Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Salam Semua,

Sat ja lusa dah nak raya kan.Ramai pun dah gerak balik kampung.
Saya still kat opis lg ni *sedeh hahaha.
Tapi takpa satg dapat balik awal sebab dah amik halfday untuk hari ni.Pukui 12.30 dah nk keluaq opis, p Petronas isi Touch n Go, balik umah sambung packing barang.Barang2 anak2 dah siap isi dalam keta lepas sahur tadi.Tinggai barang2 mak n ayah budak belum lg.Penatnya la haih...Satg huby balik pukui 3pm,kami siap2 terus amik anak2 kt umah KakMidah, & mulakan perjalanan balik ke Perlis.

Dengan lebih specific balik Beseri (umah mertua) dlu.huwahuwahuwa.Saheh banyak ja kereta kat highway kan.Ala klu keta banyak tak kisah, cuma jgn jem tk bergerak2 dah la, mau penin kepala.Mlm ni family saya n family adik myhuby akan sampai dulu kat kampung.Mlm esok maybe family abang ipaq saya dr Sepang nun pulak.Sronoknya ramai2 kat kampung.

Belah family saya, adik2 saya dah sampai kampung dari ari Sabtu lepas pun.Saheh la ni depa dok kalut mengamas umah tolong mak saya kan.haha "turn hampa plak no, dulu kaklinda yg mcm nk pengsan mengemas, la ni hmpa plak take over, mau tgk pagi raya umah cun ja, tp rasanya tk bleh lawan kaklinda mengemas lg best kot" hahaha tkpa la yg penting rumah nampak lain skit sb raya punya pasai.

Saya akan bercuti dari 9 sampai 15 September ja.16 dah start keja balik :( mesti ada org heran awat start 16 hb kan cuti Malaysia Day...sebenarnya kampeni kami p ganti ke 9hb maknanya esok dah public holiday and 16hb tu keja mcm biasa la.Ha..pasai apa saya tk cuti direct sampai 17 Sept tu, sb malas nk amik cuti sorg2, sb my huby dah tak dpt cuti panjang..16 dia pun keja..so saya pun ikut skali la cancel nk cuti panjang2 :( tk bestnya.Tapi tkpa la, ok lah tu cuti raya dah seminggu..jadi la..raya ke6 baru balik penang.

Ok lah dengan ini saya nk ucap kan Selamat Hari Raya Aidilfitri kt semua yg membaca blog saya.Maaf andai ada salah dan silap.Dari kami>>>Linda,Kri,Zhea & Adeeb.Raya jangan tak raya tau :)

Blog pun akan bercuti raya jgk la nampaknya.

No comments:

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...