Thursday, June 30, 2011

Hadiah BirthDay Adeeb

Ni hadiah birthday Adeeb, ayah dia yang beli,
mama dia..semekin semekut :( sebab sakan bersoping raya.



dah separuh tuan dah truck ni :P

zhea & eczema 2

Zhea kan eczema kronik, kadang2 ok..licin ja kulit..memang seronok tengok time tu..
Tapi ada hari..bila kering..kesian pulak..tengok dia bergaru..
Aritu silap dia terjumpa Kacang Tanah tu..makan punya banyak..asyik "nak acam nak acam"..
Sekali 2 3 hari lepas tu..rashes naik punya banyak...sedih plak rasa..pagi tu terus bawak p clinic amik ubat..bila makan ubat tahan gatai..dia asyik tidoq ja.

Tapi kan..tengah godek2 kat FB..terjumpa plak anak sorg hamba Allah ni..lg kesian...mula2 naik campak..pastu kena infection kt campak tu..sampai ke dalam isi...sedihnya...baru setaun rasanya anak dia...sampai kena masuk icu...kesian tengok..rasa sebak...cemana la dia dok tahan sakit pedih kat kulit tu..

Tringat kat Zhea..kadang2 bergaru sangat, saya marah la dia..garu sampai berdarah2.........huwaa...eczema memang tak akan ilang..kecuali dah besaq..saya rasanya dah umur 20an ni baru ilang..


Wednesday, June 29, 2011

Start Shopping for Raya

Dah mula dah :) :) :)
Shopping untuk Raya untuk Zhea & Adeeb, padahai posa pun belum lagi, posa ganti pun tak abis ganti .
InsyaAllah dan kot sebelum Ramadhan, ada 23 hari lg pitam..harus selim pas ni mau ganti direct.

Petang kemarin, saya ke QB sorang2 sebab bercuti atas urusanseripadukabaginda.Antaq anak2 kerumah KakMidah, terus cargas saya bershopping sorang2 kat sana.Saya kalu nak bershopping dalam kuantiti yang banyak memang selesa pi sorang2, toksah la ada sapa2 nak teman.Macam taun lepas, kluaq shoppingraya sorang2 jugak lepas pantang Adeeb.

Rasa dah settle 'separuh' pembelian untuk anak2, tapi kan..dalam banyak2 ni baju Zhea yang banyak dari Adeeb.
Zhea dah dapat 3 helai jeans,5 helai Tshirt,1 helai blouse
Adeeb baru 1 helai jeans,1 helai Tshirt,1 helai kemeja

Pasni nak cari lagi kat zhea lagi 1 jeans & 3 4 helai blouse, Tshirt dah toksah kot, macam dah cukup 5 helai untuk raya.
Untuk Adeeb kena cari lagi 3 helai jeans & beberapa Tshirt + Kemeja.

Baju Melayu & Baju Kurung depa dah siap beli kain & antaq tempah dah :P

Tunggu masuk bulan posa nak shopping kasut2 depa pulak, tapi tu dah ayah depa janji nak sponsor :P selamat duit kut mak dia bulan depan :)

Ok, testing2 :P
Nasib la muat elok2, Zhea memang saya amik Tshirt,blouse umur 4Y,Sluaq aja 3Y
Adeeb pulak 18-24M :)



**Arini ayah depa gaji, nak try pujuk2 mintak lagi dana nak beli baju2 raya anak2 lagi..tengah sale menggila sekarang..saya pun dah nak gila tengok!!

