Monday, August 22, 2011

Menayang Persalinan Raya Anak2

Dah 21 ari kita posa kan,makna kata lgi 8 hari nak raya.
Syoknya la..tp macam sedih jugak Ramadhan dah nak abis.

Oklah edisi menayang baju raya anak2.
Ada member tanya "linda hang mesti beli berbelas2 baju raya kt anak2 hg kan"
Jawapan, "takdaknya nak banyak2 sangat, ingat aku tokei balak??kalu ya pun tokei balak..saheh dia sampai kena juai ranting balak la, kalu melampau2 beli baju raya anak punya banyak"

Membeli la kadar ikut kemampuan saja.Takyah la melebih2 kalu dah tak dak duit (ni myhuby punya ayat)


Set persalinan anak dara saya yang tercomel :) takdak nak gaun maun bagai, sebab tau..takdak nya dia reti pakai.Tapi ayah dia pun tak brapa suka anak dara dia pakai gaun ka mini2 skirt ka apa.Kasut raya zhea, nak sama macam taun lepas punya, dah abis kedai cari yang bekenan...semua tak bekenan..last2 amik yang ni jugak (jumpa yg bekenan size abis pulak)


Set persalinan raya anak lelaki yang terhensen di pasaran :P
Last minutes pi beli jugak jeans levi's kt Brand Outlets,itu pun ayah dia punya idea..sebab terbeli dekat dia Tshirt raya kaler merah, nak bagi matchkan dengan anak...beli Tshirt Poney yang tengah murah gila sekarang (rm15 ja tau).Lepas tu nak bagi boria lagi..kena la beli sluaq jeans levi's.Ikutkan mama dia..macam dah cukup dah sluaq Adeeb.Takpa la dah ayahnya yg sponsor.Kasut Adeeb..pun seboria dengan ayah dia..haha

**kakak, mama kena cari baju bagi sama dengan kakak pulak:)

Ada jugak tempah baju kurung & baju melayu untuk depa sorang sepasang, tapi belum siap lagi nanti dekat2 nak raya baru nak pi ambik.Tak sabaqnya.

No comments:

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...