Friday, October 28, 2011

Weekend 23 & 24 Oct 2011

Sabtu, bangun awal, planning mula2 nak bawak anak2 jalan2 kat Taman Bunga, Taman Rama2...sekali pi 2 tempat ni..manusia punya ramai...terus lajak pi Batu Feringgi..sekali Adeeb montel pi lena pulak..terus ke Teluk Bahang Dam.Malas kluar keta :P , biaq myhuby ja keluaq ambik gambaq.



Adeeb baru jaga time ni, pastu pikir2 nak pi jalan mana.Saya bagi idea pi Zoo Taiping, Zhea sangat excited sebab nak tengok Lion..asyik "woarr..woarrr" kat adik dia

dah sampai Pekan Taiping, macam lawak tengok papan iklan ni.Taun bila punya pun taktau..nak eja Enterprise sekali jadi Enterpris..sahah kedai dot3 ni..

Sampai Tasek Taiping..ujan turun sangattt lebat...memusing2 kot hujan stop..dan bleh bawak anak2 keluar berjalan..sekali lagi lebat..termsuk guruh kilat lagi..Cancel la..takdak idea nak pi mana..balik Penang..terjah Queensbay saja.

Port wajib kalu pi QB dengan anak2 wajibul ngunnah makan Aiskrim Baskin Robbin..memanggil2 ka..(mana mama tak gemok wahai anak2)..

Tringat 2 3 minggu lepas, myhubby sebok keja time weekend..so kurang masa nak bawak anak2 outing..sekali bawak depa mai makan aiskrim...lepas makan..zhea cakap "TQ mama, TQ ayah"...erm...maybe say TQ sb bawak dia release boring kot..budak2 pun tau boring sb asyik dok umah ja kan tak kemana2..lepas tu..kami mewajibkan bawak anak keluaq pi memana seminggu sekali..walaupun dekat dan sat pun takpa..jangan bagi anak2 stress..dah la umah atas awan..tkdak laman..boring depa terkurung ja...memang time bawak outing tu, zhea & adeeb gaya macam burung baru lepas dari sangkar..berlari2 happy.



naik kereta ni..Adeeb sakan pulas stereng



Lepas balik Queensbay...malam tu..sakan depa lena awai..selamat dah se bab.

Ahad, memang plan nk lepak2, guling2 kat rumah ja.Layan anak2 tengok cartoon, saya masak (tapi lupa menu apa ntah)

Zhea actually gigi dia tak mancung sangat, tapi dah jadi habit, suka buat mulut macam ni, selalu kena marah..kadang2 dia lupa dia buat jugak.Ada bawak jumpa dentist tnya pasal gigi dia..dentist cakap tak semestinya kena pakai braces, maybe gigi susu dia mancung skit, dan besaq kemungkinan nanti naik gigi kekal tak mancung..so tunggu naik gigi kekal lah baru bleh decide.Cuma zhea ni gigi kapak..2 gigi depan dia besar :P takpa la zhea comel apa, mama kecik2 pun gigi kapak jugak tau

Adeeb montel, berbaju fit

*weekend ni pulak nak balik kampong, nak bayaq duit lembu untuk Akikah Adeeb dan Korban bahagian saya.Minggu depan balik lagi Raya Haji,Best!!

Menu hari Cuti Deepavali

Gulai Ikan Kurung (sardine la) di masak dengan penuh kaseh sayang, serius rasa paling sedap :P

Sotong Black Pepper, pun sedap nak mampuih!! 1st time try menu ni

Sayoq Kobis + Carrot

makan nasik sampai 3x sehari tau!

Tuesday, October 25, 2011

Jom try ~ Sign up and stand a chance to win a new iPhone 4s

Sign up and stand a chance to win a new iPhone 4s



  1. Wish to own an iPhone 4s before anyone does? Wait no further, BuddyDeals Malaysia is offering you a chance to own it.
  2. It is very easy to win an iPhone 4s from us. Just register and help us promotes our site by using the link that we provided to you. Its that easy.
  3. You can view the how to win guide via this link:
    How to win iPhone 4s?
  4. Nothing is easier than winning this iPhone 4s right? So head on and sign up to stand a chance to own the gorgeous iPhone 4s !
  5. The contest will be run from September to November 2011.


Jom join..kot2 boleh menang.

Click kat SINI

Monday, October 24, 2011

Gambar2 cuti2 Lumut

*warning, pic banyak dalam entry ni.mood meng"upload" gambaq dalam blog sudah mari :)

Ingat entry ni, pasal cuti2 malaysia @ Lumut

Kami stay dekat Orient Star Resort Lumut, ok la hotel ni,kira ada basic2 amenity tu, ada bath tub yang penting untuk senang putera puteri berendam.
Total / Room Charge:USD 91.20 (deluxe room + extra bed) kalu dlm RM275 la.

