Monday, March 28, 2011

Curi2 update

Hello semua,

Curi2 update ja ni.

Nak carita sikit pasal Adeeb.Dah nk masuk 10 bulan..dah nampak aura2 nk buas.
Geram betoi la, penat pun ya..dah nampak nak melasak.Dulu Zhea lemah gemalai sikit, mai tang hero ni..mak aiih...dengan ayah dia sekali geleng kepala

Kalu dukung, memang dia buat melentok2 ja..sat nk tgk bawah..sat nak panjat badan kita ni..nak naik atas kepala kot..kadang2 rasa nk terlepas pun ada.

tengah bermain dengan kakak.haha kadang2 tu zhea bleh ja main elok2 dengan adik dia..kadang2 dia pun hangin kot..adik asyik mengekoq + kacau dia.Pernah jugak zhea naik duduk atas muka adik dia....nasib dan tengok..kalu aksi naik kuda (adeeb) siap bunyi "geduk geduk" tu dah biasa la zhea kan..bahaya betoi!


Tapi kan nampak dalam banyak2 mainan, Adeeb suka main yg ada roda berpusing2
biasa la kot budak lelaki :P
jangan nak main periuk2 belanga dah la :P

ni gambaq kalu time nk tidoq..ya Allah..susahnya Adeeb nak tidoq la ni..masuk buai..dia melentok2 badan camni dulu..kadang2 meniarap dalam buai terus.Risau takut tergeliat (terseliuh) ja budak ni.

aksi wajib sebelum tidoq..haha memang teruskan hayun ja buai kalu berenti, dia p mangkit duduk dalam buai pulak!


Ni aksi pagi tadi..buat2 muka jambu konon..padahal semalam kui 2am tak ketahuan lena lagi..mata pejam tapi mai sondol2 kt mama.

kaki tu pulak kena gigit semut kt umah tok dia time balik kampung..bengkak kemain siap keras2 lagi..tp tak nangis pun, so kami letak cream ja la.kat dahi pun bengkak tu, sebab jatuh tersembam semalam.Maklumla, orang dah terer la konon2, asyik bangun berdiri & lepas tangan.

No comments:

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...