Monday, February 28, 2011

Huh Buruk Lantak

dinner kui 8.30 pm makan nasik 2 kali tambah lauk kari ayam+udang goreng+ikan cendaru goreng

kui 10.30pm makan nasik beriani ayam segedeboq..cemana mau kuruih!!


Wednesday, February 23, 2011

Nak Update Tapi..

Busy tahap keluang man..hahaha

byknya keja.............Gggrrrr..yg mgu lepas pun tk abis2 lg..melugai dah buat (tp dalam2 dok bz mau bergossip dan aja)

*selingan

pagi2 antaq anak2 kt umah kakmidah.
KakMidah akan turun bawah amik kt keta..babai2 anak2 tercomel tu..skali zhea cakap:
"sian adik, mama p work"

hahaha amboi kakak mcm dah besaq sangat..kesian kt adik saja..kt kakak tu tak kesian kah?
maybe dia ingat sian adik tk bleh nak "tetet" kot time kt umah kakmidah :P

anak saya dah besaq :)

love u Zhea & Adeeb. (love jgk kt ayah depa sb adiah spek mata baru pink..yehaaa)

best lagi



Friday, February 18, 2011

Mereka flu + batuk

Salam Semua, Selamat Pagi Jumaat :)
Asal Jumaat wajib ceria sebab esok lusa kan cuti.best2

Semalam bawak zhea & adeeb ke sepital.Jumpa doktor sebab depa dua ni sakan beringus, batuk kong2 dan zhea nampak panas badan ja.Rasanya lepas balik kpg minggu lepas yang jadi camni.Panasnya Perlis.............serius..sepanas2 Penang..panas lagi Perlis..rasa menyucuk2 muka membahang..

Jadinya bawak la depa ni jmpa doktor sebelum melarat...tapi nya Doctor Lim paed depa ni takdak semlm..jumpa la doktor lain..bleh la..nak kata sebest doc Lim tu..payah nk cakap lah.

Dua2 ok tak kronik sangat, sib baik lagi.Tapi ubatnya, mak aih byk nya.

Mau setakat adeeb nk makan 10 jenis ubat pun senang ja.Tapi kalu zhea..jenuh la walau sejenis ubat..spesis sangat2 payah makan ubat..kita buh dalam mulut..dia semboq kluaq balik..dengan itu..menggunakan tenaga mama yg kuat lg kental ni..bagi zhea baring..kepit kaki tangan dengan paha saya..picit pipi bagi dia nganga.."peluppp" ja sumbat ubat..keryau memang toksah cakap la..dengaq satu taman apa..hahaha.."takpa la zhea, mama bukan bg racun pun yg nak lorat2 keryau..bagi ubat nk bagi cepat lega"



ini ubat Zhea Rayhana, skali dgn Aqous Cream utk sapu kt tempat yg eczema teruk.

Ubat Adeeb Zafran :)

Ok lah nk sambung kja opis dah ni..wajibbulngunnah pesiap semua kja..byk sangat dok tertangguh ni.

Esok & lusa..hoyeah..chenta hatiku sayang cuti, bleh ronda rondi..igt nk kluaq negeri la sat esok :)

Thursday, February 17, 2011

Sorry to say lah!!

Saya ni akan puji dia cantek kalu dia betoi2 cantek,kalu dah kat mata saya tak cantek, buat apa nk "buat2" puji kata cantek.buang karan saja :)

Pada yang prasan cantek & "IN" sangat tu, ai rasa hang tu prasan ja byk.
Menyampah betoi la dengan org yang suka prasan lawa padahal tak lawa.
Saya ni memang la tak lawa dah, tapi saya tak suka prasan lawa.

*hehehe
**tp serius so far dok jmpa kaum ni mmg jenis prasan btoi la.idung tinggi, takdak yg nk prasan hidung penyet lgsung!

