Tuesday, September 27, 2011

Buat gigi

Aritu kan saya ada buat entry Angan2 Mat Jenin kan.
Minggu lepas saya dah settle buat Root Canal Treatment, proses dia macam dalam gambar bawah ni.Sejam okay dok menganga mulut kat dentist, nasib lah tak sakit sangat, cuma mula2 nak makan tu..rasa macam tak selesa dalam mulut.Cost utk RCT ni rm400.


Kemudian, minggu ni kena pi lagi jumpa dentist, untuk pasang skru buat crowning pulak.Cost pasang skru tu pulak rm400 jugak.Lepas tu dentist akan trim gigi jadi kecik sikit supaya senang nak masuk kan sarung gigi kat luaq dia.Nurse tu cakap sakit skit time trim gigi tu..gila takut..lepas trim, dia akan pasang temporary crown..tak cantek la sangat untuk seminggu..sementara nak tunggu permenent crown tu siap.

Minggu lagi satu baru kena pi untuk bukak temporary & pasang yang permenent punya.Lepas tu baru boleh senyum lebaq2 sebab gigi dah cantek..Cost untuk crowning rm600-2500..saya tak la amik yang rm2500 tu..mahai sangat.tak mampu sama.



Cost nak buat gigi ni..mahai gila rupanya..menyesal dulu2 tak jaga gigi elok2..kan dah tak pasai kena bawak kluaq duit sekepok..Ikutkan hati..saya malas nk p buat ni..tapi..disebabkan myhuby kadang2 suka komplen..gigi saya tak cantek..bila senyum control gigi..dia suh la..pi buat sesuatu..total cost untuk gigi saya nan sebatang tu..boleh beli sebijik handphone yang canggih2 la ni tau..sayang duit..tapi nak elok punya pasai..pejam mata ja la bayaq ;P

Oleh itu, kawan2 di luar sana..jagalah gigi anda..rajinlah anda menggosok gigi sebelum tidoq.

*sekarang tengah train zhea supaya rajin gosok gigi..kadang2 malam dah tidoq pun dia boleh jaga ajak pi gosok gigi :P.

Monday, September 26, 2011

Saya dah 31 taun arini

Happy Birthday to me, happy birthday to me!!

Alhamdulillah dengan apa yang saya dapat sepanjang umur 31 taun ni.
Semuanya yang baik2 belaka, dan yang tak baik tu..buat2 lupa ja la.Malas nak sakitkan otak.

Tadi keluaq lunch dengan huby, ala selalu jgk lunch dengan dia, arini dia cakap nak makan apa pun boleh, dia nak belanja.Ajak ke QB kot2 nak makan Western2, saya takmau, last2 saya ajak pi makan kedai nasik campoq aja..hehe..entah la tekak tak rasa nak makan best2 lagi arini.


*pic google

ni hadiah beli sendiri bayaq sendiri, hahaha bukan hadiah saya ok, owner TW beli sendiri & bayaq sendiri .Head rest nya LCD Display, untuk anak2 duduk sengap2 dalam kereta.Sebelum ni ada LCD kat depan ja, Zhea suka la mai ke depan sebab nak tengok kartun..lepas ni..ok ambik..sorang sebijik tv ayah hampa beli..jangan berebut2 & nak kacau mama & ayah bergumbira kat depan okeh.
*pic google


adiah kat saya, dari sini, dari bulan posa lagi dah dapat,haha bleh melaram time raya :P
mahai singguh ketoi mas la ni..masa bli tu rm200/gram..la ni naik2 lagi kan..


yang ni semalam baru pi beli, kali ke 3 ke Ariani.1st time tu masa bulan Posa, nak beli tudung raya.Patut la orang suka beli..rupanya best pakai, patutla harga dia mengancam.Kira rasa beza sangat, serius tau.Kiranya Ariani ke 12-14 lah semalam.
Kepada main sponsor, TQVM la (tekejut bila mula2 saya cakap nak pi Ariani beli tudung time bulan posa, myhuby ok aja..dia cakap dia tak kisah nak beli tudung ni..sebab dia suka saya pakai tudung camni dari shawl yang belit2 merata tu..nampak muka bulat katanya)...Alaaa..kalu tau camni..dari dulu lagi dah ajak terjah kan :P awat tk habaq awai2..hehe

*pic google

Thursday, September 22, 2011

Angan2 Mat Jenin No4

Angan2 Mat Jenis No4

Esok dah buat appoinment dengan dentist, untuk merealisasikan no4 tu.
Plan nak buat Root Canal Treatment & pasang Crown gigi :)

saspen,takot, kecut perut semua ada

Melugai, pasai apa entah

Minggu ni..awat la melugai pelik sangat.
Nak kata nak dapat nombor 3, tak jugak sebab dah test -ve ( saja2 tk puas ati test jgk, even tau mmg planning)

Tapi rasanya effect saya ambik balik Phytonatal Nona Roguy, makan EPO,Garlic plus tu kot.
Konon2, Adeeb dah stop BF, boleh la nak try makan macam2 utk memperelokkan badan yang montel lagi gedempol ni.

