Wednesday, May 28, 2008

Perihal anak

ihik...tajuk..cam best ja kan...
skrg ni..dia aktif sangat2 la..sampai aku pun siap beradoi...kalau dia kick kuat sangat tu...

Tuesday, May 27, 2008

Dah lama tak memblogkan diri

tajuk..amboi...sb dah taktau nk tulis apa sebenaqnya...
lama dah rasa aku tk update blog ni..bukan tkdak masa...malas sebenaqnya...
ari ni baru ada mood nk update...ni pun sebab dah kna balik lambat...
sb td mai sayup...sb apa tau...sb p check up..sb apa lambat tau...sb..nurse klinik gomen lembab mcm taik..hish hish hish...jahat aku ngutuk..tp dpa mmg lembab la...ada ka nk check sorg2 patient..ambik masa bukan main lama..sembang pokpekpokpek..gelak2 sakan la...cemus...tk pasai aku menganga sampai kui 10 kt situ..dah la p awai..kui 8 lg...

ermm...nk crita...last week aku kena buat MGTT..sb nurse suspect rahim aku besar dr minggu yg sepatutnya..so kna minum ayaq gula...result dia..cewah..cun skali..ambik hg..8..nurse marah..kena buat BSP(blood sugar profile)..huwahuwahuwa...kemarin aku ambik leave semata2 nk p check ni la..satu ari kena ambik sample darah 4 kali..kui 8,12,5,9..penat saya..nasib result dia ok ja..legha.....

doc ckp..size baby sama cam minggu kandungan..legha nya dgr...
baby pun dah makin kuat bergerak..rasa dia dah pusing ni..sb rasa byk gerakkan kt dada aku ni...mayb kepala dah kt bwh..harap2 smua ok...

ha..lg satu..smua brg baby 90% dah complete..aku dah siap basuh baju baby dah...comei sangat bila nmpk dok gantung2 kt ampaian...hehehe...hubby pun cam suka2 sangat2..aku dah siap basuh..lipat n letak dalam beg..nanti nk letak beg tu dalam keta la...aku dah 7 bulan..so bersedia....

I lep my hubby very much...sb dia kan...terlalu baik..sayang dia..

Tuesday, May 13, 2008

Tempek Gambar

kenapa aku tk tempek apa2 gambaq:
*sb malas ambik gambaq
*sb tk install software dia lg
*bluetooth ni mereng..

Friday, May 9, 2008

Ada satu garis saja nampak,anak pompuan la ni

ehem...dah nmpk dah...satu garis saja..girl latu..kalau boy ada dua bulat2..huhuhu..tergelak besaq aku dgq ayat doc cina ni..hehehe...

td lps p klinik kesihatan bayan baru buat MGTT..trus...pederas p ke klinik tan pakar wanita..dia merupakan visiting consultant at hospital pantai...n dia merupakan gynae aku dr mula2 kawen..1st year masa aku conceive pun buat lps dpt nasihat n ubat dr sana (eh smua tu rezeki Allah bg cuma dia bg jalan melalui doc tu)..tp tklama la..rezki tu...


oh anak dara mama...girl ayah dia ni...wink wink...
masa tgh dalam bilik doctor tu..aku asik gelak saja....tgk muka hubby..mcm dok senyum lam ati ja..hehe..tau la tu...suka..sb tgk anak dia..doc siap ckp.."fuh dia ni gerak kuat ya'..lg serngih si ayah baby ni...hubby aku dok control ke "hepian" nya...

kluaq ja dr klinik...aku gelak sakan..dia pun sama..hehe...

doc ckp:
*possibility girl..sb ada satu garis..aku pun nmpk clear 'anu' tu...pastu doc siap betting lg..kalau salah dia refund balik duit...klau btoi kna blnja dia..makan kuih..kuih ja..tak kisah la doc..hehehe..
*ikut scan baby dah 26 weeks..so follow the EDD 18.8.08 (cun kan tarikhnya, tp kalau 08.08.08 pun cun jgk..apa2 ja la janji slamat)
*alhamdulillah smua nmpk 'okay'..alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah...

balik umah hubby dok tnya list2 nama2 baby girl pulak...
n paksa aku cari nama n maksud proposed kan kt dia.....actually aku ni suka nama pelik2 yg org jarang letak..tp make sure kna ada makna yg elok la kan...
dah jmpa dah beberapa nama..hehehe...