Wednesday, February 16, 2011

Buncit gila

Menyampah betoi lah rasa la ni.perot boroi mcm tgh peknen 5 bulan..serius..nyampahnya..
tp camna nk kurus kalu asik sumbat ja :( tp nak buat gena..dah selera makan kalah naga ni..

weekend ni nak p umah kwn lama..dan ka slimkan perut dalam masa 3 ari :(

Masak2 Cuti Maulud Nabi

Hello semua,

Salam MaulidurRasul.
Cuti, tak p memana sangat, dok umah aja.
Pagi tu tgk ada perarakan kat kawasan Saujana Damai ni.
Macam meriah pulak activity kt kawasan umah baru ni.

Bila dah cuti, agenda mcm biasa adalah masak!

Ni moi Adeeb, masak skali dengan kentang, dekat seperiuk dia makan.Puas ati, kalu dak asyik makan Nestum ja.


Aritu try p makan kat Kedai Awet Muda dekat Sg Dua USM tu, tertarik dekat sotong goreng tepung dia.memang sedap la :P
Terus beli tepung dia, nasib depa tk kedekut ilmu pasal resepi tepung tu.siap juai lg, senang nk try.

Senin tu lepas kja terus singgah kedai beli sotong.Nasib dapat yang besaq2.Beli 4 ekoq ja, tu pun dah setengah kilo.

So,bahan2 nak buat sotong goreng tepung versi Awet Muda:
Sotong Besaq
Teloq Ayam

Yang paling penting sekali tepung ni! rm4 ja sepacket.


Tadaaa..dah siap..nasib la rasa sebijik mcm makan kt kedai...hahaha ala..lgpun senang ja nak buat..kan tepung dah ada siap :)


Ni Ayam Masak Merah, wah jadi jugak.hehe rupanya kena buh santan baru rasa mcm Ayam Masak Merah umah kenduri.kalu sblum ni tk buh santan, rasa mcm Ayam Masak Sambal ja pun.

Di tambah pulak dengan Sayoq Kobis, Ikan Bawal Goreng.
Makan sampai nk meletup perut.

Monday, February 14, 2011

Rajin kan!

rajinkan??
hahaha comei ja gambaq ni..konon2 dua2 tengah gigi baca buku/buat keja skolah :P

Adeeb skrg apa kakak buat semua nk ikut,dlm erti kata lain, semua dia nak..kakak makan nasik..dia kalut tarik2 pinggan kakak.Kakak kaler2 dia pun kalut tarik buku kakak dia.

Wednesday, February 9, 2011

Adeeb si burung hantu

Hello semua,

Siang mengantuk malam berjaga dah ni!!!

haihhh mata macam ada gam la rasanya pagi ni semua gara2 Adeeb.
Suka sangat berjaga tengah2 malam sampai la dekat nk Subuh.
Semalam lps Maghrib dia dah buat mengantuk kronik, letak dalam ndoi..trus kroh kroh kroh.
Sekali 2am berjaga sampai dekat Subuh, kalu diam2 main sorg2 takpa, nak kena tunjuk muka kt dia pulak.Punya la bising mulut dok "hua hua hua" sekali dengan berak sedas.Jenuh dalam kelam dok basuh berak dia pulak!

Saya baru perasan,Adeeb ni mmg style suka berak malam2, takdaknya siang2.
Lagi satu kuat berjaga malam,klu Zhea dlu senang ja, malam memang jarang la nak berjaga ajak main ka apa.

Geramnya kt budak ni, rasa nk picit2 ja.hahaha jgn risau bukan nk dera dia pun, picit2 manja :P


kadang2 dah nampak depa dua bleh main sama2, mana Zhea p mesti dia ikut punya.


