Wednesday, June 22, 2011

+6kg

Tadi ke Sunshine Square, asalnya nak ke farmasi nak beli cream eczema untuk Zhea.
Mintak la pagi tadi rm50 kat ayah zhea untuk beli cream kat anak.
Sekali kat farmasi tu ada pulak FREE Body Fat Analysis.
Hahaha dah nama free terus la nak buat..
test punya test..timbang punya timbang...berat berlebihan +++6kg :(
Pharmacist tu cakap..try reduce 6kg tu..untuk dapat berat badan ideal..rasanya 6kg tu kt perut la...Dah perut gelebeh mcm orang pregnant 6 bulan..
Benci betoi tengok bentuk badan sendiri sekarang ni.

So, mintak advice dari pharmacist situ nak buat cemana nak buang lelemak di perut..
Dia suh amik B complex dulu sebab nampak muka saya sangat letih..(ya la semalam dah demam mabuk duryan)..Tapi saya takmau..nak supplement untuk reduce lemak/berat jugak..dia bagi Lechitin harga rm38..terus tak dapat beli cream kt zhea hahaha satg balik nak mintak lain duit untuk beli cream saheh kena potpet jugak ni..
"takpa lah dahling..untuk kecantikan isterimu" :P ;P ;P

Tengah pikiaq lagi cemana nak reduce 6kg ni..nak kurang makan malam??? cam payah ja..nak kurang nasik???satg tak kenyang..lapaq..pening kepala pulak..haih banyak sungguh alasan..cemana nak kuruih!

No comments:

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...