Breastfeeding Story ~ End

1 tahun 3 bulan, saya secara officially dah stop breastfeed Adeeb.
Bukan saya yang nak bagi stop, tapi dia sendiri tak mau.


**sedeh plak rasa :( dengan itu..makin bertambah la budget untuk stock susu bulan2, takpa demi anak2 terchenta.

Wednesday, September 21, 2011

Kemarin Cuti

Kemarin saya cuti, sebab:
~badan rasa tak sehat, demam skit2 lepas balik Lumut, jangkit dari myhuby.Sebab apa tak ambik MC ja, malas nak p klinik sebab tak la teruk sangat.

~konon nak pi SPA massage badan, buat facial, sebab suka lenguh2 & muka pun sangat kronik naik hitam2 dekat mulut.Kering sangat kulit ni, banyak sel mati.Tapi last2 sempat buat facial dengan cuci rambut ja.Malas nak suh massage sebab tengok tempat tu macam open sangat, satg sekali dok berkemban orang nampak.Cik malu oit..baik pi kat MakCik Kiah kat Teloq Kumbang tu (kan kakwani kan..hehe)

~tunggu technician TM mai check streamyx, kat umah ni, sat bleh online sat dak, sekali dengan line talipon kong.hampeh betoi.Sebab dah menyampah sangat, terus register Unifi, tunggu depa check coverage, harap2 ada boleh tukaq ja.

~last sekali...sebab nak masak Soto Ayam..gila minggu ni saja 3 kali buat soto..napa ntah..takdak mood nak masak nasik berlauk..rasa jemu..nak kata pregnant dak kot..baru ja test -ve (hahaha dah tau2 kata planning tapi takut jugak kot tersangkot) Kali ni buat lengkap dengan bergedil secukup rasa, maklumla anak2 tercomel antaq umah pengasuh.So, masak dengan penuh kusyuk dan tawaddoq :P

Monday, September 19, 2011

Friday, September 16, 2011

Kesimpulan tentang raya 2011

Paling best sebab dapat berkumpul ramai2, paling special rasanya sb BIL family dapat balik kampung cuti lama2, selalu BIL susah nak cuti lama2..raya kali ni 5 hari..rasa mcm paling lama la..pastu bila sorang2 ahli keluarga balik rumah masing2 rasa pelan sunyi..kami lah family terakhir yang keluaq balik..lagi la sunyi orang tua2 kat kampung kan.

Best jugak sebab Adeeb dah boleh berjalan, takyah nak kalut dukung2,ingat lagi raya tahun lepas dia baru nak masuk 3 bulan..rasa macam susah nk pi beraya merata2, sb nanti mengantok nak balik tidoq buai la apa la.Zhea lagi la..dah pandai bawak diri, nak2 kalu balik kampung..memang main abis2 la dengan cousin2 dia.

Makan??rasa tak brapa puas makan ketupat..sb tau2 ja dah abis..huwaaa..sedeh...takpa nanti nak balik kampung pulak..nak suh MIL buat lagi sekali..boleh makan puas2.

Yang tak bestnya pulak, takdan nak duduk umah mak saya lama2, sebab beberapa hari lepas raya, dia nak ke JB pulak, antaq adik saya mengajaq sana.Mesti dia tak puas main dengan cucu2 dia ni kan..takpa nanti kami balik pulak, kami tidoq sana pulak ok.

trus buat summary kt sini ja, sb rasa tak larat nak buat entry raya :P


Raya 2011~Raya Ketiga

Raya ketiga, pagi adalah beraya ke rumah besan myIL, umah makpak biras saya (laki su) kt Pulau Nyoq Jitra.Sebab nya..sepanjang depa kawen..kami belum besa pi rumah sana.
Jadinya akan berangkatlah rombongan convoi 3 bijik kereta ke Jitra (BIL,keta kami,keta su)

Adeeb tengah bersiap

dah sampai, zhea ada geng nufail..terus terpa kat laptop cousin nufail ni..main game


Adeeb, dari dalam kereta lagi lena..mai sini smbung lena lagi..tapi bagus jugak senang mama dia nak makan dengan aman

baru mangkit..(time ni saya dah sudah makan..selamat)


Menu kat situ, Nasik Ayam,Bihun Sup,Kuih2 yang sangat sedap & last sekali buah rambutan..petik sendiri kat pokok.