**ari ni aku gatai ponteng kja..fuh..mereluh sakan ptg td...sampai kui 7 baru bangun...siok skali...

Wednesday, May 7, 2008

alamak..tak jd p la..

konon2 semalam dah buat appointment ngn clinic utk buat 2d scan..kui 8pg lagi...
skali hubby balik kja kui 11 tu..dia kata "tak awai sangat ka nk p,tunggu saturday ja la"..hukhuk...ok aja...

tp ok jd tk p pg ni...semalam ujan lebat...lena tk sedaq habaq..bangun pun dah kui 8...hehehe nasib ujan..nyenyak aku semlm..kalau tk panas sangat...alhamdulillah..kerna tuhan menurunkan ujan...

semalam aku mimpi...aku dah nk kena paksa bersalin..siap time tu baru 25 weeks...mintak simpang la..benda2 tk elok ni...amin....

lg satu crita...ari ni ari kedua aku bwk bekal mai kja..hehehe...
bukan apa..tk larat nk jalan jauh2 semata2 nk cari kdai makan yg best...
aku pun bukan larat sangat la ni..jalan pun dah mcm pinggu...huhuhu...
masak simple2 ja la..
semlam buat sambal tumis teloq..ngn ikan goreng..
ari ni..sambal sardin n teloq dadar...

alhamdulillah,..kenyang...

Tuesday, May 6, 2008

Ketidaksabaran...

patutnya aku dah janji ngn hubby nk buat 4d scan bila cukup 7 bulan...
tp hati ni gedik2 ja nk tgk dia masa 6 bulan...cam tk sabaq nk tau gender dia...
harap2 smua ok..boy ka girl..smua tu anugerah Allah..

Bicara Hati Seorang Ayah

aku baru lps baca blog asben pada si..VxxxP ni...
""Setiap pasangan yang berkahwin secara sah pastinya inginkan kehidupan berumahtangga mereka disulami dengan hiruk-pikuk kelakuan anak-anak. Tidak semua dari pasangan yang berkahwin itu menikmati kehidupan tersebut. Ramai yang berusaha untuk memperolehi anak, namun ramai juga yang gagal. Mereka ini tidak henti-hentinya untuk terus berusaha bagi memperolehi zuriat mereka sendiri. Bagi aku… anak itu merupakan satu kurniaan Illahi dan bukannya satu keistimewaan yang boleh diperolehi sebaik berkahwin!.

Aku terpanggil untuk merakamkan detik-detik Allah menyempurnakan kurniaanNya itu kepada aku dan isteri. Kami tergolong dalam kumpulan pasangan yang telah dirahmati Allah dengan kurniaan berupa amanah itu…

Aku mengakhiri zaman bujangku agak lewat, memasuki alam 30an, dan isteriku baru sahaja tamat konvokesyennya tika itu. Lama kami berusaha untuk mencari kurniaan Allah itu. Berusaha hampir 2 tahun! Pelbagai kutukan dan kata-kata sinis telah kami telan selama itu. Alhamdulillah, akhirnya Allah menyempurnakan rahmatNya dengan mengurniakan kepada kami Alesha Abriza sebagai amanah pertama untuk dipelihara. Namun perancangan Allah, Dia ingin menguji kemampuan kami memelihara kurniaanNya itu hanya selama 5 bulan.

Alhamdulillah, kepercayaan Allah kepada kami rupanya tidak berakhir setakat itu. Sekali lagi Allah menyempurnakan keyakinanNya kepada kami dengan mengurniakan An-nisa Abriza.

Detik-detik kelahiran kedua kurniaan Allah itu adalah amat bererti bagi ku. Merekalah ubat lelah, menghibur rindu aku selama ini. Aku kira, rugilah bagi sesorang lelaki, seorang suami, seorang ayah sekiranya tidak bersatu didalam menyambut kelahiran kurniaan Allah ini.

