Friday, October 29, 2010

Adeeb tarik rambut kakak!





Adeeb skrg dah pandai tarik2 rambut zhea, kalu zhea p dekat dgn dia.
Zhea pulak dah pandai buat lawak2 ganas dengan adik dia..siap main hempap2,siap kena marah lg la..
Zhea jgk dah pandai marah2..tgk yg last2 tu dok bi ba bi ba,,entah mana la blajaq..geram lah jgk

Tuesday, October 26, 2010

25 Petua Dan Tips Nak Bagi Anak Pandai

*COPY DARI SINI

1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagudalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggerisseperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.


2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik satu Parent One Language. Maknanya sorang kenalahcakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua-dua bahasa, InsyaAllah.

3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.

4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorbansedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku-buku dan lain-lain.sumber untuk menagajar.

5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakangambar atau imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka.

6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahirdalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.

7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.

8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.

9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasaInggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.

10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.

11. Dapatkan sokongan suami atau isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang-sorang . Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapaatau mertua anda untuk sama-sama membantu. Kadang-kadang mereka ini lagi fasih dari kita.

12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.

13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.

14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber-sumber yang telah anda bayar. Pilih rancangan-rancangan di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan SesameStreet, Noddy, Bob The Builder ke dan lain¡KKalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.

15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih sukabermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik-teknik pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila diaorang boleh beri lebih tumpuan.

16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. lepas tu tearngkanlah kepada mereka dan kemudian anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkankepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.

17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!

18. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula-mula saja v dia pening tapi dia akan cepat sedar yang merekamenggunakan dua bahasa.

19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.

20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia.

21. Kalau anak anda sebuat tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.

22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kadang-kadang kita ni tak sempurna. atau kadang-kadang benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.

23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni suapaya ada imej atau gambar. Senang sahaja nak buat.Belije kad2 untuk buat nota yangbersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.

24.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macamyang di gunakan setengah orang. Ini boleh membantu anda ¡¥berfikir¡¦ bahasa Inggeris.

25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat-tempat yang sesuai sepertiletak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingatapa yang perlu disebut.

**saya tak pandai..tp salah satu usaha supaya anak2 saya lebih pandai dari saya :P

sharing is caring kan




Monday, October 25, 2010

Bawa Adeeb cucuk

Jumaat malam yang lepas, bawak Adeeb jumpa Dr Lim sb ada appointment utk follow up & inject dia sekali.dah tak ingat cucuk utk apa, ikut ja urutan kat Baby Diary tu campur skali dgn ubat Rottavirus ..haha yg ingat kena amik pneumococoal lg 2 minggu termasuk lah cik zhea kita :P taktau la zhea..lama dah tk kena cucuk nk meraung meronta cemana la nanti.
Utk Pneumococoal, zhea kna amik 1 dos ja, sb dah besaq, adeeb kena 3 kali cucuknya..huwahuwa..
Zhea kalu bawak buggy ni, dia akan wajib naik punya, sebab kedekut hangit tak bagi adik dia naik..skit2 "kakak punya, kakak punya"..ala zhea tau la..smua nya barang zhea..tp jgn la kedekut sangat..
tengah sebok baca brochure2 apa ntah
*dahling saya jgk makin montel..bagus2..makan la byk2 lg!montel baru menampakkan wajah bapak beranak 2..akakaka (gelak jahat)
Adeeb time ni dah mengantuk kow2 punya..dok huwa huwa menguap..

Montel sangat lah adeeb ni.Tp takpa la montel pun..senang nk pegang

Masa kena cucuk..keryau meraung yang sangat2 kuat..sian plak..rasa sebab sakit + mengantuk lah sama..

**malasnya nk menulis..tunggang langgang sb malas nk karang ayat elok2


Favourite terkini!