Last2 sebelum balik..zhea pulak tertidoq.

Balik dari Jitra..rileks2 sat...misi berjalan2 kerumah kawan2 skolah saya pulak..gambaq adalah tiada sebab malas nk kluaqkan camera :P

Esok..raya ke4...kami ke Langkawi :)

Raya 2011~Raya Kedua

Dah abis raya pertama berjalan kerumah sedara2 belah saya.
Raya kedua turk berjalan umah sedara belah myhuby pulak.
Aritu ada openhouse umah cousin huby, memang port kt situ ja la, saheh ramai sedara2 berkumpul kat situ.

Tapi pagi sebelum pi open house kami keluaq beraya umah kawan2 huby dekat2 kampong dia.

zhea mula2 baik ja pakai baju ni, siap rambut bersepit reben2 bagai..tapi bila dah masuk umah ke2 belemoih..terpaksa balik tukaq baju lain sebelum pi open house



Nufail
*time ni semua masing2 tengah bersiap tunggu, nak pi ramai2.MyFIL &myMIL pun sekali naik kereta dengan kami.

dah sampai open house, umah tu ada kolam ayaq pancut pulak dah tepi rumah..so budak2 ni..memang dok kalut nk terjun dalam kolam ja..hish...mencabar kesabaran betoi..dengan2 Adeeb nak celup tangan tangkap ikan.
satu2nya gambaq zhea yang tersenyum simpul paling comel di mata saya.
susah betoi nak ambik gambaq dia senyum2 macam ni sekarang.

ini anak sedara huby, anak myBIL, besaq2 dah depa, sorang dok uia,sorg lgi dah form 4.

time ni..Adeeb ok lagi dalam rumah...last2 tengah duduk kt kerusi ni..dia boleh p sua kaki masuk celak corak2 ukir kerusi tu..jenuh keryau nak keluaq tak boleh :P

menu openhouse sangat banyak, saya sempat makan nasik tomato,sate,kek berjenis2 ja..sebab kenyang sangat..tp malam tu km pi lagi sekali, sebab ada kambing bakaq yang jenis tergedang sekoq atas api tu..kambing..takkan ditolak la :P

Lepas balik open house tu..pi beraya umah abang,adik,kakak2 MIL.Tapi tak boleh lama2 sebab Adeeb dah buat perangai sebab mengantok.

umah MakCik Nah,adik MIL
nampak dak myFIl...sekarang boleh gagah jalan skit2 pakai tongkat tu..kira ok skit dari dulu..naik wheelchair ja.

lepas balik jalan2 beraya siang tu...zhea sambung main dengan firdaus..sampai dekat magrib..beketoi berminyak ja badan firdaus..terkejut zhea..hehe


malam tu..sambung lagi Kambing Grill,BBQ segala makneka..kami memang makan sungguh2 hati la..sebab dua laki bini memang hantu kambing pun

dah nak balik..kelam2 Adeeb relaks ja berlari tak bagi pegang dia

yeah dah bleh balik..penat..tp seronok..n anak2 dapat byk duit raya aritu :P

Thursday, September 15, 2011

cerita pasal anak2 sebelum tidoq

Semalamkan..myhuby keja shift malam, kami dok ber3 ja la..saya balik keja..memang dah rasa aura2 penat sangat...nak kata banyak keja sangat kat opis..tk jugak..maybe sebab malam sebelum tu tidoq tak cukup..tidoq lewat..kemas2 umah lipat kain..

