Friday, October 21, 2011

Resepi Soto Ayam Simple


*Pic Google


Kan dalam entry sebelum ni, saya ada bagi tau, tengah kemaruk makan soto ayam.Tiap minggu wajib buat tanpa jemu..haih..tk jemu2serius tak jemu..maybe sebab suka makan benda2 berkuah,bersup2 ni..so payah la nak jemu.

Mai nak share resepi Soto Ayam versi paling simple yang saya selalu buat :)
(ada 2 3 org kawan mintak share, so tulis kt sini la senang)

Bahan2 Kuah Sup:
1/2 ekor ayam, selalu saya ambik part yang dekat sayap tu, senang isi banyak
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci lengkuas
Sedikit Kulit Kayu Manis,Bunga Lawang, apa ke merga lagi tu untuk tumis buat sup (taktau nama)
1 camca besar rempah sup
4 keping daun limau purut
1 batang serai dititik
Garam
Air
Minyak Masak

Cara2 membuatnya :
1.Blend bawang putih,bawang merah,halia,lengkuas
2.Tumis bahan2 blend tadi bersama kulit kayu manis & etc
3.Masukkan serai,daun limau purut,rempah sup, agak2 wangi
4.Masukkan Ayam, Air
5.Dah mendidih, masukkan garam
6.Bila dah masak, potong daun sup panjang2 1 inci, bubuh sekali, tutup periuk
*sangat senang bukan??

Nasik Impit direbus, kalu takmau nasik impit tukaq pakai kuewtiaw,bihun or mee.Tapi nanti nama resepi berubah la jadi Mee Soto ka apa kan :P

Cili Kicap lagi la senang, blend bawang putih (banyak2 ok dalam 10 ulas) + Cabai Melaka + Kicap

Bergedil, kentang, potong2 goreng separuh masak, tumbuk2 bagi lenyek +daging burger/daging cincang (lembu tau) + daun bawang.Kemudian buat bulat2, time nak goreng, celup dalam telur yang dipukul.

Accessory2 nak makan dengan Soto tu ikut suka, kalu saya, suka macam kat bawah ni:

bergedil+tomato+tauhu goreng+isi ayam
paling penting kena ada kacang tanah goreng + cili kicap + bawang goreng + toge

**Selamat Mencuba

2 comments:

Shafila Ismail said...

sedapnie..cili tu kena masak x???

Haslinda said...

kila, cabai tk yah masak

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...