Alesha Abriza adalah anak yang paling mudah dilahirkan. Pada petang Rabu sebelum Lesha dilahirkan, kami masih lagi boleh berjalan-jalan di sekitar Taman Perdana Putra sekitar bukit Istana Melawati, Putrajaya. Berjalan turun naik bukit tanpa ada sebarang tanda-tanda isteriku sakit untuk melahirkan. Malam khamis itu, kami masih boleh ke pasaraya membeli-belah dan pulang dengan merebus beberapa tongkol jagung yang kemudiannya dinikmati di hadapan TV.

Sekitar 3 pagi, isteri ku terjaga dan menyatakan yang dia terasa ingin ke tandas untuk buang air besar. Namun tiada apa bahan buangan dikeluarkan… kami tidak mahu mengambil sebarang risiko, terus ke Hospital Putrajaya. Kami tidak Hospital Putrajaya sekitar jam 5 pagi.. Nah!!! Rupanya pintu rahim sudah terbuka 2 cm. Tetapi kata jururawat, masih awal lagi untuk melahirkan kerana belum ada tanda-tanda sakit melahirkan dan kemungkinannya isteriku bakal melahirkan sekitar lewat petang atau malam nanti. Beliau mengarahkan aku pulang terlebih dahulu kerana nanti sekiranya terdapat sebarang tanda-tanda untuk melahirkan, mereka akan menghubungi aku.
Tika aku berjalan ke kereta, dek kerana azan subuh telah berkumandang, aku terus ke surau Hospital untuk bersolat subuh terlebih dahulu. Sebelum ku mulakan solat subuh, aku bersolat sunat terlebih dahulu memohon untuk dimudahkan isteriku bersalin serta menyatakan kepada Allah yang aku mengampunkan segala dosa-dosanya kepadaku. Aku kuatir nanti isteriku susah pula untuk bersalin.

Belumpun sempat aku menyarungkan kasut, pihak Hospital telah menghubungiku dan memohon aku segera ke hospital semula. Mujur aku masih di surau Hospital tika itu.

Sesampainya aku di wad bersalin, mereka menyatakan bahawa isteriku telah dibawa ke labor room. Aku diminta untuk menandatangani dokumen untuk bersama isteri ketika melahirkan serta diberikan penerangan berkaitan dengannya. Sesampainya aku di labor room, ku lihat isteriku berseorangan dan dia berada didalam kesakitan. Baru seminit dua di situ, ku lihat ubun-ubun kepala baby sudah mulai tertolak keluar!! Allah!! Isteriku sedang melahirkan… apa nak buat ni!! Mana semua doctor dan jururawat!!...panik benar aku saat itu. Alhamdulillah, disaat-saat aku panik itu, seorang jururawat yang secara kebetulan masuk ke bilik kami itu untuk mengambil sesuatu dari almari terlihat situasi isteriku yang hampir melahirkan itu. Keadaan terus menjadi kelam kabut dan didalam suasana itu Alesha selamat dilahirkan… begitu pantas! Tidak sampai sejam iseriku di dalam labor room.

Disaat aku meng'iqamahkan ke telinga kiri Lesha itu, serentak dengan itu air mataku berjuraian jatuh. Buat pertama kalinya, air mataku berjatuhan!!.. Menangis bukan kerana sedih, tetapi menangis kerana terlalu gembira.

Dan ketentuan Allah jua terjadi. Sekali lagi aku iringi kepergian Alesha dengan iringan juraian air mata pada tanggal 13 Mei 2006 ke alam barzakh.

Sekali lagi Alah menyempurnakan rahmatNya pada 25 Mac 2007 dan sekali lagi juga juraian air mata ini mengalir disaat aku meng'iqamahkan An-nisa Abriza.

