Friday, July 22, 2011

Plan untuk esok & lusa

Weekend ni myhuby kena keja lagi :( :( :(
Tadi lunch time saya dah balik rumah,kemas umah, singgah market beli barang basah.
Saya memang akan pi market Jumaat, nanti Sabtu Ahad tak la kelam kabut sangat, susah nak keluaq beli barang nak usung Zhea & Adeeb tu.

Jadinya esok adalah hari2 lepak dirumah sampai lebam bersama anak2 tercomel didunia :P
  • Layan TV/DVDs, zhea confirm akan suh bukak Disney Juniour tak pun Baby TV (mesti lebam bijik mata mak dia layan katun)
  • Layan anak2 baca buku,colouring,tulis ABC,123 (dok nampak zhea ni suka lukis,colour dari tulis ABC)
  • Masak2 la apa lagi, takpa saya memang suka masak.Plan esok nak buat Sup Ayam,Sambal Tumis Teloq,Sayuq Campoq.Ahad pulak, Sup Sayoq, Ayam Goreng..kekeke simple gila.Sebab kalu dok ber3 ja kat rumah..payah la nak masak yang canggih manggih ni.
  • Petang turun bawak anak2 main kat Taman.
  • Malam, paksa ayah budak2 bawak kami meronda naik kereta.
  • Rasa cuti 2 ari ni nak ajaq Zhea tak pakai diapers lagi sekali la.
Itu ja kot.Arini nak balik awai sebab kerja dah nak settle :P

Monday, July 18, 2011

Review result balik kampong

Macam2 plan dalam pala otak ni untuk cuti nan 2 ari tu.
  • nak makan rambutan sampai lebam.Lani kan musim rambutan.MIL saya cakap kat rumah ada 2 karung guni buah rambutan.pengsan makan.jangan lepas mai dari kampung pakat "berkokok" dah la..batuk la tu :P >>>>>>DONE sampai bawak mai balik Penang, sedap lekang2, last2 ni betoi la sakit rengkong, tambah pulak makan durian seguni..nak demam lah rasa..hangat ja badan ni.
  • nak makan sambal tumis udang petai,gulai MIL >>>>>DONE, jugak bawak balik sambai petai mai Penang dan jugak petai mentah, esok boleh masak sambai petai lagi :)
  • nak lepak2 kat kampung petang2 sambil tengok anak2 main2. >>>>DONE melepak sampai duduk2 atas tar lah kami, Zhea & Adeeb puas main.Zhea sampai dah lupa ke mak pak la time kat kampung sebok main, Adeeb??yeaa dah berlari2 dah..buas taktau nak habaq la haih..tak dapat nak cekup.Depa dua mandi kolam pagi petang, ni balik mai Penang, flu yang tahap Cronical Narnia.hehehe
  • hubby nak renovate bilik kami, pasni takdak la tidoq depan hall kalu balik kampung.tak selesa tau.privacy pun takdak.>>>TAK BERAPA NAK DONE, balik kampung lagi sekali baru nak cat, so tugas saya sekarang membeli kain langsir
  • pastu MIL ajak bawak dia p shopping barang untuk sambut puasa.>>>>DONE, bawak ke Pasar Raya Seri Utama, dah settle barang2 dia posa :P

Friday, July 15, 2011

Fuh lega

Settled dah semua kerja ni :P
lega rasa, penat bertegang urat tangan dengan tengkok ja ni.

Esok awai2 buta Subuh sepeii nak balik Perlis.
Balik umah IL aja, sebab mak saya takdak p JB.

Tak sabaq pulak rasa nak balik.
Cuti Sabtu Ahad ja pun.
Susah nak amik cuti panjang2 la ni, maklumlah myhuby tonggak kampeni :P :P :P
Takpa nanti raya kita cuti lama2 kat kampong

Macam2 plan dalam pala otak ni untuk cuti nan 2 ari tu.
  • nak makan rambutan sampai lebam.Lani kan musim rambutan.MIL saya cakap kat rumah ada 2 karung guni buah rambutan.pengsan makan.jangan lepas mai dari kampung pakat "berkokok" dah la..batuk la tu :P
  • nak makan sambal tumis udang petai,gulai MIL
  • nak lepak2 kat kampung petang2 sambil tengok anak2 main2.
  • hubby nak renovate bilik kami, pasni takdak la tidoq depan hall kalu balik kampung.tak selesa tau.privacy pun takdak.
  • pastu MIL ajak bawak dia p shopping barang untuk sambut puasa.



