Monday, March 28, 2011

Curi2 update

Hello semua,

Curi2 update ja ni.

Nak carita sikit pasal Adeeb.Dah nk masuk 10 bulan..dah nampak aura2 nk buas.
Geram betoi la, penat pun ya..dah nampak nak melasak.Dulu Zhea lemah gemalai sikit, mai tang hero ni..mak aiih...dengan ayah dia sekali geleng kepala

Kalu dukung, memang dia buat melentok2 ja..sat nk tgk bawah..sat nak panjat badan kita ni..nak naik atas kepala kot..kadang2 rasa nk terlepas pun ada.

tengah bermain dengan kakak.haha kadang2 tu zhea bleh ja main elok2 dengan adik dia..kadang2 dia pun hangin kot..adik asyik mengekoq + kacau dia.Pernah jugak zhea naik duduk atas muka adik dia....nasib dan tengok..kalu aksi naik kuda (adeeb) siap bunyi "geduk geduk" tu dah biasa la zhea kan..bahaya betoi!


Tapi kan nampak dalam banyak2 mainan, Adeeb suka main yg ada roda berpusing2
biasa la kot budak lelaki :P
jangan nak main periuk2 belanga dah la :P

ni gambaq kalu time nk tidoq..ya Allah..susahnya Adeeb nak tidoq la ni..masuk buai..dia melentok2 badan camni dulu..kadang2 meniarap dalam buai terus.Risau takut tergeliat (terseliuh) ja budak ni.

aksi wajib sebelum tidoq..haha memang teruskan hayun ja buai kalu berenti, dia p mangkit duduk dalam buai pulak!


Ni aksi pagi tadi..buat2 muka jambu konon..padahal semalam kui 2am tak ketahuan lena lagi..mata pejam tapi mai sondol2 kt mama.

kaki tu pulak kena gigit semut kt umah tok dia time balik kampung..bengkak kemain siap keras2 lagi..tp tak nangis pun, so kami letak cream ja la.kat dahi pun bengkak tu, sebab jatuh tersembam semalam.Maklumla, orang dah terer la konon2, asyik bangun berdiri & lepas tangan.

Wednesday, March 23, 2011

belagak kamu zhea

pada suatu petang, seorang kakak bernama zhea telah menolah adiknya Adeeb ketika bermain.Ini adalah kerana adiknya suka sangat mengekori kakaknya kemana sahaja kakak nya pergi.Mungkin si kakak berasa rimas sebab si adik ni suka menyebok.Lalu ditolak adik nya jatuh dan berbunyi gedebuk.Adiknya pun menangis sekuat hati,tetapi rasa sakit tidak seberapa, mengada jugak lebih.Maka bermulalah dialog si kakak dan si mama nya yang kadang-kadang berupa harimau jadian.

Mama:Zhea napa tolak adik, kakak tak sayang adik dah ka??

Zhea:Kak shangg(sayang) adik.

Mama:Abis kalu kakak tolak adik, nanti adik sakit,kakak takdak kawan, sapa nak kawan dengan kakak.Mama pun takmau kawan la dengan kakak sebab kakak takmau dengaq cakap mama.

Zhea:(muka kerut2 sambil pikiaq) herm...kakak ada Abam (Adam anak KakMidah),Kak Lah (Nabilah anak KakMidah),Mak (KakMidah),Tok (tok sebelah umah KakMidah)

Mama:Oh belagak no..nanti mama cakap kat depa jangan kawan kakak sebab kakak tak mau dengaq cakap mama.

Zhea:No no no

Monday, March 21, 2011

Update yang secoet

-busy la, busy kja maybe jgk, balik umah dah tkdak masa nk bukak pc, selalu on fb dkt hp ja.

-rutin hidup mcm biasa, busy melayan kerenah anak2 dan suami :0.Adeeb dah merangkak dengan laju, dah berdiri2 pun.zhea, makin cerdik, so far nampak byk perkembangan positive dia.alhamdulillah.Suami??hahaha tetap rajin bekerja untuk menyara keluarga.

