Thursday, October 20, 2011

Mini Edible Garden :)

Garden lah sangat kan...........garden di balcony ja lah.
Walaupun kecit ketet balcony kami, 3m x 1m ja tau, tetap nak pergunakan sebaiknya.

Sini lah jugak tempat nak sidai kain, asalnya umah kami ni ampaiannya kat dapoq, tapi macam tak brapa elok ja pencahayaan, last2 buat ampaian kat sini ja la.Tengok ramai jiran2 pasang ampai kat coridor, tak brani pulak, sebab tempat orang lalu lalang, mau hilang benda2 yang di sidai tu tak ke payah.

edible garden,
satu konsep ‘ taman yang mengunakan tanaman yang boleh dimakan’. Dalam erti kata senang, taman sayur/buah.
Memang menarik sekali konsep ‘edible garden’ untuk diaplikasikan di rumah-rumah.. Ianya menggunakan ruang yang minimum.. Malahan yang bestnya ianya boleh dibawa makan..


pokok daun kari, halia..halia tu naik merimbun sampai terpatah2 batang dia masa angin kuat 2 3 hari lepas.So far baru try guna sekali ubi halia tu..sayang plak..takut mati pokoknya...daun kari..dah memang berjasa la nak guna buat kari :)

*menyemak pulak penyapu belakang tu, dah dok tagak2 nak buang, tak buang2

pokok kunyit, baru ambik dari kampung baru2 ni anak pokok kunyit, harap2 hidup la.tujuan utama tanam pokok kunyit nak ambik daun dia..wangi ja kalu buat rendang ka..sambal tumis daging ka..buh daun kunyit potong kecik2...yang pasu hujung sekali tau pokok apa..hahaha pokok SALAK ok!!!kekeke kes lepas makan buah salak..saja2 lempar biji dia dalam pasu..skali naik pokok plak..tunggu nak bawak balik kampung..sebab ni buah salak madu..manis..yang tengah2 antara pokok salak tu..pokok capsicum..aritu elok rimbun dah..siap berbuah dah sebijik..tp time cuti raya seminggu tu..balik mai tengok2 dah kecut..sayang btoi..tu ada jugak pokok daun bawang..huwaaa nak mati jugak sebab tinggai seminggu tak siram.

ni pokok apa taktau nama, baru ja beli kat giant minggu lepas, saja letak pasu panjang camni..tak la bahya sangat kalu anak2 terkeluaq kat balkoni.

sebelah satu lagi..tempat sidai kain, hehe..myhuby siap tebuk dinding nak buat paip kt sini, senang nak mencuci2..senang nak siram pokok sama

*nanti plan nak beli anak pokok cabai melaka la rasa & nak beli block2 batu untuk reflexsology tu..mesti cantek nanti..hoyeahhh

No comments:

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...