Friday, August 26, 2011

Ucapan Raya

Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Andai ada salah silap disepanjang penulisan di blog yg entah apa2 ni.Kot2 ada yang terasa,termenyampah,tersuka ka..harap2 di maafkan.
Semoga bergembira bersama keluarga di hari yang mulia ini.
Pada yang balik ke kampong halaman yang jauh2 tu..hati2 di jalan raya..pada yang nak drive time nk beraya pun..hati2 jugak.

Kami sekeluarga akan balik ke Perlis ari Ahad ni, cuti sampai Ahad depan.
Syioknya lama dah taj bercuti2 sampai seminggu ni.

Barang nak balik kampung belum siap packing lagi ni..cuma baju raya anak2 ja dah siap packing..baju harian dak lagi..kuih raya pun tak simpan elok2 lagi.jenuh la nanti last minutes kalut.

Arini Jumaat saya work from home.Dah tak daya nak ke opis, semangat nak raya tu berkobar2, nasib la keja tak banyak menimbun sangat.Satg pulak ingat nak ke Kompleks Bukit Jambul, nak cari baju raya kat mak saya sehelai, dan tudung2 raya umah mak & mil.Kat fil taktau nak beli apa.

Seronok nak raya taun ni..tp ada jugak yang sedihnya..sebab 1st time beraya, saya dah takdak ayah :( takdak lagi la panggilan talifon malam raya ucap selamat hari raya apa..sedihnya..takpa ayah..linda sentiasa doakan agar roh ayah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.amin.

Oklah, selamat bercuti semua.

Thursday, August 25, 2011

Wednesday, August 24, 2011

Main bunga api

Begini lah nasib kalu dok umah atas angin ni kan :P
kalu umah bawak saheh anak dah berlari2 sampai pegang bunga api kan, nak buat cemana rezeki kita umah atas ja kt penang ni.Nak dok umah bawah, anak2 tunggu mak pak balik kampung bela kambing dulu baru boleh.hahaha

jadinya main kat balkoni ja, jadi la :P
tapi yang jenuh kena pedho adalah Adeeb..yang kelupoq2 tak brenti.
siap nak pegang api lagi..geram betoi.

zhea ok ja..main2 bunga api sampai menyanyi "happy birthday to you" apa pulak dah..dah ajar dia nyanyi lagu raya tak boleh2 lagi..tapi jangan taktau..zhea boleh nyanyi lagu Juliana Banos kot yang "kita berdua jauh berbeza,tapi serasi bla bla bla" btoi kot lgu Cinta Gila~Juliana Banos kan..
hahaha budak2 ni..cepat betoi mengikut.


abaikan suami saya yang seksi sikit, biasa la kat rumah, malas nk edit2 gambaq dah

dah kurus sikit la suami saya ni, jeles betoi..bulan posa ni dia diet btoi2...rasa seminggu ja makan bagai nak rak, lepas tu dia start diet..sb tu saya tak post entry menu2 berbuka posa..sebab makan biasa2 saja..tapi dia ja la yang slim..saya tetap tembun..nyampah betoi...tapi suami saya tak kisah pun saya montel sikit, ingat lagi zaman lepas beranak saya memang kurus..dia ckp kurus sangat tak elok.kekeke

Adeeb..memang sentiasa kena pegang ja


Ok lah, Selamat Hari Raya :)

Monday, August 22, 2011

Menayang Persalinan Raya Anak2

Dah 21 ari kita posa kan,makna kata lgi 8 hari nak raya.
Syoknya la..tp macam sedih jugak Ramadhan dah nak abis.

