Monday, February 7, 2011

Cuti CNY

Hello semua,

4 ari cuti sioknya!
arini Senin dah masuk kerja rasa cam fresh sikit, kalu dak lemau ja.
walau tak keluar dari Penang pun, rasa macam cuti 4 arini sangat "terisi".Alhamdulillah, TQ banyak2 la dekat huby ku syg :P yang sanggup curi2 mengambil cuti demi membawa anak2 dan isteri tercenta dia jalan2 :)

Menerima kunjungan tetamu2 yang mai umah.makan2 + sembang2.
hahaha tapi saya tak masak pun nk jamu tetamu, semua bli kat Nasik Kandaq Makbul ja.
Sb huby kesian kt bini dia ni, so dia cakap beli ja la senang.Yeay..lg best sb dia yang sponsor semua.

Kemarin Ahad baru la keluar2 meronda kami ber4.
Sebenarnya nak p kenduri kt Penaga, umah mak sedara myhuby.Tapi dia malas nk p awai2 sb confirm panas dan orang ramai.Mesti Zhea & Adeeb rimas tak bleh nak duduk ++ cuaca pun bahang tak hengat.

Di ajaknya p Zoo Taiping (sblum p kenduri), nk bagi anak2 tgk menatang2 kt situ..tp dengar sapa2 yg guna highway ari ahad cakap jemm gila..tak brani la nak harung jem.Bertukar ke Akuarium Ikan kt Batu Maung tu..tp akuarium yang kt dalam tu tutup pulak dah sb nk servis kot.Jadinya bleh tgk ikan2 kt kolam luaq ja la :(

Adeeb seketoi tetap menten baik ja duduk dalam ni


Besaq2 ikan kap kot ka Kap Jepun ntah, lupa nak baca nama apa ikan ni.rasa mcm ikan Kap la.
Arapaima Gigas pun ada..lupa nak amik gambaq pulak.Gila besaq!!tapi besaq lagi hat dok ada kt Zoo Taiping.


Zhea, memang syok ja la nampak ikan.Tengah bagi ikan makan ni.
*Woody kt tangan tu tak lepas, p mana heret la menatang tu.

Lepas kluaq dari Akuarium tu, terus gerak ke Seberang.
P Sunway Carnival kot, ala hat dok Seberang Jaya tu.Naik parking multilevel yang pusing2 tu.
Skali zhea cakap lg skali "mama kakak ning ning ning" (makna kata dia dah tau kot rasa pening tu camna, sblum ni p Gurney Plaza, dia ckp camtu jgk bila naik parking atas).

Ronda2 situ, rasanya ni baru kali ke2 p situ.Kali ni cam best skit la p, sb masa panjang takdak nk rushing2 apa.Lagipun semua tengah mood baik (anak2 la)Takdak la shopping apa sangat, entah rasa dah taktau nak beli apa (ayat cover org takdak duit).Tapi Zhea dapat la Gitar Bruin sebijik..dah brapa kali dia mintak gitar..sb terpengaruh dgn crita Imagination Movers.Menari2 sambil main gitar.haha mcm2.

Adeeb lak dapat la mainan apa ntah macam kereta FP yang bunyi2 keluaq lagutu.
Ayahnya dapat seketoi kasut.
Ok la last beli kasut 3 taun lepas.Lepas Asar baru kami bertolak ke Penaga.Anak2 lena ja sepanjang jalan, sampai umah kenduri pun Zhea bantai lena lagi.Jenuh kejut nak ajak mandi sb dah senja.

Lepas Maghrib km pun gerak balik Penang.Keta punya banyak.Rasa mcm time orang balik lepas cuti Raya Posa pulak.Nasib la bergerak2 jgk keta.Kui 9pm baru km sampai Island.Trus ke Tesco,cari barang2 umah skit.Semalam semua pakat lena sampai tak sedaq habaq punya penat.

Ni pic masa kt rumah ja, ari sebelum tu.


Adeeb pandai kalu orang nak amik gambaq dia.Suruh senyum memang dia senyum sesenyumnya lah.Budak montel melampau sampai putuih spring2 ndoi(buai) dia..terpaksa cari spring baru :P ..oh baru ingat p Tesco tu sb beli spring ndoi Adeeb lah sama.


Mentang2 dah bleh merangkak.Rata pelusok dah pi kan.




Ni plak menu2 yang sempat di snap sebelum ngap masa cuti jgk.
Time ni ja tringat nak ambik gambar, time lain terus ngap lupa.

Sup Sawi + Daging (zhea suka la yang ni)
Peria Goreng Kunyit, best gila.Memang peberet saya peria, walau pahit tetap sedap.

Daging Black Pepper dengan tomato cherry.Sedap jugak :P


Ni pic masa balik kampung aritu, bawak MIL mai umah mak saya, sambil ronda2 tgk pokok orked mak saya.

No comments:

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...