Jadinya pukui 9pm dah mengantok..tutup tv semua, bawak anak2 masuk bilik,tutup lampu..anak2 pulak..dok mata bulat lagi..

hang cuit aku, aku cuit hang..tau2 sorang mesti meraung, sat kakak, sat adik..biasa la tu..tp dah sebab penat sangat tengok depa ni tak lena2..kluaq bilik..buat susu tambah dekat depa..kot yang minum tadi tak kenyang..kot tk bleh lena..tak lena2 jugak..Zhea ok lagi paham bila suruh Bum & Sleep..dia ikut ja..Adeeb..angkat dia letak bagi baring..dia bangun jugak..pi naik atas kakak..gelak2 cuit2..keryau..ok..leraikan depa lagi...bagi baring..Adeeb mangkit..panjat katil pulak...Zhea pun ikut sama mangkit manjat katil lompat2 (bilik gelap sebab tutup lampu)..cuit pi cuit hg..keryau..pastu meloncat balik..dah 11pm time tu..geramnya..called hubby tak jawab..konon2 nak lepas geram...dok sat dia called balik...lepas geram pang pang pang..rasa cool dah..bagi anak2 baring...Adeeb mangkit lagi...golek2 pi kat kak dia...huwarghh...mama dia mmg mengantok tk hengat dah...zhea memang terkekek2 gelak main sungguh...last2 angkat zhea..letak luaq bilik..meraung sakan dia..masuk bilik..dia mcm dah nk lena..tp Adeeb kacau dia lagi...angkat Adeeb letak luaq bilik..dia rileks ja main2 mainan kt luaq..bukak pintu intai2 dia..dia nampak..siap lari2 lagi..haih...sabaq ja la...cekup dia bok masuk lam bilik..kakak pulak mangkit terlompat2...sekali..mama dia tempik!!!!!!!..TIDOQQQQQQQQ...memang sekuat2 hati..time tu dekat pukui 12...saheh jiran2 cakap aku ni gila apa suka menempik malam2 buta........hehe...tau2 jaga pagi kui 7am..cerah..myhuby pun dah balik keja...

**panjang berjela cerita..kalu tk paham pun tkpa, hanya tuan tubuh ja yg paham..semalam yang rasa nak mereng mengantok + melayan kerenah anak2.

apa2 pun anak2 mama sayang, mama sayang kakak & adik.sorry sebab mama hilang kawalan semalam..

pernah sekali..zhea buat perangai..saya cakap.."kakak..kakak tak sayang mama ka tak dengaq cakap ni..nanti mama takdak kakak nak duduk dengan sapa??" zhea jawab.."kakak dok dengan adik lah"
huwahuwahuwa..tak heran pun no...

Tak sabaq walau ianya sat saja



bukan senang nak tunggu date yang sesuai,tunggu hotel yang tak mahai sangat tak fully booked time weekend, tunggu hari myhuby nak boleh cuti tanpa gangguan tempat kerja..tunggu time cuti tak balik ke kampong..jadinya kami sempat jugak menyelit pilih satu date untuk spend time ber4.

can't wait..

walaupun nak pi negeri jiran saja, myhuby paling semangat, kalut nak beli GPS baru..yeay dah dapat PapaGo murah skit dari Garmin, kalut nk cari tripod.....takpa2 beli lah, janji jangan kacau budget anak2 & mak dia sekali.

TQ jugak utk kekasih hati saya sebab sponsor budget tempat tidoq untuk kami ber4.Nanti saya belanja makan sotong kering kat sana ok :P

Konon2 cuti2 ni sebab nak sambut besday saya minggu depan :)


Daftar Zhea Skolah

Tadi pagi baru lepas pi daftar Zhea nya school.
Dah pening2 taktau nk antar kat mana, Zhea pulak asyik bagitau "kakak nak p skul" boleh dikatakan hari2 lah jugak, maybe sebab tengok Adam anak KakMidah tu pi skolah, dia kalut nak pi jugak.So, kami pun register Zhea kat sini.

Harap2 oklah, bulan 12 nanti ada trial class dulu, dalam 2 minggu kalu dah okay, baru kena bayaq segedebuk.Kelas 9-11.45, sat ja pun, nanti lps kelas saya la kena rushing pi amik zhea & antaq umah kakmidah.Tapi nanti gilir2 la dengan ayah dia..kalu time dia keja shift petang & malam boleh la tolong2 antaq & ambik.

Herm...harap2 ok lah..ada yang cakap awai sangat 4 taun antaq skolah, alah..bukan pi sana push suh belajaq kow2 sangat, nak ajaq bagi dia berkawan,main2 pun ada jugak.Dah dok umah KakMidah mana la ada kawan sangat.

