Tuesday, February 1, 2011

Update yang biasa2

Hello semua,

Dah taktau nak letak tajuk apa utk entry ni.
Rasanya update yang biasa2 saja.
Ini Zhea tengah tlg ayah dia mencuci kenderaan 4 roda.Nampak chubby skit dia sekarang, ya lah berat dah 15kg.Dah mau makan dengan jayanya.Suka tengok kalu dia suap nasik sendiri.Memang saya kepal nasik siap2 berketoi2 bg dia suap sendiri.Kepal nasik bulat2 letak lauk kt tengah2.hahaha

Ni Adeeb montel lagi mengada2.Geram betoi, suka nangis jerit2.Baru lepas terbalik kan sebakui mainan, puas ati lah tu.Kalu bg kt dia sebakoi ni utk dia camoq, memang dia akan diam ja tak "hokhekhokhek" nak suh mama dok kernyeh depan muka dia.Sekarang senang, klu gamak nak mandi ka masak ka..buh ja sebakoi tu depan dia.Tapi masalah lain pulak..zhea pantang tgk adik dia kacau barang2 dia, saheh dia p rampas.


Eiiyahhh dah bleh angkat pungkok nk merangkak.Tapi versi undur ke belakang la.


Zhea kadang2 nampak la sifat keperempuanan dia (eh dah mmg pompuan pun), kalu saya lipat kain..dia pun mai lipat skali."kakak hap mama" (help).


Ok la lipat sapu tangan sendiri.Macam jadi jgk :P


Dah lipat susun2.Baguih anak mama tunggu besaq skit, byk lg kerja mama nk suh tolong nanti.


Ini lauk kari kepala ikan.Bukan saya masak tapi mak saya yang masak.Saya tapau dari kampung masa balik kampung baru2 ni.Tengah perangan nak makan time dinner semalam.Sangat sedap tahap max tiada tolok bandingnya lagi.Skrg kalu balik kampung saya suka2 suh mak saya masak lauk banyak2 sb saya nk bawak balik Penang.Mak saya pun macam hepi2 ja nk masak kt anak dia ni.


ni pulak, daging goreng yang saya tapau dari mak saya jugak.Senang tinggai perangat saja.Kadang2 saya cuba tiru masak style mak saya ni.tp jarang2 jadi..kadang2 over masin..kadang2 daging liat mcm nak patah gigi ja.Saya ni tak pandai lagi la urusan beli2 daging ni...slalu dapat daging liat kemain.menyampah betoi.Tapi ni mak saya masak sambil2 pun sedap kemain.Sb itu ayaq tangan emak.Masak apa2 pun sedap.

2 comments:

eina_cayang said...

memang sendap la linda air tangak mak linda masak..memori lama masa tingkatan 2 mkn nasi di rumah linda dengan ikan bilis grg n cabai kering..sedap wooo

Haslinda said...

hehehe zaiii..ingat lagi dia no..

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...