abis.yg adeeb meraung lapaq..lauk x msk lg..last2 bg susu..lena..dah dia lena called apek gas..gas mai sejam tunggu pastu smbung msk.siap msk dia mgkit..melayan anak2 ayah depa..makan bla bla kenyang perut depa & saya..ngemas umah plak..sidai kain..bla bla..ni baru bleh rest..penat jgk la...tp ni kain segunung x lipat..segunung tak gosok


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 22, 2012

Copy Paste

Apabila kamu diuji bersyukurlah kerana Allah masih memberi perhatian kepada kamu. Bayangkan apabila Allah membiarkan kamu alpa dengan dosa dan maksiat, kemudian mati dalam keadaan kufur. Na'udzubillah.

Tuesday, February 21, 2012

tak mau lena lagi no hmpa dua

Published with Blogger-droid v2.0.4

Cerita biasa2 ja

Eh arini dah ari Selasa kan, sat ja esok Rabu..pastu weekend datang lagi.
Tak sabaq nya nak balik kampung..minggu depan insyaAllah balik kampung, nak ambik cuti extra sehari Isnin tu.Mak saya pun dah banyak kali called tnya bila nak balik?Last kami balik masa cuti CNY 4 ari tu.Rindu kat mak saya, saya tau..mak saya rindu dengan cucu2 dia yang sangat.

Kemarin mak called, bagitau, dia nak dapat cucu baru.Tapi bukan dari adik sayaNana yang baru kawen tu, tp kakak ipaq saya, pregnant no 3 dah.Dah 3 bulan lebih rasanya, due seminggu sebelum raya :P (wajib menayang makan ketupat depan dia nanti nih..hihi).Mak saya nampak happy sangat, siap buat sayoq keladi banyak2 bagi kt kakak ipaq saya.FYI, kakak ipaq saya ni sangat baik, saya rasa sangat ngam dengan dia.Bukan takat baik, lawa pulak..putih gebu ja.Serius tak rasa kekok dengan dia.Best la mak saya, nak dapat cucu ke 5 dah.Kira nanti tak la boring sangat sebab ada 3 org cucu dekat dengan dia.Sebab lagi 2 cucu ni (zhea & adeeb) jauh sikit, dapat jumpa sat2 ja kalu balik kampung.

Lagi satu, abang dengan kak ipaq saya akan berangkat ke Mekah buat umrah 1 March ni.Sekali dengan baby dalam perut la boleh pi sekali :) semoga semuanya selamat, amin.

*Mood minggu ni, biasa2 ja..kadang2 ok, kadang2 mai syaitan iblis hasut jadi menyampah tak pasai2.Biasa la tak semua kelaku orang bleh masuk dengan kita, dan kelaku kita tak semua orang bleh terima kan.Dam saya rasa...cuba untuk bersangka baik ja la :)

Sunday, February 19, 2012

menu sabtu-nasik tomato

Nasik tomato..ayam masak merah..dalca sayoq..hoh menjadi kali ni..myhuby siap ckp "sedappp klu boleh menten rasa camni selalu nk buat jamu org time raya pun tak malu"


Hihihi kembang rasa :-P


Published with Blogger-droid v2.0.4

sayoq peberet~ Peria Goreng Kunyit

Peria goreng kunyit..buh udang skit..fuhh..

Resepi:

Bahan2:

1 biji peria, di potong rendam dalam air garam

10 ekor udang size sederhana

Garam,Kunyit

Minyak untuk menumis

Bawang


Cara2 membuatnya:

1.Tumis bawang2 sehingga garing

2.Masukkan udang, sehingga separuh masak

3.Terus masukkan peria yang di toskan, garam,kunyit

4.Gaul2 sehingga masak

Siap!




Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, February 16, 2012

Kereta Terkunci Dari Dalam Akibat TERtinggai kunci kat dalam

Kejadian dekat school Zhea.
Sorang mak ni..tertinggai kunci dalam keta, anak dia hat kecik (katanya baby lagi) tertekan kunci....So mak dia ngn kakak/abg (schoolmate zhea) dok di luaq.


Pi market lagi

Tadi pagi pi singgah market, biasa la beli barang2 basah untuk weekend termasuk stok ari2 keja kalu rajin nak memasak.