Oklah edisi menayang baju raya anak2.
Ada member tanya "linda hang mesti beli berbelas2 baju raya kt anak2 hg kan"
Jawapan, "takdaknya nak banyak2 sangat, ingat aku tokei balak??kalu ya pun tokei balak..saheh dia sampai kena juai ranting balak la, kalu melampau2 beli baju raya anak punya banyak"

Membeli la kadar ikut kemampuan saja.Takyah la melebih2 kalu dah tak dak duit (ni myhuby punya ayat)


Set persalinan anak dara saya yang tercomel :) takdak nak gaun maun bagai, sebab tau..takdak nya dia reti pakai.Tapi ayah dia pun tak brapa suka anak dara dia pakai gaun ka mini2 skirt ka apa.Kasut raya zhea, nak sama macam taun lepas punya, dah abis kedai cari yang bekenan...semua tak bekenan..last2 amik yang ni jugak (jumpa yg bekenan size abis pulak)


Set persalinan raya anak lelaki yang terhensen di pasaran :P
Last minutes pi beli jugak jeans levi's kt Brand Outlets,itu pun ayah dia punya idea..sebab terbeli dekat dia Tshirt raya kaler merah, nak bagi matchkan dengan anak...beli Tshirt Poney yang tengah murah gila sekarang (rm15 ja tau).Lepas tu nak bagi boria lagi..kena la beli sluaq jeans levi's.Ikutkan mama dia..macam dah cukup dah sluaq Adeeb.Takpa la dah ayahnya yg sponsor.Kasut Adeeb..pun seboria dengan ayah dia..haha

**kakak, mama kena cari baju bagi sama dengan kakak pulak:)

Ada jugak tempah baju kurung & baju melayu untuk depa sorang sepasang, tapi belum siap lagi nanti dekat2 nak raya baru nak pi ambik.Tak sabaqnya.

Thursday, August 18, 2011

Satu Malam, Dua Orang

ni baru anak dua, kalu anak 3 4 (setahun sorang), jenuh sepagi dok basuh botoi susu ja.
Ni stock untuk sesi malam sahaja lepas 10pm sampai 6am, bayangkan brapa kali mama mithali ni mangkit malam2 bancuh susu :)

Monday, August 15, 2011

Zhea 3 years old

09.08.2011 - Zhea dah 3 tahun, sat ja kan :P
Sambut kami ber4 saja.
Sebelum besday dia memang dia dok nyanyi "happy birthday2" ikut macam lagu kat Disney Junior tu :P
Suka betoi dia bila ayah dia bawak keluaq kek sebijik dengan lilin 3 batang nak suh "fuh"


kek kecik ja, beli kat Kings Confectionary

muka dia excited sangat time ni..suka hati & tersipu2 malu


ni Adeeb pun kalut sekali, tapi dia bukan nak kek pun nak buah cerry merah tu saja


puas ati dapat apa yang dia nak

3 bijik cherry dia makan..takut sakit perut ja


zhea memang suka makan kek, sampai belemoih2 muka



tapi tengah2 makan kek, nampak kaler baru..terus stop nak kaler.

"zhea, mama sayang zhea macam nak pengsan tau"

Friday, August 12, 2011

Niat yang asalnya nak ke MARKET,

Niat yang asalnya nak pi beli daging lembu kat market Bayan Baru, untuk memasak Mee Kuah petang ni untuk berbuka :)
Sekali terkona pi SuperMarket pulak. hahaha mana taknya pukui 12 pi market tengok2 orang juai daging pun dah balik.Selalu pi pukui 12 ada lagi, maybe sebab bulan posa kot.Barang mentah cepat abis.

Jadinya sorang2 "nyong nyong nyong" kona p QueensBay Mall.
Yang pada mulanya ingat nak beli blouse kt Zhea & sehelai Tshirt kat Adeeb (dah sengkek nak mampuih ni...biasa la tengah2 bulan dah)
Jalan pi mai pi mai sorang2 dalam QB..tengok baju2 semua tak bekenan pulak..

Last2 "ting" pi masuk kedai tengok kasut kat Zhea la, kan kasut dia tak beli lagi.Aritu tengok kt Clarks dah abis size 9 pulak.Malas dah nak p Clarks kt Sunway Carnical @ Gurney...rasa macam takdak time nk pi sana pulak.

Jadinya masuk la kedai Kids Style (yang dulunya Osh Kosh BGosh), tengok2 banyak kali..ambik jugak la kasut tu kat Zhea..patern nak sama ja dengan kasut raya dia hat taun lepas, beza skitttt ja pun..tengok2 harga pulak ada less 10% lagi baguih ..hahaha jimat duit mama kakak oit..

