Wednesday, April 20, 2011

Weekend @ Heritage Ipoh>Lost World of Tambun>Puncak Mutiara Cafe

Hello semua,

Cerita dah basi ni, awai bulan ari tu..kami jalan2 bawak anak2..ala dekat ja pun..negeri jiran ja.
Saja nak test bawak anak2 tidoq tmpt lain, takut jadi macam kes p Taiping aritu..malam2 buta terpaksa balik Penang sebab Adeeb nak tidoq dalam buai.Kali ni pun nak test2 tak brani nak jangkau jauh sangat.Asal nya nk p Cameron, tp takut la pulak..buatnya malam2 Adeeb meraung tak bleh tidoq..tak ke naya nak kena pederas dari Cameron malam2 buta..takut woo.

So, kami pilih nak bawak depa pi Lost World of Tambun aja la..asalnya nak p balik hari (Ahad), tapi takut penat la pulak..so last minute 4 ari sebelum p kot..try booked hotel online ja nasib dapat.Dapatlah kat Heritage Hotel.Ok la anak2 nampak selesa ja harga pun tk mahal melampau, & amik extra bed untuk Zhea pun rm45 ja.jadinya kami p la ari Sabtu bertolak kui 1 petang dah..ngam2 check in pukui 3 sampai :P

Sampai2 zhea paling excited, melompat2 ja atas katil.Maybe rasa happy kot..sb selalu asal cuti ja..balik kampung, tak pun round2 Penang ja.Nak buat camna, kampung tu kita kena kerap balik tengok2 tok2 & wan.Tumpang depa dok ada, kita balik la sekerap mungkin.kalu dah tak dak, tak boleh nak tengok apa dah..balik ari2 pun tk guna ;(



best la jugak view dia..kami dapat level atas skali, tingkat 11 ka 10 ntah lupa pulak.

Dah sampai..rileks2..rest2 sat,bersiap2 nak kerumah kawan lama masa zaman blajaq kat Uitm dlu..p la umah Cik Ana (ala puan seri hang mesti baca blog aku kan).Rasanya umah dia belah Bercham kot..ka salah tktau..sampai pun dah lepas Magrib..sembang2 potpet2..takdan amik gambaq pun rugi betoi..Lepas tu balik sb Adeeb tunjuk gaya nk buat kelaku dah..Singgah la McD Drive Thru beli makanan utk dinner.


bila berubah tempat ni, zhea makan dengan banyaknya.suka betoi..set happy meal tu..sampai licin,syok tengok..sb zhea ni makan sangat susah..memilih

nasib zhea ok2 aja tidoq sorg kat extra bed tu.bukan apa..mau km ber4 nak tidoq atas katil king tu..pakai tak celuih la..nak2 depa ni tidoq kemain lasak la ni.

Adeeb pesyen tidoq tungging buyung :P

Selamat Adeeb tak buat perangai sebab tak tidoq dalam buai.Sebenarnya 4 5 ari sebelum pi, saya dah trained dia siap2 tidoq bawah..makna nya tak lena naik buai la..nasib berjaya..tapi sebelum nak lena tu jenuh "tepok" menyanyi2 peluk2 baru la lena.

Esoknya pagi p bekpes dulu,biasa la free buffet bekpes.Zhea semua dia nak 'makan" tapi main ja lebih.(tak banyak gambar zhea, sebab susah betoi nak ambik gambaq dia la ni, tak duduk sengap).Adeeb, ok telan semua,nasib ada bubur nasik..selamat dah bab makan utk Adeeb :P



Kami check out awal pukui 11am, sb nak terus p mandi kat LWOT,ni time tengah tunggu ayah depa amik keta..dia buat merangkak takmau jalan.Hahaha takpa la zhea oit, janji jangan kacau orang2, bagi jahanam apa2 kt situ dah..tidak jenuh makpak ni nak membayaq.