Latest filem2 katun kegemaran anak dara saya!!!
Yeayyyy, dia lah penkonker TV skrg, abis la penat ja bayaq bil astro sebulan sampai rm120, tp tak dapat tengok sepenuhnya.Kena tunggu dia lena atau ralit benda lain baru bleh tukaq channel *geram

Pengsan, dia ja tgk tv sorg..saya kalu nak tengok berita ka drama2 dari channel biasa yang bukan astro..terpaksa la bukak tv 14 inci yg gambaq merenet2 berbintik2 tu..takpa la zhea tunggu bulan depan mama dpt B, kita bli portable dvd player utk zhea sorg konker la puas2 ok!layan la katun sampai lebam*

Katakanlah salah satu DVD ni ilang ka p mana, dia akan mengamuk2 cari jgk sampai dapat.
So far nampak yg super peberet dia Cars la..2nd Open Season 1 & 2..pandai plak..mula bukak OS1 pastu..sambung OS2..tau plak ikut urutan.

Ni ja lah pebebret saya buat masa ni...belek2 & brangan2..tapi ni semua magazines taun lepas..haha nk bli hat taun ni asyik terlepas ja..p kedai..dah takdak..yg atas sakali tu..baru tgk sekali..dok brangan nk ulang tgk..tp asyik takdan ja..

Ni meja study zhea, baru ja beli kat Giant Doremon ja pun rm49.90..asalnya nk pesan kt member suh bli kt kolumpo kedai hat glemer2 prabot cantek tu :P..tp dah zhea nak hat ni..ok ja lah.save duit mama zhea oit.


apa ni zhea, atas meja periuk pun ada!Baca buku sambil masak ka?


*akhir sekali sesi mempoyo dengan pintu baru bilik ayaq..hehehe
Frame pintu tu blum siap cat lagi..patutnya kaler putih baru matching..terbengkalai masa sakit nak branak Adeeb tu dlu..haha


Friday, October 22, 2010

Update yang biasa2 sahaja

Minggu lepas balik kampung, biasa la cuti sabtu ahad.Best dapat makan ketupat pulut dgn gulai daging & gulai ayam kampung..fuh..makan sampai ketitisan terakhir..sedap sangat, mak mertua terchenta masak la katakan :P.Konon alasan masa raya tak puas makan ketupat.
Jadinya dah balik kampung tu, kain baju saheh bertimbon nak di basuh, disidai,dilipat..tgk lah ni..selambak..stok 2 ari saja..haih..baru anak dua dah selambak camni..camna kalu anak 5, saheh takdak ruang nak berjalan dah lam rumah..penuh kain baju saja..herm..lipat baju keja paling malas..kena btoi2 mood mai baru bleh buat..kalu tak..lantak la terpernyok kerdot seribu..biaq ja tang tu :P
Tapi ni tadi lunch time, rela balik umah untuk melipat 2 gunung ni..bkn apa..sian tgk myhuby sampai terkorek2 dah cari baju tk jmpa..hehehe..kalu korek2 cari baju ja takpa, ni tolong sepahkan skali..aiyark...
Kipas kt master bedroom..awat jadi lagu ni...ha..dari 4 blade tinggai 2 blade saja..harus tnya encik cukri tersayang lah ni...nk marah pun ada..nk tergelak pun ada..dia p bukak pintu wardrobe baju hat pintu atas tu..time tu kipas tgh ON, blade kipas dah terkena pintu wardobe..pang..patah..bengkong dan sewaktu dgnnya :(
Nasib la time kejadian anak2 dok kat luaq..kalu dok lam bilik..nauzubillah..

Bentuk asal
Tak kira, tak kira, saya nk kipas yg sebijik camni jgk..jgn p bli cap ayam ka, kuda ka,,takmau2..jenuh la la ni mlm2 kt bilik pakai ekon ja..bkn sb pikiaq bil api melambung ka bulan ni..tp risau kt Adeeb yg alah ekon tu la..mula la bringus.. :(

zhea anak dara tersayang..yeyeah..dah pandai bilang 1-10 sendiri..*clap2
kalu tak..mama dia kena sebut "satu" dia sahut "dua"..dan seterusnya....
tp semalam dah bleh bilang sendiri sampai "sapuloh" bagus! (ala biaq la skali skala saya nk poyo *bangga dgn anak sendiri)

*manja melampau2 dgn ayah dia, mama nk buat camni sama pun tak bleh :P

Adeeb???menten dgn memontelkan diri dia.

