Friday, October 28, 2011

Weekend 23 & 24 Oct 2011

Sabtu, bangun awal, planning mula2 nak bawak anak2 jalan2 kat Taman Bunga, Taman Rama2...sekali pi 2 tempat ni..manusia punya ramai...terus lajak pi Batu Feringgi..sekali Adeeb montel pi lena pulak..terus ke Teluk Bahang Dam.Malas kluar keta :P , biaq myhuby ja keluaq ambik gambaq.



Adeeb baru jaga time ni, pastu pikir2 nak pi jalan mana.Saya bagi idea pi Zoo Taiping, Zhea sangat excited sebab nak tengok Lion..asyik "woarr..woarrr" kat adik dia

dah sampai Pekan Taiping, macam lawak tengok papan iklan ni.Taun bila punya pun taktau..nak eja Enterprise sekali jadi Enterpris..sahah kedai dot3 ni..

Sampai Tasek Taiping..ujan turun sangattt lebat...memusing2 kot hujan stop..dan bleh bawak anak2 keluar berjalan..sekali lagi lebat..termsuk guruh kilat lagi..Cancel la..takdak idea nak pi mana..balik Penang..terjah Queensbay saja.

Port wajib kalu pi QB dengan anak2 wajibul ngunnah makan Aiskrim Baskin Robbin..memanggil2 ka..(mana mama tak gemok wahai anak2)..

Tringat 2 3 minggu lepas, myhubby sebok keja time weekend..so kurang masa nak bawak anak2 outing..sekali bawak depa mai makan aiskrim...lepas makan..zhea cakap "TQ mama, TQ ayah"...erm...maybe say TQ sb bawak dia release boring kot..budak2 pun tau boring sb asyik dok umah ja kan tak kemana2..lepas tu..kami mewajibkan bawak anak keluaq pi memana seminggu sekali..walaupun dekat dan sat pun takpa..jangan bagi anak2 stress..dah la umah atas awan..tkdak laman..boring depa terkurung ja...memang time bawak outing tu, zhea & adeeb gaya macam burung baru lepas dari sangkar..berlari2 happy.



naik kereta ni..Adeeb sakan pulas stereng



Lepas balik Queensbay...malam tu..sakan depa lena awai..selamat dah se bab.

Ahad, memang plan nk lepak2, guling2 kat rumah ja.Layan anak2 tengok cartoon, saya masak (tapi lupa menu apa ntah)

Zhea actually gigi dia tak mancung sangat, tapi dah jadi habit, suka buat mulut macam ni, selalu kena marah..kadang2 dia lupa dia buat jugak.Ada bawak jumpa dentist tnya pasal gigi dia..dentist cakap tak semestinya kena pakai braces, maybe gigi susu dia mancung skit, dan besaq kemungkinan nanti naik gigi kekal tak mancung..so tunggu naik gigi kekal lah baru bleh decide.Cuma zhea ni gigi kapak..2 gigi depan dia besar :P takpa la zhea comel apa, mama kecik2 pun gigi kapak jugak tau

Adeeb montel, berbaju fit

*weekend ni pulak nak balik kampong, nak bayaq duit lembu untuk Akikah Adeeb dan Korban bahagian saya.Minggu depan balik lagi Raya Haji,Best!!

1 comment:

adianiez AIDA said...

insya'Allah next month aida nak gi bkt merah lake town resort. kat taiping tu kan? memang nak round town taiping la cadang nyerrr... alamak, linda makan ais krim BR la, sedaaaaaaapp!!!


nota kaki : klik & ziarah ~ AIDA'S HOME SWEET HOME ~

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...