Balance bajet kasut tu, beli la stokin kt depa, dapat la sorg 2 pasang stokin, jadi lah kot.Stokin hat taun lepas pun banyak lagi.Gagah perosok pakai jugak la mau tak cukup :P


**Rasanya macam penutup shopping raya untuk anak2 dah kot.


Tinggai nak beli getah2 ikat rambut,cekak rambut kt Zhea saja..itu bila kita dah balik kpg cuti raya pun bleh..nanti kita pi Nat(pasar tani) kat kampung beli ok

Thursday, August 11, 2011

:(

Bulan2 posa ni tringat pulak kat arwah ayah saya.
Bulan posa la paling kerap dia talipon.


Bulan Posa:
"Hello Linda, selamat berpuasa, ha bukak posa apa arini bla bla bla, ayah makan ni bla bla bla dah tua sakit macam2 kena pantang, tapi mau pantang semua ayah nak makan apa pulak"

"Ayah ni dah doctor suruh pantang,jaga la nanti teruk susah"

"Alah klinik banyak bla bla bla"

Kadang2 dia suka buat lawak2 tora (ala mcm lawak2 bodo la) pastu saya suka bengang2 + bebai jahat betoi,saya ni memang kuat bengang dengan ayah saya, sebab dia bukan jenis nak marah2 pun,keja gelak ja.Tapi dia tau saya bukan bengang betoi2, saya suka buat2 merajuk ja dengan ayah saya :)

Nada suara dia sampai ke saat ini saya tak lupa lagi, terngiang2 ja kat telinga, harap2 sampai bila2 saya tak lupa suara ayah saya.

Alfatihah.



Monday, August 8, 2011

Menu Balik Kampung

Sabtu-Umah MIL
  • Nasik Puteh
  • Daging + Hati Lembu Masak Asam
  • Terubuk Bakar
  • Kambing Berlada (beli)
  • Murtabak Repoh yang sedap macam nk pengsan (beli)
  • Cucoq Udang MIL + Kuah Kacang
  • Ayaq Tebu (mak Firdaus cousin zhea yg juai)
  • Bihun Sup Daging (beli)
Ahad-Rumah Saya Di Kampong
  • Nasik Puteh
  • Nasik Ulam (MIL buat bg kt besan dia)
  • Sayoq Keladi
  • Sup Tulang
  • Terubuk Bakaq
  • Ikan Temenung Bakaq
  • Kerang Rebus
  • Ayaq Asam
  • Murtabak
  • Kuih2
  • Buah Melaka (saya buat sendiri tau)
  • Ayaq Cincau
Kenyang sampai nak meletop perut

Thursday, August 4, 2011

Wishlist menu bukak posa

Yeay!! semalam dah berjaya masak sendiri untuk berbuka.
So, bila dah start masak jadi semangat la pulak :P :P

Marilah berangan2 menu yang nak try buat sepanjang bulan posa:
  • Ayam Tomato (resepi dari Mummy Ahmad)
  • Gulai Ikan Bawal + Bendi (ni requested dari ayah budak2)
  • TomYam Ayam
  • Udang Padprik
  • Nasi Ayam
  • Nasik Tomato
  • Bihun Sup
  • Paru/Hati Lembu Masak Sambal
  • Ikan Merah Masak Lemak
  • Ikan SweetSour
  • Puding Jagong :P
  • Buah Melaka
hahaha berangan2, pelik betoi posa2 ni rasa macam kerap tengok gambaq makanan pulak :P

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan 3, 1432H

Yea yeay!!!
Berjaya jugak masak sendiri lauk untuk berbuka + bersahor.
Memperkenalkan....................................................


Gulai Udang Berkacang Panjang

hahaha baru pukui 2 ni, dah berangan macam2,tekak rasa kering sangat.
Sebenarnya ni saya balik masak lunch time tadi, balik rumah.Sempat la masak sejenis ni ja pun.Kalu ikutkan boleh ja nk masak lagi lauk tambah2, tadi sebab kalut tak cukup masa (lunch time sejam ja tp drag dekat 2 jam jadinya) mula2 pi Bank,pastu singgah kedai beli barang basah untuk nak masak,balik umah siang2 simpan semua, dan masak sejenis ni ja dulu.Dah siap semua stok barang masak untuk minggu ni.