**kemarin Zhea "baca" book kt adik dia.bukan la baca mengeja tu, cuma tunjuk2 gmbr kt adik dia, bgtau la ni apa, ni apa.bestnya kakak dah pandai jaga adik :)

Monday, February 7, 2011

Cuti CNY

Hello semua,

4 ari cuti sioknya!
arini Senin dah masuk kerja rasa cam fresh sikit, kalu dak lemau ja.
walau tak keluar dari Penang pun, rasa macam cuti 4 arini sangat "terisi".Alhamdulillah, TQ banyak2 la dekat huby ku syg :P yang sanggup curi2 mengambil cuti demi membawa anak2 dan isteri tercenta dia jalan2 :)

Menerima kunjungan tetamu2 yang mai umah.makan2 + sembang2.
hahaha tapi saya tak masak pun nk jamu tetamu, semua bli kat Nasik Kandaq Makbul ja.
Sb huby kesian kt bini dia ni, so dia cakap beli ja la senang.Yeay..lg best sb dia yang sponsor semua.

Kemarin Ahad baru la keluar2 meronda kami ber4.
Sebenarnya nak p kenduri kt Penaga, umah mak sedara myhuby.Tapi dia malas nk p awai2 sb confirm panas dan orang ramai.Mesti Zhea & Adeeb rimas tak bleh nak duduk ++ cuaca pun bahang tak hengat.

Di ajaknya p Zoo Taiping (sblum p kenduri), nk bagi anak2 tgk menatang2 kt situ..tp dengar sapa2 yg guna highway ari ahad cakap jemm gila..tak brani la nak harung jem.Bertukar ke Akuarium Ikan kt Batu Maung tu..tp akuarium yang kt dalam tu tutup pulak dah sb nk servis kot.Jadinya bleh tgk ikan2 kt kolam luaq ja la :(

Adeeb seketoi tetap menten baik ja duduk dalam ni


Besaq2 ikan kap kot ka Kap Jepun ntah, lupa nak baca nama apa ikan ni.rasa mcm ikan Kap la.
Arapaima Gigas pun ada..lupa nak amik gambaq pulak.Gila besaq!!tapi besaq lagi hat dok ada kt Zoo Taiping.


Zhea, memang syok ja la nampak ikan.Tengah bagi ikan makan ni.
*Woody kt tangan tu tak lepas, p mana heret la menatang tu.

Lepas kluaq dari Akuarium tu, terus gerak ke Seberang.
P Sunway Carnival kot, ala hat dok Seberang Jaya tu.Naik parking multilevel yang pusing2 tu.
Skali zhea cakap lg skali "mama kakak ning ning ning" (makna kata dia dah tau kot rasa pening tu camna, sblum ni p Gurney Plaza, dia ckp camtu jgk bila naik parking atas).

Ronda2 situ, rasanya ni baru kali ke2 p situ.Kali ni cam best skit la p, sb masa panjang takdak nk rushing2 apa.Lagipun semua tengah mood baik (anak2 la)Takdak la shopping apa sangat, entah rasa dah taktau nak beli apa (ayat cover org takdak duit).Tapi Zhea dapat la Gitar Bruin sebijik..dah brapa kali dia mintak gitar..sb terpengaruh dgn crita Imagination Movers.Menari2 sambil main gitar.haha mcm2.

Adeeb lak dapat la mainan apa ntah macam kereta FP yang bunyi2 keluaq lagutu.
Ayahnya dapat seketoi kasut.
Ok la last beli kasut 3 taun lepas.Lepas Asar baru kami bertolak ke Penaga.Anak2 lena ja sepanjang jalan, sampai umah kenduri pun Zhea bantai lena lagi.Jenuh kejut nak ajak mandi sb dah senja.

Lepas Maghrib km pun gerak balik Penang.Keta punya banyak.Rasa mcm time orang balik lepas cuti Raya Posa pulak.Nasib la bergerak2 jgk keta.Kui 9pm baru km sampai Island.Trus ke Tesco,cari barang2 umah skit.Semalam semua pakat lena sampai tak sedaq habaq punya penat.

Ni pic masa kt rumah ja, ari sebelum tu.


Adeeb pandai kalu orang nak amik gambaq dia.Suruh senyum memang dia senyum sesenyumnya lah.Budak montel melampau sampai putuih spring2 ndoi(buai) dia..terpaksa cari spring baru :P ..oh baru ingat p Tesco tu sb beli spring ndoi Adeeb lah sama.