Mai Nak FUH

Dialog seorang mak dengan anak perempuannya yang berusia 2tahun 10 bulan :P

Mak:Kakak, mama pening kepala la, pasai apa tak tau
Anak:Mama, mai kakak FUH (terus dia mai fuh fuh, tiup2 kepala mak dia)

**sukanya :) walaupun dia fuh tu bukan la bagi lega betoi2 pening kepala, tp melegakan hati :)

Friday, June 24, 2011

Orang dah lama guna, kami baru nak terkedek2

image~google

bila sang suami berkata, "lin, abang rasa abang nak kena beli camera cepat la, semua geng2 TW ada camera best, seronok sikit bila join Sunday Drive, TT ka kalu kita pun ada sama, pastu kalu kita nak p bercuti2 boleh ambik gambaq elok2 sikit"

Si Isteri tersenyum2 dalam hati dan berbunga2 chenta!! " yaka, mau gitu bila nak pi beli?nak survey dulu ka nak sambaq terus?"

Suami~"malam ni kita pi beli, abang dah survey cuma dok tagak2 nak beli cepat ka dak"

Isteri~berkata2 dalam hati, "pasni boleh bubuh gambaq cantek2 dalam blog"



yeayy...

jadinya Ipad,henpon baru cancel lah (tu wishlist myhuby), sport rim raya pun cancel ja la, pakai ja yang standard tu..comei apa :P



(orang lain dah naik jemu dengan camera besaq..kami baru nak mula)
memang dah lama saya tergedik2 cakap nak suh dia beli..tapi dia cakap "nanti..nanti"

Thursday, June 23, 2011

Entah apa2 la

Gena ni??nak sebut Mat Bunga??





Suka sungguh dia kat bunga kecik tu..ada magnet..kakak dia punya..tapi dia pulak suka gigit dan bawak merata :P

**Oh ya, Adeeb dah boleh berjalan terus dah.Selain dari tidoq..memang dia dok kerja berjalan ja :P kemaruk baru dapat kaki

Wednesday, June 22, 2011

Zhea & AND

Bila anak dah pandai bercakap ni best kan.
Ada2 saja ayat dia yang membuatkan dok tringat2 kat dia, especially time kerja, depa kat umah pengasuh.

Situasi 1, dalam kereta dah nak sampai Saujana Damai.Baru balik dari umah pengasuh
Mama:Kakak, kita kat mana dah ni?
Zhea:Kita nak balik rumah kakak AND adik
Mama:Ada sapa kat rumah kakak
Zhea:Ada kakak AND adik AND mama AND ayah

Situasi 2, tengok sekumpulan lembu
Zhea:mama2, kakak nampak lembu AND baby lembu AND ayah lembu
(cemana la budak ni bleh kenai lembu jantan plak ni)

la ni semua cakap mesti ada AND kat tengah2


Semalam saya kan demam..makan la nasik dgn sup bubuh sekali dalam mangkuk.senang nak hirup kuah.

Zhea:Mama, makan apa tu?
Mama:Nasik
ZHea:Bukanla, MEE kot
Mama:Nasik la kakak, tengok ni, kan nasik, bukan mee,kakak nak mee ka?
Zhea:nak mee.............(huwaa mee takdak la malam2 ni)
(tapi sebenarnya mangkung yang saya guna tu memang mangkuk untuk makan mee,kuewtiaw)






+6kg

Tadi ke Sunshine Square, asalnya nak ke farmasi nak beli cream eczema untuk Zhea.
Mintak la pagi tadi rm50 kat ayah zhea untuk beli cream kat anak.
Sekali kat farmasi tu ada pulak FREE Body Fat Analysis.
Hahaha dah nama free terus la nak buat..
test punya test..timbang punya timbang...berat berlebihan +++6kg :(
Pharmacist tu cakap..try reduce 6kg tu..untuk dapat berat badan ideal..rasanya 6kg tu kt perut la...Dah perut gelebeh mcm orang pregnant 6 bulan..
Benci betoi tengok bentuk badan sendiri sekarang ni.

