Friday, September 16, 2011

Kesimpulan tentang raya 2011

Paling best sebab dapat berkumpul ramai2, paling special rasanya sb BIL family dapat balik kampung cuti lama2, selalu BIL susah nak cuti lama2..raya kali ni 5 hari..rasa mcm paling lama la..pastu bila sorang2 ahli keluarga balik rumah masing2 rasa pelan sunyi..kami lah family terakhir yang keluaq balik..lagi la sunyi orang tua2 kat kampung kan.

Best jugak sebab Adeeb dah boleh berjalan, takyah nak kalut dukung2,ingat lagi raya tahun lepas dia baru nak masuk 3 bulan..rasa macam susah nk pi beraya merata2, sb nanti mengantok nak balik tidoq buai la apa la.Zhea lagi la..dah pandai bawak diri, nak2 kalu balik kampung..memang main abis2 la dengan cousin2 dia.

Makan??rasa tak brapa puas makan ketupat..sb tau2 ja dah abis..huwaaa..sedeh...takpa nanti nak balik kampung pulak..nak suh MIL buat lagi sekali..boleh makan puas2.

Yang tak bestnya pulak, takdan nak duduk umah mak saya lama2, sebab beberapa hari lepas raya, dia nak ke JB pulak, antaq adik saya mengajaq sana.Mesti dia tak puas main dengan cucu2 dia ni kan..takpa nanti kami balik pulak, kami tidoq sana pulak ok.

trus buat summary kt sini ja, sb rasa tak larat nak buat entry raya :P


No comments:

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...