Friday, October 15, 2010

Kakak Zhea sayang

Zhea anak mama sayang,
dah besaq dah kakak sekarang,
dah 2 tahun pun,
Berjalan,berlari,melompat,memanjat semua dah pandai,
Dah pandai jeles2 kalu kadang2 mama tengah menyusu adik, dia pun kalut nak "bumbum" atas riba mama, (selalu saya akan cuba riba dua2 bila dua2 nak perhatian saya)
Dah pandai pilih baju, kasut mana nak pakai sendiri,kadang2 sampai gaduh2 la zhea ngn mama, sb mama tak bg zhea pakai baju tu, kecik, singkat, kasut pun sama..dah ketat, tp zhea nk jgk pakai lg, kdg2 nak pakai kasut bulu2 yang pakai dlm rumah tu, nk pakai p keluaq pulak.Skali ari tu siap pakai p Spital Pantai..hahaha (ala kasut bulu2 yg org pakai dlm bilik tidoq tu)
Pandai GIGIT adik! hehehe..baru ja semalam zhea dah berjaya gigit kepala adik,padahai 4 ari lps pun dah gigit jari adik sampai berparut, tapi mama paham, bukan zhea tk suka adik, zhea geram2 ja sb tgk adik ni montel sangat dan kadang2 mengada2 asyik nk suh mama riba or angkat ja, mengada sangat tau, lagi pun, zhea selalu nampak ayah suka main geram2 buat2 gigit2 adik, sebab tu zhea try kot , tak sangka adik akan menangis sekuat2 nya..sakit rupanya..sian adik..mcm2 la zhea ni..tapi skrg memang hobi dia menggigit pun, tgh testing kemantapan gigi kot :P




Zhea jgk dah pandai CAKAP banyak..


Semalam, tengah2 nak bagi dia tidoq, dah tutup lampu, nampak dia macam dah lalok2 dah pun.
Saya pun apa lg, ambik la hp bukak fb thru hp n etc..mmg dok tiktok2 kt hp ja la..
Skali zhea kalih tgk muka saya:
Zhea:Mama, ltak phone, ltak2 (sambil tunjuk bawah bantal, mmg mlm2 saya akan letak hp bwh bantal)
Saya:Napa pulak?Zhea kan dah nk sleep?

Zhea:ltak ltak, kakak nak shu (susu), meh meh jom bkak pintu (versi pelat2 la tp mmg bleh paham pun)

Yang rasa nk tergelaknya, dia maybe menyampah kot tgk mama dia ni..skit2 nak surf intenet bla bla..pandai pulak dia suh saya brenti main hp :D

Zhea sebenarnya dah boleh ckp mcm2 dah cuma pelat2 bahsa budak2 la..Kalu dulu, dia banyak mengajuk ja apa org ckp..kita ckp..dia akan ulang balik..

Skrg ok dah..kdg2 saya dok kat dapoq..dia mai "mama batpa" (buat apa)


Seronok tgk perkembangan anak2 macam2 kerenah, kadang2 penat pun jugakla bila sorg2 buat prangai.Adeeb lagu prangai dia plak, jenis nak suruh org dok kernyeh depan dia ja.Macam2..



Wednesday, October 13, 2010

Adeeb admitted~kahak melampau banyak

Hello semua,

Dah banyak ari tk update apa2 kat sini.
Busy, busy dgn urus family, entry sblum ni saya ada bgtau yg semua pakat tak sehat kan.Ingat kan dah nk sehat dah semua skali, bertambah teruk plak.

Zhea nasib dah ok, demam sat kemudian dah lega, tinggai batuk2 skit ja.Tapi arini tgk dah ok dah, tak dengaq bunyi kong kong kong dah pun.Alhamdulillah.

Adeeb plak, memang tak demam.Tapi batuk dia tu mcm makin teruk, rasa nafas pun bunyi lain macam ja.Ada sekali pagi Jumaat minggu lepas pukui 2am..dia jaga trus meraung kuat kemain..hek hek hek ja...angkat dukung tk kena, bagi susu pun still keriau lg, sampai Subuh baru dia bleh lena balik.Saya tau mmg dia tak selesa dengan kahak2 tu, pg tu sblum Subuh dah bg ubat makan n nasal spray..sb tu yg baru dia bleh lena.Pagi tu saya mai kja mcm biasa, dan antaq anak2 p umah kakmidah macam biasa.Ingatkan takpa la...