So, mintak advice dari pharmacist situ nak buat cemana nak buang lelemak di perut..
Dia suh amik B complex dulu sebab nampak muka saya sangat letih..(ya la semalam dah demam mabuk duryan)..Tapi saya takmau..nak supplement untuk reduce lemak/berat jugak..dia bagi Lechitin harga rm38..terus tak dapat beli cream kt zhea hahaha satg balik nak mintak lain duit untuk beli cream saheh kena potpet jugak ni..
"takpa lah dahling..untuk kecantikan isterimu" :P ;P ;P

Tengah pikiaq lagi cemana nak reduce 6kg ni..nak kurang makan malam??? cam payah ja..nak kurang nasik???satg tak kenyang..lapaq..pening kepala pulak..haih banyak sungguh alasan..cemana nak kuruih!

Tuesday, June 21, 2011

Penangan Durian Balik Pulau

Semalam makan durian..tak hingat makan 2 bijik sorg tau..macam balas dendam ja..sebulan mintak durian tak dapat2..sekali ambik...semalam tak boleh lena..hangat walaupun beraircond..
mai keja arini..rasa nak demam..sampai petangnya muntah2..demam siap ketaq :(

Monday, June 20, 2011

Angan2 Makcik Jenen

Hello semua, dah tengah taun pun nak buat wishlist jugak, tak kira nak buat jugak..
Angan2 taik kuda dulu la..kalu ada rezeki lebih jatuh gedebuk..boleh la laksanakan.
Angan2 ja bukan kena duit pun, so tak salah la nak berangan :)


Angan-angan nombor 1 :
white laminate flooring ni..dah lama berangan dari sebelum pindah Saujana Damai lagi...haih...duit tak cukup2 nak buat..harap2 ada rezeki taun ni nak buat jugak,,.saya pilih kaler puteh..supaya rumah nampak luas

Angan-angan nombor 2:
Nak buat built in wardrobe untuk bilik Zhea (& Adeeb), nak buat kaler puteh jugak, sebab memang perabot dalam bilik dia kaler puteh..berangan nak buat sekali meja study...cewah..kalu ada duit tak la mahai sangat pun..buat dengan contractor yang renovate umah kami dulu..yang ni memang nak sangat2 la..hubby pun dah approved.Bukan apa..senang nak simpan mainan2 depa yang lama2 sampai tak cukup tempat nak letak dah kat bilik tu..camoq tahap melampaui batas.



Angan-angan nombor 3:
Nak p holiday mana2 at least sebulan sekali wajib keluaq bawak anak2 pi memana..Paling koman sepana bawak p mandi Bukit Merah pun jadi la.Janji anak2 happy..eh mak tumpang happy kalu anak2 happy kan.



Angan-angan nombor 4:
Nak buat gigi, supaya senyum lebih menawan kalbu, pasni boleh tersengeh sampai ke telinga :P hahaha



Angan-angan nombor 5:
Credit card settlement..wajibulngunnah..wajib wajib wajib



Angan-angan nombor 6:
Nak tukar set pinggan mangkuk :PAngan-angan nombor 7:
Pasang aircond dekat living hall.


Sekian terima kaseh :)


**malas nak letak angan2 nak KURUS sebab sangat MUSTAHIL

Hangat sungguh la ni kan

Panas kan cuaca sekarang, hari2 tidoq wajib kena bukak aircond, aritu try satu malam tidoq tak pasang aircond, memang sejam sekali wajib jaga, bukan apa..sat2 zhea merengek garu2 tak selesa..sat2 Adeeb plak "oh eh oh eh" panas..budak2 zaman sekarang, lahir ja kt hospital ber"aircond" makna kata lepas tu nak sejuk ja sedia..

so bil letrik tiap bulan adalah double triple.Selalunya bil letrik kat rumah saya adalah dalam rm50-60 ja sebulan..kalu musim sejuk..pasang kipas ja..sekali sekarang musim panas..tau berapa rm120-rm180..tu baru satu bijik ekon dalam master bedroom aja...(baru dok brangan2 nak letak kt living hall lagi seketoi, wajib kena beli inverter..katanya jimat 30%) jenuh la saya..sebab semua bil2 di atas batu jemala saya yang membayarnya :( eh eh dengaq kata Astro nya bil pun naik kan...pengsan la..Pas abis Maharaja Lawak ni..terus nak unsubscribe Mustika tu..jimat rm13.++

Tapi...tu baru panas dunia..panas akhirat...belum lg..

