Tuesday, June 14, 2011

Update pasal Anak-anak

Hello semua,

Dah lama rasanya tak update pasal anak-anak saya yang comel belaka tu ;P

Zhea & Adeeb:
Alhamdulillah, kedua2 membesar dengan sihat.
Dah pun boleh main sama2, Zhea dah tak tolak adik dia jatuh terguling macam dulu2.
Kira depa dua dah boleh berkawan la.Kadang2 nak tergelak tengok, mana Zhea pi ja, Adeeb mesti ikut..mengekoq merata.Kadang2 pulak, apa Adeeb buat, Zhea ikut pulak, contohnya Adeeb merangkak, Zhea ikut merangkak jugak! hahaha buat sakit lutut ja Zhea oit.


**ini bukan iklan menayang vacuum ok, tapi ni lah "toys" yang paling2 Adeeb minat..bagi la Optimus Prime bapak dia ka, Woody kakak dia ka..tetap vacuum ni jugak pujaan hatinya..kadang2 sampai tertidoq2 main vacuum..dia suka part roda vacuum tu ja rasa :)


Adeeb Zafran, 1 year old:
  • Dah tumbuh 4 batang gigi, kat atas semua, hahaha bawah belum ada tanda2 lagi nak tumbuh.Cukup ja umur setahun baru la gigi tu muncul.Tapi kan, saya mula2 risau jugak awat la tak tumbuh2 gigi lagi mamat ni.Alhamdulillah, time nak kluaq gigi tu..dia tk demam.
  • Berjalan, dia cekap 5 langkah ja, pastu turun merangkak balik.Dah dia rasa merangkak lagi laju dari dia berjalan lah kot.Dok nampak dia ni jenis seryau2.Kesimpulannya belum boleh berjalan betoi2 lagi la.Tapi hari2 dia akan bangun sendiri & berjalan 5 6 langkah ja :( cepatla jalan Adeeb!!
  • Sangatlah manja ketoi taik, kira nak di peluk2 ja..marah sikit "ek ek" padahai nangis bukan keluaq ayaq mata pun..sebab tu selalu cakap dia manja ketoi taik :)
  • Bercakap, nampak dia ni jenis ringan mulut, dah pandai panggil :mama,kakak,atah"(ayah), kalu nak makan atau tengok orang makan "nak nak", "sedap".Kadang2 pandai mengajuk cakap kakak dia.KakMidah cakap dia ni ringan mulut sebab tu lambat jalan.
  • Bab makan, rasanya dah start bagi dia makan macam2, abis kalu time orang makan..dia punya la bising dok "nak nak nak", menangis macam kena dera kalu tak bagi.Time suap dia makan moi lagi la..kena suap cepat2, kalu lambat dia akan buat guling2 ja..geram betoi..ikut sapa la perangai kepala angin tu :P
  • Breastfeed, still continue lagi, tapi tak fully la, Adeeb dah minum Enfagrow A+ kira dah share susu sama dengan Zhea sekarang, rasa ok skit la..kalu dulu dia minum Enfalac A+ tercungap2 mak pak dia nak kejar duit beli susu..susu budak bawak setahun kan mahal.
  • Berat & tinggi taktau yang latest sebab belum bawak dia check up lagi untuk cucuk setahun.Rasanya tak naik banyak sangat berat dia, sebab dah tengah lasak :)


Zhea Rayhana 2 years 10 months:
  • Dah cekap baca ABC kenal semua huruf, baik huruf kecik,huruf besaq, 123 sampai 20.Dah boleh mengira sendiri kalu suruh kira.Kalu keluaq memang dia suka baca nombor plate kereta, so far 99% betul la
  • Mengeja?pandai eja AYAM ja buat masa ni :P
  • Bercakap, ok la..dah pandai cakap mcm2, boleh la buat teman bersembang kalu boring.Beleter dan buat memek muka pun pandai..kadang2 adik dia sepah barang dia ka apa "ish adik ni jangan la sepah" (sambil buat kerut2 dahi lagi) .Yang lawak ada sekali dalam kereta, ayah dia menyanyi ikut lagu dalam radio,zhea boleh selamber ja cakap "ayah, dah dah, stop, tak best"..hahaha macam2 lagi la..kadang2 bila ingat balik nak tergelak sorang2 bila teringat ayat2 power zhea tu..lupa ada satu lagi..kat rumah..ayah dia terbatuk2 macam bedehem2 sebab gatai kerongkong..zhea tgh main membelakangi ayah dia...terus keluaq ayat "apo ayah" konon2 macam pelik la..apa la ayah ni dok bunyi teruk sangat.
  • Bab makan,so far nampak dia berselera sikit dari dulu..makanan paling dia suka Mee,Kuewtiaw sup,Pizza,nugget..Nasik pun ok cuma suka lauk Gulai dengan Sup sahaja..tapi kalu gulai tu memang peberet la..sah2 anak Penang kan..tu yang suka kari/gulai
  • Nampak zhea ni seorang kakak yang penyayang...takut sangat kalu saya nk buat2 tinggai adik dia ka apa..kadang2 saya ada dalam bilik..adik dia kat depan..dia kalut suruh amik adik..kalu adik nangis..dia akan cakap "adik..adik..kakak ada ni"..best kadang2 nampak dia pujuk2 adik dia kalu nangis..sat bagi mainan ni..sat bagi mainan tu..hahaha ni yang membuatkan rasa nak anak girl jugak untuk nombor 3..kekeke
  • Dah boleh tolong kerja umah sikit2..sikit2 ja la..bukan la tolong pi masak gulai ka..pesiang ikan ka apa ok!takat tolong kutip baju kotor letak dalam bakul..tolong ambik kan kain kalu air tertumpah..tolong angkat2 ja la.Tolong masak tu lambat lagi lah kot :P

Itu ja kot..semoga anak2 saya membesar dengan sihat,cerdik pandai..soleh dan solehah..Amin..



1 comment:

Ila said...

dah besaar ek zhea...pandai dah..faiz abc ngan 123 pun tunggang langang..hehehe...apo nak buek,maknya tak ajar..herhe

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...