Tuesday, July 12, 2011

Crita biasa2 aja

Stop sat, banyak nya keja...dah cuti 3 ari.........
Senin cuti sebab replacement untuk Gabenor Penang nya Birthday


Tringat pulak kat anak2 yang dok kat rumah kakmidah la ni.
Ingat kat Zhea nya mulut, maklumlah dah pandai cakap.Ada saja ayat2 yang sentiasa membuatkan dok teringat2 ja kat dia.

Pagi tadi,pukui 5am, masa bagi dia susu, dia minum sampai habis 8oz tu, pastu selalu walaupun mata terpejam lena, bila minum susu, botoi dah kosong dia akan jerit2 "abis dah, abis dah" (tiap masa ok, tak kira tidoq ka mamai2 ka apa).Pagi ni pulak dia mamai2 cakap lepas saya amik botoi kosong dari tangan dia "mama, sleep kakak"..ok..alahai..zhea nak suh tidoq dengan dia...saya pun berimpit la antara dia dgn Adeeb.
Oh ya, depa dua beradik memang tidoq bawak atas tilam..tidoq sekali depa dua, kadang2 berkuntau,kungfu la jugak, sorang sepak muka kakak,kakak sepuk adik.

Tringat lagi satu cerita,petang lepas keja, saya singgah kedai beli barang basah.Beli la sekoq ayam, yang belum dipotong.Sekali dengan leher,kaki semua la (sekoq ayam bulat yg baru disembelih).Letak la dalam plastik kat bawah seat belakang Sang Kancil saya.Terus pi amik Zhea & Adeeb kat umah KakMidah.Zhea memang duduk belakang la bila dalam kereta, adik dia kt carseat depan.Tengok2 Zhea terkejut tengok ayam tu.Aayam tu kaki dia terjojol keluaq plastik, sebab budak kedai tu bagi plastik kecik sangat, so nampak la kaki ayam.Terus Zhea terjerit2 "Mama, mama ada TANGAN,eiiii takutla" tapi mata dok tengok2 ja ayam tu walaupun takut.

Adeeb pulak, weekend baru ni luka tangan, terkeluaq isi.Time mandi p sumbat jari dalam floor trap kat toilet..darah banyak gila..saya sampai pening2 tengok (mabuk darah) dia steady ja tak teriak, kakak dia dah meraung2 sedih tengok darah.Saya panic darah tak berenti2 keluaq, penuh towel dia..p celup tangan Adeeb dalam botoi minyak gamat.Tapi darah tak brenti2 jugak (tak teringat nk letak ais).Last2 terpaksa call ayah depa suh balik jugak dari tempat kerja.Dah letak Iodin, balut semua, Adeeb p cabut pulak kain pembalut.Sian pulak nampak isi, tapi tak keriau.Hero lah kot tak sakit :P

**hish..tak sabaq nak balik main dengan depa dua.

No comments:

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...