Mentang2 dah bleh merangkak.Rata pelusok dah pi kan.




Ni plak menu2 yang sempat di snap sebelum ngap masa cuti jgk.
Time ni ja tringat nak ambik gambar, time lain terus ngap lupa.

Sup Sawi + Daging (zhea suka la yang ni)
Peria Goreng Kunyit, best gila.Memang peberet saya peria, walau pahit tetap sedap.

Daging Black Pepper dengan tomato cherry.Sedap jugak :P


Ni pic masa balik kampung aritu, bawak MIL mai umah mak saya, sambil ronda2 tgk pokok orked mak saya.

Tuesday, February 1, 2011

Planning cuti Raya Cina

Saya tak balik kampung cuti 4 ari utk Raya Cina ni.
Sebab musabbab dia, myhuby kena kerja, sb nak ganti kawan2 cina dia yg bercuti raya :(

So, duduk di Penang saja celebrate raya :)

Mcm2 plan dalam pala otak ni, family saya nak datang dari Perlis & dengar2 myBIL sefamily pun nak mai dari Sepang.Hoyeah.

Plannya:
  • Nak beli stock barang basah banyak utk 4 ari.Kononnya nak masak mcm2 jamu tetamu
  • P kenduri umah Mak sedara hubby kt Penaga
  • Bawak family saya mandi pantai
  • Dok umah lepak2 golek2 dengan anak2
Bestnya nak cuti :P

Update yang biasa2

Hello semua,

Dah taktau nak letak tajuk apa utk entry ni.
Rasanya update yang biasa2 saja.
Ini Zhea tengah tlg ayah dia mencuci kenderaan 4 roda.Nampak chubby skit dia sekarang, ya lah berat dah 15kg.Dah mau makan dengan jayanya.Suka tengok kalu dia suap nasik sendiri.Memang saya kepal nasik siap2 berketoi2 bg dia suap sendiri.Kepal nasik bulat2 letak lauk kt tengah2.hahaha

Ni Adeeb montel lagi mengada2.Geram betoi, suka nangis jerit2.Baru lepas terbalik kan sebakui mainan, puas ati lah tu.Kalu bg kt dia sebakoi ni utk dia camoq, memang dia akan diam ja tak "hokhekhokhek" nak suh mama dok kernyeh depan muka dia.Sekarang senang, klu gamak nak mandi ka masak ka..buh ja sebakoi tu depan dia.Tapi masalah lain pulak..zhea pantang tgk adik dia kacau barang2 dia, saheh dia p rampas.


Eiiyahhh dah bleh angkat pungkok nk merangkak.Tapi versi undur ke belakang la.


Zhea kadang2 nampak la sifat keperempuanan dia (eh dah mmg pompuan pun), kalu saya lipat kain..dia pun mai lipat skali."kakak hap mama" (help).


Ok la lipat sapu tangan sendiri.Macam jadi jgk :P


Dah lipat susun2.Baguih anak mama tunggu besaq skit, byk lg kerja mama nk suh tolong nanti.


Ini lauk kari kepala ikan.Bukan saya masak tapi mak saya yang masak.Saya tapau dari kampung masa balik kampung baru2 ni.Tengah perangan nak makan time dinner semalam.Sangat sedap tahap max tiada tolok bandingnya lagi.Skrg kalu balik kampung saya suka2 suh mak saya masak lauk banyak2 sb saya nk bawak balik Penang.Mak saya pun macam hepi2 ja nk masak kt anak dia ni.


ni pulak, daging goreng yang saya tapau dari mak saya jugak.Senang tinggai perangat saja.Kadang2 saya cuba tiru masak style mak saya ni.tp jarang2 jadi..kadang2 over masin..kadang2 daging liat mcm nak patah gigi ja.Saya ni tak pandai lagi la urusan beli2 daging ni...slalu dapat daging liat kemain.menyampah betoi.Tapi ni mak saya masak sambil2 pun sedap kemain.Sb itu ayaq tangan emak.Masak apa2 pun sedap.

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...