Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan 1, 1432H

Hai semua,

Minggu ni kena bersahur sorang2 sebab ayah budak2 kerja shift malam (11-7am).
Kalu ikutkan sorang2 tu pemalas nak bangun sahur, tapi takut lembik pulak esoknya nak posa.
Jadinya menu sahur yang pertama,
Nasik Putih + Ayam Goreng + Acar Buah + Sayoq Sawi Cendawan

Dua kali tambah tu..walau makan sorang2 pun, makan sambil tengok tv pagi2 :)

Saya kalu sahur ada acar buah @ ayam goreng dah cukup, tak suka makan berkuah2 sangat satgi kembang tekak, tak lalu.


Bukak Posa pulak, adalah BELI semua, konon2 nak masak tapi myhuby ajak pi Pasar Ramadhan Bayan Baru, takpa awai2 ni kita beli dulu nanti dah jemu lauk beli, masak sendiri pulak.

Menu bukak posa ari pertama:
Nasik Putih + Ayam Panggang + Ikan Pari Bakaq +Gulai Ikan Bawal + Sambal Udang Petai + Kuih Karipap + Kuih Kacang + Puding Jagong + Ayaq Sirap F&N Bancuh Sendiri.
Total harga beli RM18 (haih...boleh bli stok masak 2 ari kan)

*gambaq tak amik pun, sebab kalut & takdan dengan Adeeb yang pantang nampak orang letak makanan atas meja makan,dia kalut nak kerabat kerusi.


Mula2 myhuby cakap beli ja la toksah masak satg penat.
Saya cakap, kalu beli sehari mesti abis rm15-20 paling koman, kalu masak, bagi duit RM50 saya boleh p market beli barang masak stok seminggu tau.

So dia cakap nanti masak la lepas minggu ni, dah kata boleh jimat, tapi dengan syarat jangan bebai sebab penat.hihi

No comments:

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...