Thursday, September 23, 2010

Zhea~Adeeb~Eczema

Hello Semua,

Erm..tak tau nak mula into mcm mana, kadang2 buat entry main terjah ja.Lantak pi la kan.Saya menulis ikut apa yang terlintas dalam pala otak ja ni, tak daknya nak main2 double check balik, ayat ka spelling ka, semua hentam keromo.Dah nama blog sdn bhd, so ikut style sendiri lah kan :P

Sebenarnya nak carita pasal anak2 saya ni, pada yang tak tau Zhea ni special skit kulit sangat sensitif, siap penah masuk ward jadi ruam2 la, lebih specific lagi Eczema.Dah jumpa pakar kulit segala,cream dia saja rasa ada dekat 20 jenis kot dah try, mula2 pakai ok, lama2 jadi balik.Ala dokter ckp mmg payah nak hilang, maybe umur dia makin besaq pelan2 hilang la.Ok la cuma mmg kena special care sikit la kat anak dara saya tu.Sabun mandi,syampoo,losyen semuanya "special" skit, ya la harga lg mahai, losen mak dia pun Jonsen yg murah2 tu ja, losen dia dah dkt r,40 sebotoi, skit lak tu.Kena bli 2 botoi satu untuk kat rumah, satu lg kat rumah KakMidah.Tapi tak kisah la, janji eczema dia tu makin sembuh.Tapi, la ni nampak ok dah sikit, dah bagi macam2 vitamin, & apa dia makan pun kena jaga la skit.

Adeeb..paha berkelaq2 haih, dah nk obesiti dah dia ni.aiyarkk!!
zhea kernyeh, gigi dah penuh, suka gigit paha orang pulak,kadang2 ada jugak percubaan nak gigit paha berkelaq2 adik dia, tapi mcm nak main2 ja la, suka acah2 org mcm nk gigit adik dia :P Jangan buat betoi2 dah la.

Adeeb..ish sampai lagu ni la jadinya penangan susuibu lah kot, tp tk semestinya baby minum susu ibu akan debab, ikut gen masing2 lah kot.
kemarin kat sepital timbang dia 8.4kg!

Ok...nak bercerita bab Adeeb pulak,dari lahir sampai 3 bulan memang kulit dia "kebai" la org tua2 kata.Kena susu kat pipi pun tk jadi apa2..kadang2 time menyusu abis belemoih muka dia dgn susu, tak dak la nak jadi ruam susu ka apa, memang nampak macam kulit tahan la.Nappy rash pun takdak.Memang senang la, mandi pun pakai sabun Jonsen biasa ja mmg takpa.Dok agak kot dia lelaki kulit kuat skit, zhea pompuan sensitif la sikit.

Sekali..lepas raya aritu..cemana ntah ayah zhea beli sate kambing, kami pun makan la secara berjemaah berdua..hahaha..sedap jgk lagipun saya memang penggemar kambing..eh kami laki bini memang hantu kambing la :P.

Lepas 2 hari perasan, awat la byk ruam sangat naik kat kepala Adeeb ni,assume..ala panas cuaca la ni..esoknya..naik penuh muka..siap perut lagi..ruam halus2 mcm measles ka apa ntah tu..call mak saya kat kampung..dia ckp kot nak naik campaq haluih la kot..siap suh cari daun asam daun mambu segala..mana nak cari mak kat sini, tak kenai pun sapa hat dok kampung :P

Petang tu tak puas ati tengok Adeeb mcm nak garu2 ja.Gatai miang la kot, bawak p Sepital ja lah jumpa dokter.So, dokter sahkan yang Adeeb pun clone kakak Zhea dia..kena Eczema jgk..agagaga..saya ckp la kt dokter "eh doctor saya ingat dia kulit normal, nampak mcm ok ja..sekali kena jgk"...hahaha .Tapi rasanya kulit sensitif ni mai dari belah family saya, mak saya pun kulit sensitif kena ketit nyamok skit pun berjenuh nak lega, parut kemain lama lg nak hilang,adik saya pulak..skit2 jadi kelopak garam la apa la..saya pun tk kurangnya jgk..kecik2 dulu mana boleh makan ayam ka seafood sangat, terlioq ja tgk org makan tapi dah mak saya jaga tak bg makan jgk, kalu makan abis la gatai2..nasib skrg dah ok.Tapi dia p kat anak2 saya pulak..gegege..Sian Adeeb , mama taktau kata kambing tu tak bleh makan, so mama bg Adeeb makan sama (breastfeed) :P

Harap2 Adeeb cepat sembuh okeh.

No comments:

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...