Tuesday, June 14, 2011

Update pasal Anak-anak

Hello semua,

Dah lama rasanya tak update pasal anak-anak saya yang comel belaka tu ;P

Zhea & Adeeb:
Alhamdulillah, kedua2 membesar dengan sihat.
Dah pun boleh main sama2, Zhea dah tak tolak adik dia jatuh terguling macam dulu2.
Kira depa dua dah boleh berkawan la.Kadang2 nak tergelak tengok, mana Zhea pi ja, Adeeb mesti ikut..mengekoq merata.Kadang2 pulak, apa Adeeb buat, Zhea ikut pulak, contohnya Adeeb merangkak, Zhea ikut merangkak jugak! hahaha buat sakit lutut ja Zhea oit.


**ini bukan iklan menayang vacuum ok, tapi ni lah "toys" yang paling2 Adeeb minat..bagi la Optimus Prime bapak dia ka, Woody kakak dia ka..tetap vacuum ni jugak pujaan hatinya..kadang2 sampai tertidoq2 main vacuum..dia suka part roda vacuum tu ja rasa :)


Adeeb Zafran, 1 year old:
  • Dah tumbuh 4 batang gigi, kat atas semua, hahaha bawah belum ada tanda2 lagi nak tumbuh.Cukup ja umur setahun baru la gigi tu muncul.Tapi kan, saya mula2 risau jugak awat la tak tumbuh2 gigi lagi mamat ni.Alhamdulillah, time nak kluaq gigi tu..dia tk demam.
  • Berjalan, dia cekap 5 langkah ja, pastu turun merangkak balik.Dah dia rasa merangkak lagi laju dari dia berjalan lah kot.Dok nampak dia ni jenis seryau2.Kesimpulannya belum boleh berjalan betoi2 lagi la.Tapi hari2 dia akan bangun sendiri & berjalan 5 6 langkah ja :( cepatla jalan Adeeb!!
  • Sangatlah manja ketoi taik, kira nak di peluk2 ja..marah sikit "ek ek" padahai nangis bukan keluaq ayaq mata pun..sebab tu selalu cakap dia manja ketoi taik :)
  • Bercakap, nampak dia ni jenis ringan mulut, dah pandai panggil :mama,kakak,atah"(ayah), kalu nak makan atau tengok orang makan "nak nak", "sedap".Kadang2 pandai mengajuk cakap kakak dia.KakMidah cakap dia ni ringan mulut sebab tu lambat jalan.
  • Bab makan, rasanya dah start bagi dia makan macam2, abis kalu time orang makan..dia punya la bising dok "nak nak nak", menangis macam kena dera kalu tak bagi.Time suap dia makan moi lagi la..kena suap cepat2, kalu lambat dia akan buat guling2 ja..geram betoi..ikut sapa la perangai kepala angin tu :P
  • Breastfeed, still continue lagi, tapi tak fully la, Adeeb dah minum Enfagrow A+ kira dah share susu sama dengan Zhea sekarang, rasa ok skit la..kalu dulu dia minum Enfalac A+ tercungap2 mak pak dia nak kejar duit beli susu..susu budak bawak setahun kan mahal.
  • Berat & tinggi taktau yang latest sebab belum bawak dia check up lagi untuk cucuk setahun.Rasanya tak naik banyak sangat berat dia, sebab dah tengah lasak :)