Wednesday, September 14, 2011

Raya 2011~Malam Hari Raya Pertama

Malam raya pertama tu, ramai sangat sedara2 belah MIL mai raya kat rumah.
Best, macam2 cerita keluaq.Tapi yang menarik perhatian saya "sepupu" Adeeb ni...
Saya tulis sepupu ja lah ya, sebab dia ni macam anak angkat cousin huby ka cemana ntah nak cerita.Sebaya Adeeb dia ni, ikutkan dia due bulan July, Adeeb bulan June..kira nak sebaya lah kan..Tapi dia lahir awal..premature..bulan April dah lahir kalu tak silap.Jadinya baby premature la..masa lahir dia baru 6bulan dalam perut mak dia..600gram ja masa dia dilahirkan.Sebab nya, masa mak dia pregnantkan dia..mak dia kena cancer..tengah proses kimoterapi, mcm terpregnantkan dia..jadinya..dia lahir tak cukup bulan..lepas tu..ada mcm lambat skit la proses tumbesarannya, ...yang menyedihkan lagi...mak dia baru ja meninggal masa puasa ke 12 aritu sebab cancer tu lah...Sedihnya saya tengok dia..nasiblah cousin huby mau jaga macam anak sendiri..dan ramai orang sayangkan dia..

Time ni...Adeeb menerpa kat dia..risau takut dia pi tolak sepupu dia ni...

**bahyakan kalu tengah pregnant buat kimo,xray dan sewaktu dengannya.


Raya 2011~Hari Raya Pertama


*seronok raya tahun ni, sebab semua adik beradik ada.
Berdiri dari kiri:Su (adik myhuby) mendukung anak dia Danial Nufail,Nasir (suami Su),Saya mendukung Adeeb Zafran,myhuby mendukung Zhea Rayhana,MyBIL,MyBiras,Ayu (mak Firdaus),Anuar (abah Firdaus)
Duduk dari kiri:Syazwani (anak BIL),Pakcik Man (adik ipaq FIL),myFIL,myMIL,Makcik Ani (adik FIL),Firdaus,Ridzwan (anak BIL)

Hai Semua!

Nak cerita pasal raya pertama.
Awai2 buta saya dah bangun, konon2 nak tolong MIL isikan kuih raya dalam balang, sekali Adeeb jaga sekali la..so, apa pun tak boleh buat sebab dia suka kacau :P (*ngelat)

Pagi raya tu, ok ja nasib la Perlis dah tak hujan, panas elok ja, nasib baik!
Semua orang dapat pi semayang raya kat masjid, kecuali mak2 yang beranak kecik n myFIL ja..dia memang dah tk boleh nak jalan dah pun (gout teruk).Tak sabaq tunggu anak2 besaq boleh pi semayang raya sama2 nanti.


ni myMIL tengah kalut2 basuh pinggan, sebab tetamu dah terus mai lepas balik semayang raya.

depa ni la tetamu yang pertama mai, takdan nak hidang2 apa depa dah sampai..kelam kabut lah jugak...lain kali..jangan la mai awai sangat..ni tak..keluaq2 masjid dah terpa (kami dah buat2 muka dah, ya la...awai sangat, sesama kami pun takdan beraya lagi...takdan nk breakfast..kalut gila)

zhea, pagi2 lepas siap2 comei2..dok landing tengok tv ja..tak hirau orang nk mai beraya ka apa.
*seksi, nasib tak nampak spender

ni zhea dengan adik Nufail (anak adik myhuby), time ni tengah tunggu orang set kan tempat nak ambik gambaq family..punya susah nak amik gambaq budak2 ni..tak dok diam..depa buat hal depa ja.

Adeeb dengan TokCik Ani (adik FIL)

yeay dengan ayah, terpaksa bagi sudu ni sebab nak suruh dia diam

dua orang ni, tetap buat hal depa jugak, kutip bunga,kutip daun..

saya & Adeeb, pelekoh lagi nak suh diam tengok camera

dapat jugak cekup Zhea!


gambar berdua :P

ber4
abis bergambaq, baru nk makan, tengah kulum kuih raya :P


salam2 dengan myMIL (banyak dosa dengan dia ni, sb menantu yang malas..balik kampung semua dia buat..hehe)

myFIL


anak mak lah ni!

Lepas salam2,dalam pukui 11am, terus cargas balik umah mak saya !!!! siokkk

ini Amer Mukhriz, anak abang saya

*tudung purple, Maherah, anak abang saya jugak, yg tudung bunga2 tu cousin dia dari kpg

gambar bersama adik beradik saya

dan lagi..Adeeb lena sepanjang kat sana, mangkit2 keryau macam kena tibai..rupanya kawan lapaq nasik :P..Raya2 kalut2 sampai lupa ke nasik..last2 jamu laksa baru dia ok.

Sampai ke senja beraya rumah sedara2 belah mak saya.Malam baru balik umah IL layan2 orang mai beraya & rest2..penat tapi best.

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...