Konon2 nak buat kering ja bawak rm20 ka rm30, nak berjimat lah katakan, tapi tak jugak..mahai barang2 la no..rasa mau bawak rm50 pun dapat yang barang basah yang basic2 saja.
Apa yang saya beli tadi :
  1. Ikan Merah Isi Potong 4 ketoi tak besaq sangat pun rm7
  2. Ikan Temenung Lemak (kata apek menjuai tu) 6 ekoq rm3
  3. Udang Size Sederhana 400gram rm5
  4. Sotong Size Sederhana 6 ekoq rm7
  5. Taugeh rm0.20
  6. Fishball rm2
  7. Fish Cake rm1.50
  8. Perencang Ayam/Daging Masak Itam rm1.50
  9. Bawang Besaq+Bawang Puteh+Bawang Merah rm3
  10. Ayam Size Sederhana Sekoq rm11
++Total rm41.20

Tapi ok lagi kot..still dalam budget seminggu pi market rm50 max, tapi ni sayoq2 belum beli lagi..tinggai balance rm8.80 cukup kot nak beli sayoq mayoq.

**Syok sungguh la pi market (Bayan Baru), taktau pasai apa..rasa macam feeling sama macam bershopping kat QB time duit ada tu :P.Tengok semua fresh2 macam nak beli semua.Ikan2 semua cun2,segak2 sungguh mata bersinaq.rasa nak beli semua nak masak macam2.

Zhea & Jam Princess

Bangun Pagi
Gosok Gigi
Cuci Muka
Terus Mandi
Pakai Baju
Minum Susu
Terus Pergi Sekolah

*seharian kemarin Zhea nyanyi lagu ni saja, nanti bila2 nak recordkan.Dia cakap Mak (kakmidah) yang ajaq, bukan teacher.

**lagi satu geramnya, minggu lepas Zhea nak Jam Tangan Princess...nak sangat2, ok la ayah dia beli la rm7.90 ja..tapi dia suka sangat..nak jam tu pakai pi school sebab katanya kawan2 dia pakai jam..tp lepas sehari pakai..dah tak nampak jam tu..tnya2 dia cakap kawan dia ambik..boy..anak jantan sapa yang honaq suka ambik barang orang nih..jam melekat kat tangan pun boleh ambik, ka zhea murah hati sangat pi bagi??

Wednesday, February 15, 2012

‎8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Mereka dah lega demam

Alhamdulillah, arini demam depa dah lega, tinggai batok2 ja sikit2 lagi.Adeeb hingus hijau dia tak kering2 lagi.Tapi malam lena dah ok, tak merengek2 idung sumbat, badan panas ka apa.

Zhea pun dah pi school arini, lepas 2 ari "cuti" sebab demam batok.Dia sendiri cakap school cuti.
Lega sebab sakit2 depa ni lega, tak kalut nak kena admit kat sepital.

*gambaq ni dua beradik baru mangkit tidoq,zhea dengan ayaq lioq basi lagi, adeeb idung berjelaga

Monday, February 13, 2012

masak laju2

Ari ni saya EL...dah anak2 x sehat.adeeb plg sian sekali.demam on off bila mkn ubat temp turun.tp bila ubat abis..naik balik..


Ni sempat saya masak pagi ni.ikan goreng dgn masak lemak kobis.harap2 org sakit mau makan


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, February 12, 2012

adeeb demam tak lega lagi

Kemarin dah bawak jmpa "pakcik angkat" dia kat Sepital Pantai.kahak byk...kerongkong merah..mau gamak tak lega jgk 3 ari kena pi plak.


Zhea pun join the club demam batok..


Cuaca la ni hangat sgt2 kan


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, February 9, 2012

Cuti 4 hari, Maulud Nabi & Thaipusam


Hai...baru nak update pasal cuti 4 ari tu.
Mood rajin telah menjelma dalam badan ni.
Cuti 4 ari tu kami tak pi memana pun, balik kampung pun dak, cuti2 malaysia pun dak.Dalam "safe mode" bulan ni.hihihi.
Ayah budak2 pun cuti sama, so saya tak la rasa melebam kat rumah dengan anak2 ja.Kalu dia ada, bleh melebam sekali dengan dia, anak2 baru best!


Bukan apa, kalu kami dok ber3 ja, penat lah jugak saya nak handle budak 2 ketoi ni...boleh tahan la, ni bila ayah dia ada..macam ada assistant sikit, boleh dia tolong mandikan anak, saya memasak, dia bagi anak lena, saya kemas umah.Dan yang paling best, saya bleh mandi berejam, kalu kami dok ber3 ja, mandi memang macam penyamun gaya, kadang nak sabun pun takdan, ha la..mcm2 peel dua bradik tu bila tinggai depa berdua.Paling tak tahan, depa suka lawan menaboh..Adeeb ni, gaya tak puas ati apa2 memang dia akan taboh ja Zhea tu.Zhea pun rajin melawan, so..bekelai...last2 dua2 keryau :P

Activity kami, keluaq pi Bukit Jambul cari dvd banyak2..so memarathon kan mcm2 movie la.Ada dekat 20 crita jugak la kami tengok sepanjang cuti 4 ari tu (Real Steel best laa).

