Tuesday, September 13, 2011

Raya 2011~Sebelum Raya

Hello Semua,
Berkurun baru nak update pasal raya.
Mood ke laut, pasai apa entah.

Ok2 nak mula cerita, rasanya gambaq lagi banyak dari cerita.
Kami sampai kampung ari Ahad, ujan sepanjang hari, pagi petang siang malam..risau sangat takut banjir.Sebab umah InLaw saya tepi empangan.Ari yang sama myBIL family pun sampai, seronok gila dapat kumpul ramai2, macam2 ceritera la ada :)


Malam Raya, semua pulun main bunga api, baik kanak2,mak2 budak,pak2 budak..excited gila.Tapi saya ni penat peda Adeeb la sebab dia kalut nk pegang api!!


Zhea memang tak lepas peluang kalu kat kampung, nak main ja, memang tak hirau mak pak dah..main setiap masa kecuali tidoq.Sampai tidoq pun mengingau2.Ni dia dengan Firdaus, main naik2 gerek (basikal).

Balik kampung kalu bulan posa, tak sah kalu tak makan ikan terubok bakaq. 2 ekoq besaq sekali beli, maklumlah pemakan dia sampai 8 orang.Sekoq 4 orang makan.


MyMIL tengah sebok pesiang ikan, nak buat kuah laksa.Saya cuma mampu tolong dia blender ikan untuk buat kuah ja, last2 blender meletup, kluaq api lagi..berasap2 satu umah.last2 kuah laksa tak dan nk blend bagi hancoq sebab blender rosak.Jadinya kuah laksa kasaq2 skit, tapi ok apa, berasa sikit kuah ikan tu.

Menu untuk hari raya di rumah MIL, ketupat pulut daun palas,gulai daging,laksa,kuih2 raya.

Ok nanti sambung entry, raya pertama pulak.yihaaa

No comments:

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...