Zhea Rayhana 2 years 10 months:
  • Dah cekap baca ABC kenal semua huruf, baik huruf kecik,huruf besaq, 123 sampai 20.Dah boleh mengira sendiri kalu suruh kira.Kalu keluaq memang dia suka baca nombor plate kereta, so far 99% betul la
  • Mengeja?pandai eja AYAM ja buat masa ni :P
  • Bercakap, ok la..dah pandai cakap mcm2, boleh la buat teman bersembang kalu boring.Beleter dan buat memek muka pun pandai..kadang2 adik dia sepah barang dia ka apa "ish adik ni jangan la sepah" (sambil buat kerut2 dahi lagi) .Yang lawak ada sekali dalam kereta, ayah dia menyanyi ikut lagu dalam radio,zhea boleh selamber ja cakap "ayah, dah dah, stop, tak best"..hahaha macam2 lagi la..kadang2 bila ingat balik nak tergelak sorang2 bila teringat ayat2 power zhea tu..lupa ada satu lagi..kat rumah..ayah dia terbatuk2 macam bedehem2 sebab gatai kerongkong..zhea tgh main membelakangi ayah dia...terus keluaq ayat "apo ayah" konon2 macam pelik la..apa la ayah ni dok bunyi teruk sangat.
  • Bab makan,so far nampak dia berselera sikit dari dulu..makanan paling dia suka Mee,Kuewtiaw sup,Pizza,nugget..Nasik pun ok cuma suka lauk Gulai dengan Sup sahaja..tapi kalu gulai tu memang peberet la..sah2 anak Penang kan..tu yang suka kari/gulai
  • Nampak zhea ni seorang kakak yang penyayang...takut sangat kalu saya nk buat2 tinggai adik dia ka apa..kadang2 saya ada dalam bilik..adik dia kat depan..dia kalut suruh amik adik..kalu adik nangis..dia akan cakap "adik..adik..kakak ada ni"..best kadang2 nampak dia pujuk2 adik dia kalu nangis..sat bagi mainan ni..sat bagi mainan tu..hahaha ni yang membuatkan rasa nak anak girl jugak untuk nombor 3..kekeke
  • Dah boleh tolong kerja umah sikit2..sikit2 ja la..bukan la tolong pi masak gulai ka..pesiang ikan ka apa ok!takat tolong kutip baju kotor letak dalam bakul..tolong ambik kan kain kalu air tertumpah..tolong angkat2 ja la.Tolong masak tu lambat lagi lah kot :P

Itu ja kot..semoga anak2 saya membesar dengan sihat,cerdik pandai..soleh dan solehah..Amin..



Monday, June 13, 2011

Weekend @ Musim Kenduri Kendara

Hello semua,

Cuti sekolah 2 minggu, banyak sungguh la kenduri kendara no.Tak larat atoq kenduri.

Tapi kami pi 2 rumah ja la.Tak terpi la kalu semua umah yang di jemput..Mintak maaf la banyak2 pada yang tak sempat nak pi tu.Payah, dengan cuaca hangat lit lit la ni, dengan anak merenek2 (hahaha baru dua dah rasa macam anak 12)

1.Kenduri Marina
Kenduri rumah sepupu saya, kira anak menakan saya la kawen ;P
Cantek pelamin dia, rasanya macam kenduri grand jugak ni, sebab anak perempuan sorang, lauk pun best, kami siap bleh makan khemah skali VIP lagi.Lepas makan dah nak balik Penang, mintak tapau lauk kenduri,kuih2,buah2 lagi :P.
Merasa la makan lauk kenduri 2 ari berturut2 di Penang.Keja dok perangat lauk ja la balik kerja.

Marina anak menakan saya.Kira teman sepermainan zaman kecik2 dulu.Beza brapa tahun ja dengan saya..Muda 3 4 taun ja rasa.(pic cilok dr FB dia)

Outdoor.amboi badan melentik sakan, jeles betoi kat orang yang slim2 ni.