Tuesday, July 12, 2011

Crita biasa2 aja

Stop sat, banyak nya keja...dah cuti 3 ari.........
Senin cuti sebab replacement untuk Gabenor Penang nya Birthday


Tringat pulak kat anak2 yang dok kat rumah kakmidah la ni.
Ingat kat Zhea nya mulut, maklumlah dah pandai cakap.Ada saja ayat2 yang sentiasa membuatkan dok teringat2 ja kat dia.

Pagi tadi,pukui 5am, masa bagi dia susu, dia minum sampai habis 8oz tu, pastu selalu walaupun mata terpejam lena, bila minum susu, botoi dah kosong dia akan jerit2 "abis dah, abis dah" (tiap masa ok, tak kira tidoq ka mamai2 ka apa).Pagi ni pulak dia mamai2 cakap lepas saya amik botoi kosong dari tangan dia "mama, sleep kakak"..ok..alahai..zhea nak suh tidoq dengan dia...saya pun berimpit la antara dia dgn Adeeb.
Oh ya, depa dua beradik memang tidoq bawak atas tilam..tidoq sekali depa dua, kadang2 berkuntau,kungfu la jugak, sorang sepak muka kakak,kakak sepuk adik.

Tringat lagi satu cerita,petang lepas keja, saya singgah kedai beli barang basah.Beli la sekoq ayam, yang belum dipotong.Sekali dengan leher,kaki semua la (sekoq ayam bulat yg baru disembelih).Letak la dalam plastik kat bawah seat belakang Sang Kancil saya.Terus pi amik Zhea & Adeeb kat umah KakMidah.Zhea memang duduk belakang la bila dalam kereta, adik dia kt carseat depan.Tengok2 Zhea terkejut tengok ayam tu.Aayam tu kaki dia terjojol keluaq plastik, sebab budak kedai tu bagi plastik kecik sangat, so nampak la kaki ayam.Terus Zhea terjerit2 "Mama, mama ada TANGAN,eiiii takutla" tapi mata dok tengok2 ja ayam tu walaupun takut.

Adeeb pulak, weekend baru ni luka tangan, terkeluaq isi.Time mandi p sumbat jari dalam floor trap kat toilet..darah banyak gila..saya sampai pening2 tengok (mabuk darah) dia steady ja tak teriak, kakak dia dah meraung2 sedih tengok darah.Saya panic darah tak berenti2 keluaq, penuh towel dia..p celup tangan Adeeb dalam botoi minyak gamat.Tapi darah tak brenti2 jugak (tak teringat nk letak ais).Last2 terpaksa call ayah depa suh balik jugak dari tempat kerja.Dah letak Iodin, balut semua, Adeeb p cabut pulak kain pembalut.Sian pulak nampak isi, tapi tak keriau.Hero lah kot tak sakit :P

**hish..tak sabaq nak balik main dengan depa dua.

Wednesday, July 6, 2011

Zhea & Eczema 3

Sabtu, awai2 buta dah antaq Adeeb pi umah KakMidah.
Myhubby keja, macam biasa la, dia kan tunggak kampeni, mau tak p keja satg kampeni kalam pukang pulak (hahaha kutuk, tp duit ot dia mintak)

Rasanya 1st time keluaq berdua dengan Zhea sejak dia ada adik.Dah rasa dia besaq sangat, baru saya perasan :(
Besaq dah anak dara saya ni, suruh duduk diam dalam kereta baik ja, selalu kalu ada adik, dia pun macam nak mengada.
Sembang2 sama2 dalam kereta, saya nak amik pic dengan dia, dia pulak mintak camera nak amik pic sendiri.Tapi bila saya menyanyi dia cakap "mama, stop tk best" hish..memang dia pantang tengok mak pak dia menyanyi dalam kereta kot.

Serius saya rasa seronok sangat aritu, walaupun hanya keluar berdua dengan zhea pi klinik ja pun.

Pssttt..zhea nanti kita dah boleh keluaq shopping berdua kan, adik tinggai kat ayah :P


Zhea breakfast makan Chipsmore + Vitagen, makan sambil sua2 kat saya, "mama nak?"

terpakai pulak Tshirt raya, kira halai la :P


Kami mai sini la, alhamdulillah, lepas jumpa & amik ubat dari Doctor Lim..sangatlah ajaib...kulit zhea jadi licin..lembut ja..dia pun dah tak bergaru sangat.pasni kena jumpa lagi 2 minggu follow up..dan rasanya nak mintak ubat untuk hilangkan parut2 dia.Mintak2 la sembuh betoi la..masalah eczema dia :)

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...