Kami bertolak dari Penang pukul 9am dengan pertolongan PapaGo! Sampai Lumut pukui 11am, tak bleh nak check in lagi, check in pukul 2pm.So, makan dulu..singgah KFC kt Lumut.

zhea baru bangun tidoq

Adeeb tengah kerkah baik nya paha ayam

dah boleh check in, anak2 sangat excited.Zhea buat2 tidoq, Adeeb apa lagi urusan panjat memanjat dan lompat melompat

view dari bilik kami, memang request nak yang betoi2 mengadap laut

balkoni, seriyau nak lepas anak2 main kat sini, macam bahya sangat, kami dok level 3

swimming pool
zhea memang asyik ulang tnya "bila kakak boleh mandi", tapi awal lagi, cuaca panas sangat bagi depa berendam dalam bath tub dulu

dah petang baru bawak anak2 turun kat private beach, memang la private tapi rasa tk bersih sangat la.takdak pun orang mandi2 kt situ, kami pun tak berani nak bawak anak2 mandi pantai..entah..mcm seryau2 ja..bahaya..kecik lagi

Adeeb main pasir, ada jugak sekali dia makan pasir..hahaha

my darlingtonpair :)

zhea rambut afro nampak!

lepas ronda2 kat pantai, terjun tiruk kat kolam, yeayy!!!

nasib la kolam sini tak kisah sangat kalu tak pakai swimming suit.wajib beli sorang satu pasni


Adeeb yang konon2 takut ayaq

dah nak Maghrib
Malas tu keluar jalan2 kat Jetty Lumut, dinner sekali kat restoren apa ntah..servis..kronik lembab.mintak ikan 3 rasa dia mai hantaq ikan bakaq.tak mintak udang celup tepong, mai hantaq pulak.ngokngek la sangat..nasib sedap

lepas penat2 main, balik tidoq terus..dua bradik ni..senang ja lena sebab penat main

budak paling lambat bangun

dahi kena gigit nyamok

good morning Adeeb!

sarap jom, zhea siap tak lalu nak makan la..tu dok nampak ayaq kolam memanggil2, tapi tetap kena paksa makan dulu


us
sekali lagi terjun tiruk :P

siap2 nak balik dah


zhea lukis
part paling last, family pic

Terus balik Penang, kui 3pm sampai.Alhamdulillah best tengok anak2 happy.Next trip, December, macam nak pi Melaka pulak.

Zhea, Potty Train & Free Diapers

Hello semua,

Syiok sangat ni, sebab zhea dah free diapers untuk siang hari :)
Malam nak tidoq ja kena pakai lagi, tapi tu pun penat pujuk suruh pakai takut nanti dia tk prasan bila kencin time tidoq.
Save la sikit stock diapers dia untuk siang :0

Asalnya KakMidah yang banyak train dia, seminggu ni kot.Kira weekend baru ni..saya pulak train dia kat rumah..so far ok, takdak lagi inciden terkucil luar toilet.tapi kena tanya dia kerap la sejam sekali nak kencin/berak..haha sampai ayah dia cakap jom la record suara mama senang skit tkyah ulang2 tnya :P

*tengah ajaq dia mandi awai2 pagi sekarang sebab nanti nak pi school kena mandi awai.

Friday, October 21, 2011

Weekend datang lagi :)

Weekend ni tak balik kampong kot, tak pi bercuti mana2 kot.

Dok umah saja, kalau nak berjalan pun dalam Penang ja, kalu nak keluaq dari pulau pun habis saangat pi makan kambing kat Puncak Mutiara.Takpun bawak anak2 tengok binatang2 kat Zoo Taiping.

Tapi rasanya kalu dok rumah saja ber4 pun lagi best.Masak sama2,jaga anak sama2, tengok tv sama2,berbaring bergolek sama2 pun best!!

Harap2 bedmate saya tak kena keja esok.Plis ayah,plis ayah (versi zhea).Harap sangat, lama dah tak spend masa betoi2 kat rumah, mana tak nya..asal weekend ja balik kampong,pi jalan2 keluaq penang,bedmate keja tinggai kami ber3 saja..takpun meronda sepanjang hari...

Resepi Soto Ayam Simple


*Pic Google


Kan dalam entry sebelum ni, saya ada bagi tau, tengah kemaruk makan soto ayam.Tiap minggu wajib buat tanpa jemu..haih..tk jemu2serius tak jemu..maybe sebab suka makan benda2 berkuah,bersup2 ni..so payah la nak jemu.

Mai nak share resepi Soto Ayam versi paling simple yang saya selalu buat :)
(ada 2 3 org kawan mintak share, so tulis kt sini la senang)

Bahan2 Kuah Sup:
1/2 ekor ayam, selalu saya ambik part yang dekat sayap tu, senang isi banyak
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 inci lengkuas
Sedikit Kulit Kayu Manis,Bunga Lawang, apa ke merga lagi tu untuk tumis buat sup (taktau nama)
1 camca besar rempah sup
4 keping daun limau purut
1 batang serai dititik
Garam
Air
Minyak Masak

Cara2 membuatnya :
1.Blend bawang putih,bawang merah,halia,lengkuas
2.Tumis bahan2 blend tadi bersama kulit kayu manis & etc
3.Masukkan serai,daun limau purut,rempah sup, agak2 wangi
4.Masukkan Ayam, Air
5.Dah mendidih, masukkan garam
6.Bila dah masak, potong daun sup panjang2 1 inci, bubuh sekali, tutup periuk
*sangat senang bukan??

Nasik Impit direbus, kalu takmau nasik impit tukaq pakai kuewtiaw,bihun or mee.Tapi nanti nama resepi berubah la jadi Mee Soto ka apa kan :P

Cili Kicap lagi la senang, blend bawang putih (banyak2 ok dalam 10 ulas) + Cabai Melaka + Kicap

Bergedil, kentang, potong2 goreng separuh masak, tumbuk2 bagi lenyek +daging burger/daging cincang (lembu tau) + daun bawang.Kemudian buat bulat2, time nak goreng, celup dalam telur yang dipukul.

Accessory2 nak makan dengan Soto tu ikut suka, kalu saya, suka macam kat bawah ni:

bergedil+tomato+tauhu goreng+isi ayam
paling penting kena ada kacang tanah goreng + cili kicap + bawang goreng + toge

**Selamat Mencuba

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...