2.Kenduri Wani aka sepiah, dan jugak my BFF dari kecik2 lagi tau.
Alhamdulillah..sampai jugak jodoh dia.
Jenuh la Wani pasni nak menguli capati pagi2 :) tu la kawen dengan orang Penang lagi.



ari akad nikah (jugak cilok dr FB) Yang sorang baju biru tu, still available, juga kawan dari sekolah rendah.


Ni satu2nya pic saya dengan pengantin, sapa suruh mai lambat, takdan nak amik gambabq dekat pelamin, sebab pengantin dah kalut nak p outdoor ;(

Takpa la apa2 pun Selamat Pengantin Baru, Semoga Kekal Berbahagia Selalu.Amin


Ni pulak, time kat umah MIL...bersepah ja tilam kat luaq..kami memang tidoq kat luaq ja lepas kes banjir Perlis, umah MIL still tak abis berkemas lagi..sapa nak kemas..dia pun tak larat dah..so duduk ja mana yang boleh..(tak sabaq nk suh myhuby renovate bilik pengantin kami yang dulu, nak pindah duduk dalam bilik balik, tak selesa la..dok kt luaq)


Ni BangDaut (Firdaus) yang sangat excited bila kami balik kampung.


Ya la sebab boleh main dengan Zhea!Kot ada yang heran walker ada kat belakang tu, kami kadang2 dah tak larat nak pedha Adeeb yang suka p merata, siap kutip taik cicak lagi, nasib takdan buh mulut,so kadang2 memang terpaksa letak Adeeb dalam walker nak bagi dia dok sengap sat.Adeeb dah boleh jalan skit2 tapi belum cekap lagi.Kadang nampak dia lagi suka merangkak dari jalan.

Budak comel lagi masam baru mangkit tidoq.


myhuby kalu balik kampung, takdak kerja lain..kerja nak mambasuh siTW dia ja.Sampai MIL cakap, eh basuh kerap sungguh haih turun kaler la lama2 :P

Bang Daut lagi.

Lepas balik dari kampung, ontheway balik Penang sempat singgah Puncak Mutiara Cafe.
Rasa memang dah kemaruk kambing la kami dua laki bini ni..Boleh kata sebulan sekali wajib pi pekena la..tapi rasanya sebulan ada 2 3 kali la kot.Entah la..kena dengan selera :P

Adeeb..ya Allah la ni..buas la...rasa tak boleh dok diam semenit..

Dua2 tengah pulun sate ayam


Ok lah, tu ja kot :P

Adeeb 1 year old

2 June 2011
Happy Birthday Muhammad Adeeb Zafran

Sat ja dah setahun, kali ni tak buat apa2 majlis lagi untuk dia.Kami sambut ber4 aja, lagipun bukan kena weekend.
Beli sebijik kek kecik kat Eden tu,ngap :P
InsyaAllah nanti ada rezeki ingat nak buat kenduri Akikah dia kat kampung, sekali celebrate birthday Adeeb & Zhea sekali.Rasanya sebelum posa, insyaAllah la kalu ada rezeki lebih.

Kek Adeeb, kecik comei ja, 650g ja rasanya, perisa vanilla, kecik tapi sedap gila!

Time pasang lilin ni, Zhea kemarin excited nak "fuh fuh", Adeeb macam confuse ja, Birthday sapa sebenaqnya ni :P


Semoga menjadi anak yang soleh,cerdik pandai,mendengar kata & sehat2 selalu

Friday, June 10, 2011

Update sikit ja lah

Busy lagi..takdak mood nak update, takdan betoi2 la..

LIfe ari2 mcm biasa..tapi dah extra2 penat, bila anak2 dah besaq..malam2 pukui 12 tgh malam tak lena lagi dua2 tu..penat bertempik..cakap pelan2 memang tak makan saman punya..so apa lg..tempik la..

penat...masa utk diri sendiri pun takdak..kalu kat umah tu..dah gaya hantu kak limah dah... :(

lagi satu..badan yg montel ni..menyampah betoi..org kalu penat2 jaga anak makin kurus..ni makin montel..meluattt

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...