Ada jugak la keluaq pi Giant, bawak anak2 ronda kat pantai QB tu makan jagong, ambik2 angin, makan McD.

Yang plan nak pi picnic tak jadi, sebab Zhea dengan ayah dia demam :(
Tapi kan rasanya elok jugak la sepanjang cuti tu kami tak keluaq sangat, sebab cuaca Penang..super hangat..hangat sampai 32 Degree C...kami yang dok dalam umah pun..berkuap2..Asyik nak minum ayaq ja..kulit rasa kering ja..

Ok lah, layan gambaq ja, taktau nak cerita apa sangat :P

Makan aiskrim

calouring saja kerja dia, dia cakap banyak homework :P baguih

ni cousin Zhea, Nufail dia mai dok umah kami ari Senin tu, sebab mak dia kja, ayah dia kluaq pi workshop repair keta depa.So saya kena handle 3 orang budak aritu.Penat bleh tahan, dengan Nufail berak :O hohoho.Ngeri sikit bila kena basuh berak budak lain, selain anak sendiri..pasai apa ntah..terok prangai kan.


Camoq pi la, umah camoq takpa, jangan umah kotoq

Ni menu ari Selasa,
Sayoq Kobis


Daging Goreng Kunyit, dengan Kurma Ayam (gambaq malas ambik)

Adeeb pulak demam

Sebelum ni Zhea dengan ayah dia demam kan.Start semalam jangkit ke Adeeb pulak, panas ja badan..tidoq pun merengek tak selesa, bukan demam selsema, tapi demam panas.Susu pun takmau, kalu minum muntah.Pagi ni dah sejuk sikit badan dia, tapi rasa sejuk sebab ubat.Cepat2 la lega..risau plak..ramai orang sakit la ni.

Wednesday, February 8, 2012

Selepas 4 ari cuti~Lemau

.Mood kerja agak2 ke laut sikit.

Semlm x cukup tidoq.zhea demam,batok,ketat idong.buas dia tidoq...jadinya pagi ni mcm tingtong skit...penin pala...mengantok...zhea tetapnp school walau x sehat.saya plak..mata kiri gaya nk jd ketumbit plak..rasa mau nak ngendap sapa ntah


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 7, 2012

advance wordless wednesday :-P

Aiii gemokkk


Published with Blogger-droid v2.0.4

zhea & ayah demam

si ayah sampai berjalan pun ala2 kingkong..lenguh2 badan katanya

si anak pulak..panas ja badan..arini pi school batuk..tengok gaya ketat idong..nyawa pun bunyi srot sret

Monday, February 6, 2012

terlena pun dakap keta

Published with Blogger-droid v2.0.4

marathon makan laksa

Buat ari sabtu.sekilo ikan ja pun.tp dah mkn 4 branak km ja,ada jgk maksu & paksu depa mai mkn sorg sepinggan.ni 3rd day ada lg sikit.tp kan laksa lps sari baru sedap kan.kuah dia baru berasa ikan betoi2 masuk.hehe..km dua laki bini plak hantu laksa.

.so pg ptg siang mlm laksa ja pun xpa.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 3, 2012

Jemaat punya Lunch time


Dan masak Sambal Tumis Ikan Bilis

Ikan Goreng

Kemas umah, bling2 okay, tapi tu nampak sebakoi besaq baju nak kena lipat/iron


Dapoq pun merelit la, selalu beceretek barang atas tu

Bersih berseri2, tapi satgi balik anak2 terchenta camoq balik normal la tu!

Cuti 4 ari rasanya dok dalam Penang ja, plan nak masak laksa, bawak anak2 picnic kat pantai.
Selamat Bercuti semua.

Selamat Pagi Jemaat

Dipagi Jemaat yang indah ini, dimulakan mengisi tembolok naga dengan KuewTiaw Sup yang sedap di tekak saya, di tambah pula dengan ayaq Nescaffe Ais yang pekat lagi lemak berkrim disukai ramai.Makan kat kedai nih..bukan masak sendiri!Tapi saya suka KuewTiaw Sup kat makcik ni dekat Market Bayan Baru, nama gerai dia Gerai Bismillah.Kena dengan selera tekak saya, orang lain punya tekak saya taktau na.

Haih..nak cuti 4 arini..apa planning taktau, yang pastinya tak balik Perlih pun!

Wednesday, February 1, 2012

bersangka baik ja lah

RasanyA bersangka baik ja la senang

Walaupun kadang cemuih menebal dlm hati yg x berapa nak putih ni..mana tau dgn bersangka baik akan membersihkan hati.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...