Tuesday, August 31, 2010

Zhea~2 years old

09.08.10 tu zhea dah cukup 2 taun.
Besaq dah anak rasa saya ni.
Besday dia taun ni jatuh pada 2 ari sebelum posa, ari Isnin ari2 bekerja plak tu.
Jadinya kami celebrate ber4 saja.Balik keja terus singgah kedai beli kek sebijik, alah yg 500g ja, nk beli yg besaq jenuh pulak sapa nak prabih.Beli kfc & beberapa jajan untuk zhea.

Walau pun celebrate kecik2 dia punya suka, ala rasanya dia pun belum paham betoi2 yg aritu besday dia.hahaha..takpa la asal zhea happy dah la.Semoga zhea menjadi anak yg baik, mendengar kata,cerdik pandai, solehah dunia dan akhirat.Insya Allah lepas raya nanti baru nk buat makan2 skit panggil kawan2 untuk celebrate besday dia + house warming + Raya skali.Insya Allah kalu ada rezeki lebih.



Orang beli kek, jajan semua dia p hentam makan kentaq putaq ja, kek pun tk mau.Diet sungguh anak dara saya ni.



Zhea jugak dah pandai mengasuh adik *tipu.
Tak la dia pantang tgk saya hayun ndoi adik dia..dia pun kalut la mai..nak hayun sama :P




Tengok2 muka puas la, sb mama bagi kepercayaan kat dia nk "ngasuh adik.Punya la suka, siap zikir sama2 lg dalam bahsa dia.


Jarang la dia nk buat bukan2 or pelik2 kat adik dia.Kadang2 saya busy kat dapoq terpaksa tinggai depa dua depan tv, so far ok la, tkdak apa2 kejadian yg tak diingini.tapi saya still dok jenguk2 jgk depa, mana la tau..kot dia mai buat geram kt adik dia.

Berat sekarang 12.5kg, tp nampak kuruih ja.Memang zhea ni slim la, takdaknya nk montel2, mana taknya, siang langsung tak mau lena, harap tidoq malam ja, camna badan nak naik.Nasik pun makan ikut mood.Time dia lalu, sari sampai 3 kali mintak nasik, mau time dia tk mau, siap tutup mulut la time nk suap, takpun tepis pinggan *dan terus kena marah* ha3.Kalu dia mintak nk suap sendiri tu bagi ja, tp yg masuk dalam mulut tu tk byk mana pun, banyak jatuh ke lantai ja.
Zhea dah kira bleh bercakap skit2 la, kira dah bleh ckp byk perkataan dalam satu ayat.contoh,"Mama ngun, jom p mik Yum" (mama bangun, jom p ambik calciyum) or "Ma adik kai" (mama adik cry).Kira ok la, sb dah paham kdg2 apa yg dia nak.Tapi bila mai time dia membebel bahasa dia, memang tk ketahuan nk paham jugak.
Lagi satu, dia memang hantu tv.Tapi nak tengok channel fevret dia ja lah.Cuba la p tukaq channel saheh dia hangin ja.Takpa lah dia tgk pun channel 613 PHDC, rasanya memang byk membantu dari segi learning process dia pun.Macam banyak ja benda dia blajaq kat cerita2 kt situ.Ok la tk reti la nk crita panjang lebaq bab tu.
Sangat2 sayangkan adik dia, sikit2 nk kiss la,adik nangis ja terus mai terpa tnya "awat awat", kalu saya dok jauh sikit time adik dia nangis dia pun kata "sat sat" kt adik dia..comei ja tgk kelaku dia.
Ok lah zhea sayang, apa2 pun moga zhea terus membesar menjadi anak yang baik, kakak yg penyayang & serba serbi yg terbaik.Dan juga sehat2 selalu.

No comments:

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...