Friday, May 12, 2017

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017



Adeeb, Affan & Zhea

Zhea,
Dah darjah 3,
Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk,
Paling kuat menjawab,
Suka buat muka bila kena tegoq apa2,
haih la kadang2 memang menahan sabaq,
Tapi bila tengok result periksa rasa urut dada, alhamdulillah rezeki habuan dia.
Moga2 akan terus cemerlang sampai bila2.Amin

Adeeb,
Darjah 1,
Tak pernah sentap langsung,
Pandai ambik hati dan manja,
Tak berapa nak kuat jeles sangat,
Cuma kadang2 bila terlebih bagi perhatian dekat Affan, dia akan mai tanya "Mama, masa abang kecik2 dulu mama buat macam dekat adik Affan dak?"...iskkk mesti la...Adeeb kan bola lisut mama.

Affan,
3 y.o,
Budak kuat bebai, baran suka rosakkan barang,
Hadoi...kalau dia marah habis dibalingnya barang..dan suka buat2 nak termuntah,
Picky eater..nampak macam nak jadi ulat buku, suka tengok2 buku.
Manja of course, terpaling kuat jeles antara 3 beradik, even dengan ayah dia pun penjeles sejati.

Hello 2017

wowieee..lama sungguh tak update..last bulan July tahun 2016.

Dah dekat setahun tu.
Banyak nak update sebenaqnya, tapi la ni banyak update dekat instagram, so terlupa kt sini.

Nanti2 bila mai ilham dan rajin boleh cerita panjang bejela tang ni.

Bye Bye

Wednesday, July 27, 2016

Percubaan untuk buat comeback :)

Salam semua,

Lemau sungguh sekarang, baca blog2 kegemaran saja hari2.

Life? biasa2 saja, tapi saya dah tukar status balik..dari SAHM ker Working Mom balik. Working mom untuk anak 3 memang mencabar sikit,  weekdays penat lah sikit.

Pagi2 wajib bangun paling lambat 5.30am pack2 barang anak3 (kena pakai anak3 sebab anak dah tiga kan)
6 am kejutkan Zhea, Adeeb dan jugak ayahnya.haha..bla2 7.15 paling lambat kena keluar dari rumah,..antaq Zhea pi skul (zhea dah darjah 2 tau), lepas tu terus antaq Affan umah KakMidah.
Adeeb? ayah dia antaq kat Genius Aulad, full day sampai 5pm.

Lepas tu baru shoot mai kerja..blabla sampai 5pm sharp trus balik..ambik Zhea dr Kafa dan Affan..kalau rajin masak untuk dinner, kalau malas dan penat beli saja. Tapi kan rasanya beli lebih effisyen sebab banyak masa dapat spend dengan anak3.

Kami make sure dan try utk dinner before Maghrib, Lepas Magrib adalah masa santai2 bersama keluarga, sambil tengok homework, sambil2 buat loundry..Pukui 10pm make sure Zhea & Adeeb masuk bilik untuk tidoq sebab esoknya depa kena bangun awai. Emaknya depends pada Affan lena pukui berapa..Affan pulak pesen jenis suka tidoq sayup2..maknanya paling awai saya dapat lena pukui 12 tengah malam tau.

oklah nanti sambong lagi

Friday, December 5, 2014

Kek Karamel Pelangi

Salam semua,
Blog kembali berabok..macam biasa idea banyak tapi penyegan ditambah pulak ada saja keja sejak beranak 3 ni.

Cakap banyak takmau. Ni bizz baru saya. Sesapa nak order Kek Karamel Pelangi area Penang,Kedah, Perlis habaq mai. InsyaAllah kurang manis. Sebab kadang makan kek kalu yang manis melecas cepat.melugai (meloya). Alhamdulillah order dok masuk, ada customer yang repeat order sampai 3 kali. Dalam banyak2 yang dok order 40% akan repeat order.

Nanti sambung lagi na.Busy nak entertain Adeeb sat sementara Affan lena.

Sapa nak order kek bleh email :
haslinda260980@yahoo.com

Thursday, October 16, 2014

Cerita pasal Affan kulit yang allergy

Halu semua,

Nak cerita pasal kulit Affan yang super sensitif. Affan fully breastfeed, so emaknya memang kena jaga makan kaw2... Baru2 ni tiba2 naik rashes yang sangat banyak kat badan dia. Sampai muka penuh. Sedih gila tengok. Rasa down sangat2.

So, bila baby breastfeed ni si emak kena pandai2 trigger faktor2 yang bleh sebabkan rashes to flare up. Memang kena test satu2. So far dah dapat detect jugakla beberapa benda. Antaranya seafood,kekacang, ikan bilis,ikan kering dan benda yang kena peram macam pekasam tu. Memang kena bye2 la. Sabun basuh baju pun sama tak boleh pakai sesuka hati.. Daia ka.. Breeze ka..memang tak boleh.. Sekarang pakai brand Sleek memang nampak sangat okay. Lagi satu habok!! Meluat sungguh la..habok gila banyak la ni kat umah..walaupun lepas lap sejam..tup2 mai habok balik..lain tak bukan dari construction site sebelah ni.. Sabaq ja la sementara nak abia..

Aritu ada bawak dia pi jumpa Skin & Allergy Specialist.. Doc cakap Affan ni sah kena Eczema & Sebhoreic Dermatitis... Alhamdulillah.. Makin okay dah ni..

Kuruih la emak Affan sebab banyak benda kena pantang makan..lepas tu hari2 kena rajin mop dan lap habok :-P

Tuesday, September 30, 2014

Udang goreng kunyit

Sob sob sob boleh tengok ja la...huhuhu sebab kena pantang seafood... Affan ada eczema dan disebabkan dia fully breastfeed mama dia kena pantang. Tak pa demi kesihatan anak!

Ada yang nak resepi Udang Goreng Kunyit Simple tapi sedap nak mampuih?? Haha

Bahan2
300g udang tak kisah size apa
2 biji kentang
1 ulas bawang besaq *potong bulat
2 ulas bawang putih *diblend
7 biji cabai melaka
Daun sup
Garam
Kunyit
Gula
Minyak masak

Cara2
1.Udang digaul dgn garam kunyit gula.ikut selera kemasinan masing3.
2.Panaskan minyak, tumis bawang putih dan masukkan kentang.
3.Agak2 kentang halfcook.masukkan udang tadi sekali ayaq2 udang.
4.Masukkan cabai melaka yang diketok dan bawang besaq.
5.Siap masak, masukkan daun sup.

Siap!boleh try.

Monday, September 29, 2014

Feeling Adeeb dapat adik baru & jadi abang?

Alhamdulillah masa 1st time tengok Affan, Adeeb okay2 saja. Nak kata perangai nak menjeles tak ketahuan hala tu tak..tu masa Affan kecik dalam pantang. Tapi la ni?? Woh menduga betoi... Dia tak kacau Affan tapi dia kacau mama dia..grrr..time breastfeed ja..dia nak susu bak nasik nak berak bak terkentot!!! Haihh sabaq ja la.

Kalau naik lift atau pi memana orang tengok Affan ka tegoq Affan dia cukup tak bagi.

Cerita pasal kelaku anak 3 orang 2017

Adeeb, Affan & Zhea Zhea, Dah darjah 3, Yang paling kuat sentap dengan adik2 pun kadang nak terok2 merajuk, Paling kuat menjawab...