-bulan march & april boring sebab takdak public holiday, tak sabaq tunggu bulan may untuk jalan2 maybe cuti2 malaysia :P


**bye..busy ni..nanti free betoi2 baru boleh update secara tamak!

Tuesday, March 8, 2011

Mereka dah bleh bermain bersama2






Pasal Zhea pulak

Yeay, naik keta dah tak payah duduk dalam carseat, dia sendiri yang takmau dalam erti kata lain keryau meraung2 takmau dok dah.Jadinya hari2 antar dia p umah pengasuh duduk begini la, duduk di sebelah driver dan WAJIB pakai seatbelt!tp tu ikut mood la..kdg2 dia rimas tkmau pakai, tk guna jgk nak paksa pun.Tapi mmg selalu dia sendiri yang nak pakai.

Eh sapa2 yang anak dia sebaya dgn zhea kan, malam2 tidoq menyusu kuat dak?zhea..kalu time tidoq..satu malam mau 4 kali minum susu..isk isk isk..jenuh la mak dia ni..dgn adik lg...tp siang mmg kurang la dia minum susu, selalu siang dalam 2 3 botoi ja tp 9oz, malam walau 4 kali pun tetap 9oz..rasa mcm nk try bg susu lain ja malam2 bg dia nyenyak tidoq skit, ni tak..takdan sejam minum susu sebotoi..dah hek hek hek lg nk susu..dia pun sure tidoq tk nyenyak sb perut lapaq..dah usaha bg dia makan nasik byk time dinner, tak jalan jgk..

Rasanya kan, ok dak klu time malam bg dia susu lain..contohnya Pediasure..sb tgk cousin dia sorg ni..mlm2 minum tu..tidoq nyenyak skit..maybe cpt kenyang kot susu tu...dah usulkan kepada "banker" dia tu semua ok aja.


Semalam zhea tengah main2 dgn Adeeb, sekali tangan Adeeb terkapit meja, nangis lah si adiknya ni..zhea dah tercengang2..bulat2 mata..tk bersalah (memang zhea tk bersalah mama tau,zhea tak sengaja).Lantas zhea pun cakap kat adik dia "sory adik, dok diam2 kakak amik ubat" (sambil lari2 cari losyen, bg zhea losyen tu ubat la.sb selalu dia gatai2 kulit (eczema) saya akan trus sapu losyen..konon2 ubat lah tu :P

Monday, March 7, 2011

Zhea & BangDaut

pic masa balik kampung sat baru2 ni.zhea kalu balik kpg sronok la sb ada kawan,Tengah makan aiskrim ni, la ni kalau balik ja kampung Daut (Firdaus) ni mesti ajak p kedai beli aiskrim.tapi masa balik sebelum ni..dia ajak:

Daut :Makngah,jom p kedai
saya:Nak beli apa kat kedai
Daut:Nak beli Ayam Bapak
saya:ayam bapak nak buat apa pulak, mana ada juai kt kedai.
Daut:Orang nak bela la..

tup2 nk bela bapak ayam plak dah.

biasa la dia JKKK jr kt kampung ni kalu tnya ayam,lembu,kerbau,tebang pokok semua dia tau..hahaha..nanti kalu anak2 saya dah besaq, kalu balik kpg mesti dia yg jd tourist guide.

Model Cethapil tak berbayaq




Sunday, March 6, 2011

Jalan2 weekend tapi dekat2 aja

Weekend 19&20 feb aritu ayah budak2 ni tak kena keja, dan kami tk balik kampung minggu tersebut.So gunakanlah masa cuti sebaik mungkin :P
Ari Sabtu,kami pun pergi lah ke negeri jiran,iaitu Perak..hahaha p takat Taiping ja pun :P
Asalnya nk bermalam kt sana, tapi dah malam terpaksa balik ke Penang sb Adeeb keryau mengamok "nak naik ndoi'...geram btoi!