Nisa lahir dengan penuh perjuangan. Isteriku telah mulai ditahan di wad semenjak 6 Mac lagi akibat pelbagai masalah ketika mengandung. Beliau telah ditambah dengan 2 beg darah, terpaksa menerima suntikan insulin 3 kali sehari dan bertarung di dalam labor room selama 6 jam setengah.

Proses kelahiran bermula dengan pemeriksaan bagi membolehkan prosedur induce dijalankan pada 22 Mac. Walaupun telah diberikan ubat untuk mematangkan pintu rahim (apa nama ubatnya ntah!) pada pagi 23 Mac, namun masih tiada sebarang tanda atau sakit bersalin kelihatan. Pada 24 Mac, sakit mulai datang sekejap-sekejap tetapi pintu rahim baru terbuka 2 cm. Sehinggalah pada pagi 25 Mac, kata doktor pintu rahim telah terbuka 3 cm dan isteriku di bawa ke labor room jam 10.30 pagi. Di sana, ubat cecair bagi proses induce dimasukan.

Aku telah bersedia di luar labor room mulai jam 11 pagi setelah dimaklumkan oleh pihak hospital. Setia menanti signal dari jururawat untuk menerjah masuk ke dalam labor room. Benar kata pujangga… penantian itu satu penyiksaan. Aku mundar-mandir dalam kegelisahan di luar labor room dari 11 pagi hingga 4 petang! Hanya menanti dan tertanya-tanya keadaan isteriku dan apa yang berlaku di dalam sana.

Akhirnya, jururawat memanggil aku masuk tepat jam 4.10 petang. Setelah siap diterangkan prosedur dan menandatangai borang, aku terus bergegas ke bilik no. 4.

Sepanjang perjalanan masuk ke bilik no. 4 itu, aku jelas mendengar suami seseorang di bilik berhampiran sedang muntah-muntah, mungkin kerana tidak tertahan bau hanyir darah dan air ketuban dan lantas kedengaran jururawat mengarahkan beliau keluar. Di bilik yang lain, aku mendengar jururawat menanyakan sang isteri yang sedang sakit… "mana suami kau dik? mana suami kau dik?... entah lah, mungkin sang suami keluar dek kerana tidak sanggup melihat penderitaan si isteri….

Situasi itu menyebabkan aku berharap untuk dikuatkan semangat bagi membantu isteriku di saat-saat beliau bertarung di medan kesakitan yang telah digambarkan sebagai kesakitan yang kedua paling sakit selepas kematian!!

Tidak sanggup aku melihat isteriku kesakitan. Tiap kali contraction berlaku, setiap kali itu juga isteriku mengengam lenganku, mencakar-cakar tangan yang satu lagi. Adakalanya ditarik-tariknya kolar bajuku sehingga aku pula hamper menjadi sesak nafas! Malahan hamper saja ingin digigitnya lenganku itu…

Ingin saja aku mohon diputarkan kesakitan itu kepadaku. "Allah… ringankan kesakitan melahirkan yang ditanggung isteriku, dan aku mengampunkan segala dosa-dosanya…" berulang-ulang kali aku ucapkan kalimah itu.

Setelah hamper sejam aku di dalam bilik no. 4 itu, dek kerana sudah tidak tertanggung aku melihat kesakitan isteriku itu, sedangkan pintu rahimnya masih baru terbuka 4 cm kata jururawat yang memeriksa sekali-sekala! Dikala itu juga kedengaran isteriku mengomel-gomel mohon aku nyatakan pada doktor hasratnya untuk di operate sahaja dek kerana beliau sudah tidak tertahan lagi sakitnya. Timbul suatu kesedaran untuk aku melakukan sesuatu. Entah dari mana datangnya ilham itu, disaat-saat kesakitan yang ditanggungnya itu, aku letakan tangandi perutnya dan… ku bacakan ummul kitab, al-Fatihah 3x, ayatul Qursi 3x dan lantas aku azankan pada perutnya!!! Allah Maha Sempurna, Maha Besar… di tika itu juga, tidak semena-mena, isteriku menyatakan yang dia terasa ingin membuang air besar! Beliau mohon untuk dimaklumkan kepada jururawat dengan segera!