Skali dah pukui 2pm tu, kakmidah called, dia dengaq Adeeb nafas pun macam nk tercungap2, macam nk kena athma pulak.Macam tak sedap ati, dgn kerja kat opis pun banyak,mula2 ingat nk bawak Adeeb jumpa dokter Lim malam la..tp entah tk sedap ati lagi..trus called direct he hp dokter tnya pendapat dia..dokter suh mai cepat ke hospital, sb skrg byk kes baby kna pneumonia, maybe sb cuaca tk berapa elok lately.Pukui 3pm trus balik dari opis amik huby,Adeeb & Zhea.

Sampai hospital pantai, laju2 ja jalan ke bilik dokter lim.Sah la kahak sangat byk kt dada Adeeb.Dokter siap bg saya sendiri dengar pakai scope.Siannya, harus kena nebuliser every 4hours & terus kena admit :)

Mula2 saya mcm tk brapa nak bagi masuk ward, bukan apa, nanti sapa nk jaga zhea pulak.Tapi nasib lah ayah dia boleh jgk amik cuti.kalu tak..jenuh la jgk..kiranya saya jaga Adeeb kat spital, Zhea pulak, ayah dia yg handle :P

Ermm..layan gambaq lah pulak, tak reti nk merepek meraban apa dah kot.

zhea, kalu mai sepital mcm hepi ja, sebab mainan banyak!

"good..good" tangan dua2 kena angkat cam dalam gambaq tu kalu sebut good..haha .Time ni dia baru lepas bilang one two three sampai ten dan harus sebut "good" sama jgk kalu bilang satu...dua..tiga..

Adeeb memang nak berdukung ja time ni, tgh tunggu turn nk jumpa dokter..keryau keryau keryau..last2 terlena atas ayah bahu dia


baru lps kena nebuliser 2x, baru nampak dia hepi skit, zhea biasa la dok dalam ward lg la syok, lompat2 atas katil, check bilik ayaq, peti ais,lompat atas sofa sampai jatuh gedebuk n keryau tahap max


lepas kena nebuliser lg, mlm tu dia lena nyenyak senyenyak2nya termasuklah mama dia :P




memang lena ja byk, ubat yg dokter bg super mengantuk kot.


dah bersiap nak boleh balik umah, tgh tunggu org farmasi antaq mai ubat & bil.

wah...lega nya bleh tidoq kt umah, abis la "holiday 4d3n @ Pantai Hospital Penang :P
harap2 jgn la ada kna p tidoq situ lg utk kami anak branak.
.

Monday, October 4, 2010

tak sehat

zhea-dr ari jumaat badan dah suam2 panas.minum susu pun dah tak selaju 9oz skali hirup :)
Pg sabtu & ahad dh kna masuk ubat ikut pungkoq.ptg ahad dh npk kurang panas.tapi smpai sekarang batuk & idung beringus.

Adeeb-ruam kat badan naik balik.batuk & beringus jgk.nasib tak demam.

Mama-demam dari ari sabtu,tapi temperature tak tinggi sangat.cuma lenguh2 badan yang kronik.sakit abis sendi2 tulang dan juga selsema yang kronik.dapat tau pulak anak jiran warded dah 3 ari demam denggi.takut jugak sebab symptom mcm ada.tp ari ni saya dah makan ubat,rest,tidoq macam dah ok sikit.doc cakap saya ni stress tak cukup tidoq.

Ayah-so far sehat dan kuat bagai johan.kalu boleh jangan la sakit demam apa,sebab skali dia sakit,teruk!

Friday, October 1, 2010

Jamuan Raya Di Opis

Jamuan raya deparment saya taun ni.
Ok la best jgk, mcm2 ada sendat perut memakannya :P
tetap nak tayang mee goreng yang saya sendiri buat jgk!!

Cheese Cake

Chicken Pie ka Makaroni apa ntah ni



Kek Coklat, Noorjan buat, sedap jgk bleh la tempah pasni :P


Kek lagi


Rendang Ayam


Nasi Impit


Ketupat Pulut sedap gila (dah memang hantu ketupat pulut pun)




KFC pun ada




sorry la org dlm gambaq,sebenarnya nk tnjuk makanan2 tu ja :P











Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...