So, rasanya menu untuk berbuka hari ni :
  • Gulai Udang + Kacang Panjang
  • Ayam Goreng
  • Sambal Tumis Tempe
  • Sayoq Sawi (sebenarnya saya tak suka makan sayoq bulan posa ni, tp memandangkan ada lagi balance sayoq hat sebelum posa tu, kena perabih la,takkan nak buang kan)
  • Ayaq Sirap Ros F&N + buah kembang semangkok
  • Kuih2 ingat nak beli kt depan rumah ja, dah nampak ada org dok menjuai.

Uish uish uish tak sabaq nak balik rasanya nak sambung masak hat lain2.(tengah semangat lah katakan)




Tukaq Botoi Susu

Sebenarnya memang plan nk tukaq botoi susu kat Zhea & Adeeb ni.
Sebelum ni pakai dua2 pakai Avent dari newborn sampai la sekarang, Zhea nak 3 taun, Adeeb dah setaun.
Sebab2 nak tukaq:
  • Susah nak bezakan botoi Adeeb & Zhea, ada jugak tanda2, tapi kadang dah kalut tertukaq jugak.Depa pun hentam ja kadang adik minum ja balance susu kakak,vice versa.
  • Harga Avent pun kemain boleh tahan la ni, taun lepas puting dia rm19.90 ja, ni baru2 ni tengok dah rm28.++ , dah la kena tukaq 3 bulan sekali, darabkan dengan 2 pulak, sebab dah 2 org guna :P
  • Corak botoi MAM sangat cantek!! bekenan dari dulu lagi nk bagi anak2 pakai yang tu, tapi dah start dengan Avent macam malas nak tukaq.Comei, kalu untuk Boy ada kaler Biru & Hijau, untuk Girl pulak Pink & Purple.Comeiii.
  • Botoi MAM jugak anti colic & BPA Free sama macam Avent

*pic~google

Jadinya saya pun nak test, beli la sorg sebijik dulu.So far Zhea ok ja, siap cakap susu sedap pakai botoi pink.hahaha kerap pulak dah mintak susu.Adeeb la pulak masalahnya dia takmau.Nampaknya, Zhea saja la yang bertukaq, Adeeb pakai Avent lagi.Ok jugak la senang nak bezakan :P

Ramadhan 2, 1432H

Semalam bukak posa semua beli kecuali nasik putih.

  • Ayam Panggang
  • Ikan Pari Bakar
  • Ayaq Asam
  • Gulai Rebung + Daging (yang langsung tak sedap lemak penuh, rebung itam)
  • Sambal Paru (saya suspect itu hat kemarin punya sebab nak berbau basi)
  • Cucoq Udang (yang ni sedap tapi minyak sikit)
  • Ayaq Soya Suam


Tuesday, August 2, 2011

Ish Adeeb la

Yang sangat manja ketoi taik, sampai tidoq pun tangan sebelah dia pegang2 kuat baju mama tak bagi p mana2 tinggai dia tidoq.

Sangat2 tak memilih makan, bagi pi lah apa pun semua dia sebat.

Suka meragas (memanjat), setakat sofa tu, celah gigi ja bagi dia.Setakat la dah boleh meragas naik sofa,katil,cabinet tv dan yang terbaru..............Grill kat sliding door, naik sampai tahap 5 anak tangga dengan cepat sekali.Syabas anak jantan mama, abis la pasni tak boleh tinggai dia main sorang2.Bahaya!

*speaker yang dekat tv tu, dah nak patah, dia suka tolak2 bagi kena dinding, ada 2 3 kali speaker tu timpa atas dia sendiri.lawak pulak hahaha.


Ini hadiah besday, truck ni ikutkan mana boleh naik/masuk dalam dia..dia pi masuk jugak.Geram ja dah beberapa kali cubaan naik truck sendiri dan jatuh terlentang.
*time ni muka tengah tahan berak, sambil tengok katun.