Mungkinkah saat-saat kelahiran itu telah tiba. Aku beranikan diri untuk mengintai… Nah!! Kepala budak sudah keluar… biar betul!! Kepala baby sudah keluar… dan kebetulan pulak saat itu seorang doktor berbangsa cina masuk untuk memeriksa keadaan isteriku… beliau terus berbicara kepada kami didalam bahasa mandarin kerana pada anggapannya kami ini dari keluarga berbangsa cina! Ah!!! Sudah… apa dicakapnya nie… "I'm malay.. I'm malay… my wife also malay…" ku nyatakan pada doctor itu.

Terus doktor tersebut menjerit! "baby coming out… baby coming out… mungkin tujuannya untuk memanggil jururawat dating bergegas.

Sekali lagi aku minta isteriku untuk meneran… dengan sekali teran sahaja… Annisa Abriza terperosok ke luar dan jatuh di atas katil didalam keadaan kelam kabut tanpa disambut!

Disaat itu, kedengaran pulak doktor cina wanita tadi memeriksa baby dan menjerit.. "it's pink… it's pink…" mungkin menyatakan yang baby itu adalah baby girl dan beliau menyatakan pada isteriku "sabar… baby dah keluar… baby dah keluar…" seterusnya beliau mengepit pusat Nisa dan memotong sebahagian darinya. Kemudian dating 2 orang jururawat membantu. Seorang dari mereka mengelap Nisa dan bertanya pada ku… sama ada ingin di 'iqamahkan di labor room ini juga atau tunggu dibersihkan dan di 'iqamahkan di wad nanti. Aku terus bagi tahu yang aku ingin meng'iqamahkan Nisa disaat itu juga. Annisa ku 'iqamahkan dengan juraian air mata untuk kesekian kalinya. Cuma pada kali ini, ku panjangkan dengan bisikan 2 kalimah syahadah, dan ayatul Qursi sebelum ku serahkan semula kepada jururawat untuk dibersihkan.

Syukur pada Mu Allah, kerana masih menaruh keyakinan kepada aku untuk kau berikan amanah bagi menjaga kurniaan Mu ini… sesungguhnya anak itu adalah satu kurniaan Allah dan bukannya satu keistimewaan""


sedihnya....hati cam tersentuh...tiba2 ternangis sorg2..

Ya Allah...mungkin ni rasanya menjadi seorg ayah...mcm mana rasanya menjadi seorang ibu...mungkin ini jgk yg dirasakan suami aku yg tersayang nanti lg 3 bulan insya Allah...

Ya Allah...aku memohon padaMu...Kau selamatkan lah segala2nya..Kau sempurnakanlah anak kami ini...Kau permudahkan lah urusan aku melahirkan anak kami..benih cinta kami ini...Kau sehatkan la tubuh badan kami...Amin...Ya Rabbal Alamin..

**Esok insya Allah aku nk p buat scan...smoga smuanya selamat..amin...

Letih+Panas+Lenguh+Ngantuk

huhuhu..taktau nk crita camna rasa skrg ni...
badan rasa letih sangat2...
malam plak tidoq kurang nyenyak...sb PANAS...kalau nk kata sb baby geak buas2 sangat tk nyenyak tu...tak kisah sangat..gerak p la kuat mana pun sayang...best2 sangat..

yg tk tahan ni..cuaca la...badan rasa berbahang ja...
mai kja rasa lesu sangat..ngn sakit blakang menjadi2...adoi la..huhuhu....

Ya Allah..kuatkan la..semangatku...Lindungi lah kandungan ku ini..dan kau sempurnakanlah dia...amin...ya rabbal alamin...

lately aku suka pikir bukan2 n mimpi merepek..tp..mimpi mainan tidur...

Monday, May 5, 2008

Letihnya...

semalam sampai umah dah kui 12tgh malam...pastu kemas2 skit..trus ZZzzZZzz...
tp aku tk nyenyak sangat tidoq sb panas..tak selesa..asik bangun kencing ja....

ari ni mai kja pun letih sangat rasa....

harap2 smua ok...amin....

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...