Yeah, dah sampai..Adeeb baru bangun tidoq..terus letak dalam buggy ni..hangin ja dia..sebab apa..panas la..lupa plak bawak kipas dia.Haa..time nak masuk LWOT tu..ticket utk org dewasa rm38, kanak2 yang tinggi lebih 90cm kena rm32, kami tak bajet plak zhea nya tinggi lebih 90cm..skali lebih..kena bayar..tinggi jugak zhea ni rupanya.


sebelum berendam..jalan2 la dulu...ada Petting Zoo kt LWOT ni.best jugak, sb Zhea dah besaq..so bleh la dia kenai2 menatang2 dengan lebih dekat..Ada kambing kat situ..,tnya zhea..ni apa..dia cakap Dog..hahaha..zaman la..bukan zaman dulu..saya dulu kecik2..takat kambing tu..tk takut langsung..anak kambing siap amik dukung cium2 mulut lagi tau hahaha..besa la dok kampung..tp budak2 zaman la..kena bawak p zoo baru la nk kenai binatang2 tu.

ini burung nuri kot :P


Okay..masa untuk mandi manda berendam sampai kembang!


Adeeb pun kemain..asyik meronta2 nak suh lepas nak p sendiri main ayaq.Mula2 risau jugak takut satg selsema ka demam ka..maklum la mandi tengah2 rembang dengan hangat lagi.
Nasib tak apa2.
eh kat sini tak pakai swimming suit pun takpa, nasib tak beli..sebab tengok yang juai2 tu mahai2 belaka (kedekut)


lepas mandi, Adeeb lena balik...letih sangat dah tu...


Dalam pukui 3pm bertolak balik ke Penang..Singgah pulak makan kat Puncak Mutiara Cafe
Best gila tengok tempat dia..menu2 dia lagi la best..untuk sapa penggemar kambing..memang tak silap tempat la kalu p..mcm2 ada..tempat pun best..dalam kampung..sejuk2..sunyi ja..service pun cepat..sat ja makanan sampai.

nasib la kami pilih tempat makan macam pondok yang bleh bersila tu..senang nak handle anak2 yang sorg2 membuas ni.


ni dia..menu 2 org makan:
  1. Nasik Beriani Paha Kambing
  2. Nasik Beriani Kambing Grill
  3. Kambing Grill
  4. Set Satay Special ada 7 jenis daging x 2 cucuk..rasanya ada Burung Unta,Rusa,Ayam,Kambing..apa ntah dah tk igt daging2 apa..yg tahu Halal :P
semua sekali dengan ABC + ayaq apa ntah satu lagi..rm108..ok la..rasa berbaloi..sebab sedap sangat..kami tak la perabis makan semua tu kat situ..sampai kena tapau sb dah sendat sangat perut :P


Dah kenyang perut bertolak balik Penang, sampai pukul 7.Masing2 dah letih tertidoq awai..sampai lupa nak tgh ABPH2010 :( rugi, nasib ada youtube :)

Kesimpulannya, pi bercuti mana2 pun, walau jauh ka dekat ka..tetap best janji dengan family..org2 yang kita sayang ;)

Next trip maybe p Sepang plak kot ..nak lepaskan hajat my FIL nak p umah anak dia yang sulung..dia asyik sebut nak p umah my BIL tu aja..ajak p tempat lain dah takmau..Myhuby cakap lepas bawak makpak dia p Sepang..baru kami bleh pi cuti2 tempat2 lain pulak :P (tapi sayang ni tringin nak p Cameron lagi sekali la sb Adeeb tak besa p lagi)

**apa2 pun thank you lagi sekali buat penaja aka myhuby sb telah mensponsor semua cost cuti2 kami yang tak seberapa ni (kadang2 saya selalu cakap kt myhuby susah jugak jadi ketua keluarga ni..selain tanggungjawan jaga family besar, tanggungjawab nk keluarkan duit utk family pun bleh tahan besarnya).Insya Allah nanti, saya pulak akan sponsor utk next trip :P

1 comment:

nooRjan said...

bestnya p cuti tu..walaupun sekejap janji dpt spend time ngan org2 t'syg...:D

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...