Suka makan cucoq orang tua2, geng ayah dia la ni, asal free ja suruh buat cucoq (selalu cucoq tepong gandum buh ikan bilis/bawang aja)

Cucoq takdan sejuk pun dia dah kalut nak ambik.


huwaaa...gigi atas ada 4, gigi bawah ada 2.Tengok gigi atas dia punya la jarang tengah, ayah dia dah risau2 sebab isap puting kot jadi camtu.Tapi saya menafikan sekeras2nya sebab puting avent kan orthodontik punya.Bukan sebab puting la, tp sebab ada tok nenek dia pun gigi camni, menurun la tu.
*takpa Adeeb, pelakon Kamal Adli pun gigi jarang tengah apa, tetap hensem jugak kan :P

Ramadhan 1, 1432H

Hai semua,

Minggu ni kena bersahur sorang2 sebab ayah budak2 kerja shift malam (11-7am).
Kalu ikutkan sorang2 tu pemalas nak bangun sahur, tapi takut lembik pulak esoknya nak posa.
Jadinya menu sahur yang pertama,
Nasik Putih + Ayam Goreng + Acar Buah + Sayoq Sawi Cendawan

Dua kali tambah tu..walau makan sorang2 pun, makan sambil tengok tv pagi2 :)

Saya kalu sahur ada acar buah @ ayam goreng dah cukup, tak suka makan berkuah2 sangat satgi kembang tekak, tak lalu.


Bukak Posa pulak, adalah BELI semua, konon2 nak masak tapi myhuby ajak pi Pasar Ramadhan Bayan Baru, takpa awai2 ni kita beli dulu nanti dah jemu lauk beli, masak sendiri pulak.

Menu bukak posa ari pertama:
Nasik Putih + Ayam Panggang + Ikan Pari Bakaq +Gulai Ikan Bawal + Sambal Udang Petai + Kuih Karipap + Kuih Kacang + Puding Jagong + Ayaq Sirap F&N Bancuh Sendiri.
Total harga beli RM18 (haih...boleh bli stok masak 2 ari kan)

*gambaq tak amik pun, sebab kalut & takdan dengan Adeeb yang pantang nampak orang letak makanan atas meja makan,dia kalut nak kerabat kerusi.


Mula2 myhuby cakap beli ja la toksah masak satg penat.
Saya cakap, kalu beli sehari mesti abis rm15-20 paling koman, kalu masak, bagi duit RM50 saya boleh p market beli barang masak stok seminggu tau.

So dia cakap nanti masak la lepas minggu ni, dah kata boleh jimat, tapi dengan syarat jangan bebai sebab penat.hihi

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan untuk semua.
Selamat Berpuasa dan selamat melipat gandakan amalan kita dibulan yang mulia ini.




Mencari Size 9



DaisyBlush Jnr Red Leather

Comeiii kasut ni, sangat2 suit untuk di jadikan kasut raya anak perempuan saya tahun ini.
Terasa comei kalu pakai dengan baju kurung,skinny jeans :P :P

Tapi apakan daya Saiz Sembilan dah abis kat QB, nak pi cari kt Gurney Plaza or Sunway Carnival..bila la pulak nak ada masa.Dah masuk bulan posa ni..asal weekend wajib balik kampong...kalu nak p weekdays, lagi lah takdan kalut nak bukak posa, amik anak2.

Rasanya dah 2 bulan saya dok survey2 kasut raya kt zhea..semua tak bekenan..Ayah dia?? suruh beli kasut Sport Adidas ja..haih...tak mau la..even kasut Adidas Pink pun...macam tak sesuai ja, raya kan nak pakai baju kurung, apa pesen mau nk pakai dgn kasut sport pulak.Pastu saya bagi idea, kita beli ja la Crocs, ayah dia tak bekenan pulak.

Hermm..cemana, hati dah tak terbukak kat kasut pattern lain :(

Kasut Adeeb dah settle beli kemarin.Ayah dia suka la, sebab kasut anak lelaki dia sepesen dengan dia.

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...