Ok la, malas nk mengarang panjang2, tak brapa nk pandai maklum BM masa SPM takdapat A1
:(

Zoo Taiping, nak bawak anak2 tgk binatang2.

baru sampai


zhea blur2 sb baru bangun tidoq, sedaq2 dok depan singa


ayahnya mcm dok tahan nafas ja dukung budak seberat sekampit beras cap rambutan stok 2 bulan.


disebabkan tak larat nk dukung seketoi ni, maka duduklah kamu di dalam mekleren kues ni.


masa ni zhe dah recharge, sb pekena ayaq Ribena sekotak..binatang paling dia excited tgk adalah "Lifen"

Tu ayah lifen, tu mama lifen, tu kakak lifen,tu baby lifen" zhea mesti gajah paling besaq tu mama lifen kan!

saya menggunakan teknik melindung perut boroi dgn mendukung anak.hahahaha

penat2 jalan, wajib ambik gambaq, tanda kata pi situ :P



ni time sblum nk balik ok lagi...walau mengantuk...dok sat..keryau sakan mengantuk nk tidoq ndoi...terpaksa la packing barang dan terus balik Penang malam tu jugak.Apa la Adeeb ni, takdan mama nk rasa Kutiaq Doli yg kata sedap sangat tu.





dah balik umah, naik ndoi..ok ja la..maybe rindu kt patung rimau kunin ni kot..lupa bawak p skali.





Ahad, esoknya nak jalan2 lagi..mula2 p Queensbay, sb nak beli apa ntah..lupa..ayah budak2 ni yg mencari barang dia.Lepas tu masuk Borders..cari buku kt zhea..ha..so far nampak la zhea menunjukkan minat dengan buku,even tak reti baca lagi..tkpa pelan2 la..la ni baru kenai ABC, pelan2 ajaq la..mengeja,membaca semua..moga2 minat zhea tu berterusan la.


lepas tu dia kalut nak naik menatang kuda ni plak



mula2 muka takut ja..pegang punya kuat!

Last sekali, makan banana split :) ini mak budak2 yang request, utk menampah index lemak didalam badan.

Keluaq dari QB, km p seberang plak..jalan2 ke Mengkuang Dam, tempat joging dulu2 zaman blajaq kt Uitm.Tempat tu still sama lg mcm dlu.

Adeeb kalu org letak kt stereng muka kernyeh besaq stereng la dia



zhea penat berjalan kt qb, bg chance dia lena sat.





masa kt QB beli kan zhea layang2, khas utk main kt sini

tengok..ramainya orang..tgh dok bg ikan2 dalam empangan ni makan..tgk dekat2 mmg byk gila ikan.ikan pun mai makan kt tangan2 kita ja..best!

Akhir kata, terima llah gambaq zhea yg sangat hepi main layang2.Layang2 ni bentuk burung..zhea pun excited la "adik2 tengok bird fly bird fly"

**buat suami terchenta,TQ byk2 sb tlg sponsor semua!

Friday, March 4, 2011

Wednesday, March 2, 2011

Adeeb dah boleh duduk

9 MO, yeayy..walau pun kadang2 senget benget terpeleot sana sini.

aksi terbaru ialah nk minum susu (bf) sambil dia meniarap...kalu letak atas riba elok2..takdan seminit dah terjun kebawah..kalu bg dia dok niarap sambil minum..sampai terlena2.mengada kuasa 48 betoi la budak ni.

*pernah mengulum skru baby cot :O bahya betoi!





zhea 2 taun setengah


saya : kakak, kakak nama apa?
zhea : jiyaa

saya : ayah nama apa?
zhea : shuki

saya : mama nama apa?
zhea : lida

saya : adik nama apa?
zhea : dib fan


:P
mama sayang zhea tau, walau pun ari2 zhea kena dengaq mulut mama dok potpet2.marah tanda sayang


Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...